Tanda rezeki itu berkat

December 7th, 2012 | 8:45 pm | Tazkirah | 5 responses

KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.

Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.

Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.

* Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang

Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.

* Pemurah

Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.

* Jauh daripada kejahatan manusia dan bala

Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.

* Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang

* Sentiasa merasa cukup dan syukur

Gambar kredit kepada 2121studio.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(5)

  1. 1

    Artikel yang menarik….nice sharing :)
    I Love Islam ™ recently posted..Hukum Nikah Wanita Hamil Kerana Zina

  2. 2

    perkongsiaan yg sgt berguna..alhamdulillah…ramai yg di antara kita mengambil remeh akan keberkatan rezeki ni…tak sedar bahawasanya ia akan memberi efek yg sgt besar ke atas kehidupan kita terutama sekali kepada keluarga…ramai juga tak ambil berat akan mencuri tulang di tempat kerja sehingga menjadi perkara biasa…mudah-mudahan ramai yg akan tersedar bila adanya artikel sebegini..
    kl-car-rental recently posted..Honda Odessey RB1 2.4 Automatic

  3. 3

    Assallammuailaikum…. Ustaz mohon kecerahan…srg ank gadis yg d rogol abg kndung (berlainan ibu) mnuntut keadilan.. Si abg brjaya d dakwa d makamah dh masih di bicarakan… Jadi si gadis brsma ibu kandung nya tlh mnyaman bapa kandung,ibu tiri dan abg kandung beliau…beliau mnyaman di atas kelalaian si bapa dan ibu tiri krana mnyebap kn si gadis d rogol brulang kali… Jd di sini…sy ingin mohon kecerahan…blh kh si gadis mnguna kn duit saman trsebut…?
    Utk pngethuan ustaz…bapa kandung si gadis mndapat pndapatan dri sumber mnjual arak dn pusat judi….blh kh si ank gadis mnuntut dn mndpt kn hak nya? Andai dh dpt blh kh si gadis mnguna kn nya…? Trima kasih ustaz…

  4. 4

    saya mmg kurg semangat waktu kerja..takda motivasi..
    Kerja sbb nak duit..hmm..mmg benar..Allah tarik dgn masalah bertimpa dan nasib malang tak boleh elak..bykkan la sedekah kalau rasa duit tu bukan hak kita sbb kita tak usaha setimpal dgn gaji..inshaAllah tenang..

  5. 5

    * Jauh daripada kejahatan manusia dan bala

    Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.

    sebahagian daripada

    HUKUM ALAM

    LAW OF COMPENSATION

Leave a Reply

CommentLuv badge