Kesihatan

Tahukah Anda, Thalassemia Major Adalah Penyakit Genetik yang Merbahaya. Baca Ini..

Ianya disebabkan oleh pasangan yang menghidapi thalassemia minor yang mempunyai 25% peluang untuk mendapat anak thalasemia major.

Ianya tidak boleh sembuh buat masa ini. Anak memerlukan transfusi darah yang kerap.

Anak akan menghidapi:

✅ Pemendapan zat besi akibat daripada transfusi darah. Ubat untuk merawat adalah sangat mahal

✅ Pembengkakan organ limpa. Anak terpaksa menjalani pembuangan organ ini bila membengkak

✅ Tulang rapuh dan perkembangan terbantut. Anak tidak boleh aktif seperti kanak-kanak normal

✅ Mudah terkena jangkitan kuman dan boleh membahayakan kesihatan.

✅ Masalah jantung seperti lemah jantung.

Jika anda seorang thalasemia minor/trait/pembawa, anda boleh mencegah daripada mendapat anak thalasemia dengan tidak berkahwin dengan pasangan pembawa thalasemia.

Berikan kebenaran kepada KKM untuk menyaring anak anda di sekolah. Anda tidak mahu cucu anda menderita disebabkan anda bukan?

 

Sumber: Public Health Malaysia

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  6 Cara Kawal & Turunkan Kadar Kolestrol Yang Tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *