Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur

thumbs

Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” …Read more

Urusan kahwin patut dipermudah

thumbs

Pada suatu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian Baginda mengangguk-anggukkan kepalanya. Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang …Read more

Kelebihan Nisfu Syaaban

thumbs

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu …Read more

Amal Untuk Meraih Cinta Allah

thumbs

Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti? Tidak, cinta kepadaNya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. Hasan al-Basri rahimahullah berkata: “Para sahabat Nabi s.a.w. berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah.” Kemudian Allah mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepadaNya. Dengan itu Allah menurunkan ayat berikut: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika …Read more

Darjat, pangkat bukan jaminan masuk Syurga

thumbs

RASULULLAH SAW bersabda bahawa orang fakir masuk syurga lebih dulu selama beberapa waktu daripada orang kaya. Boleh jadi, hal ini tidak berlaku umum kerana sebahagian orang kaya ada yang termasuk orang sentiasa bersyukur, memuji, mengabdi dan membenarkan Allah SWT. Mereka memiliki keutamaan yang besar serta konsisten dalam ketaatan dan pengabdian. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: …Read more

8 Golongan Penerima Zakat

thumbs

Siapakah yang berhak menerima zakat? Mereka itu (mustahikkin zakat) tersebut didalam Al-Quran seramai lapan orang. انما الصدقات للفقراء والمساكين والعاملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفي الرقاب والغارمين وفي سبيل الله وابن السبيل Zakat hanya diberi kepada: 1. Fakir, orang yang pendapatannya kurang daripada lima puluh peratus keperluan hariannya, seperti dia memerlukan RM. 50 tetapi pendapatannya hanya …Read more

Doa berbuka puasa dan selepas berbuka

thumbs

Memandangkan kita di bulan Ramadhan, kami ingin berkongsi dengan pembaca doa berbuka puasa dan selepas berbuka untuk diamalkan bersama. Kalau boleh hafallah doa berbuka puasa ini. Doanya cukup mudah untuk dihafal. Kalau ada anak kecil latihlah mereka menghafal doa ini seawal usia muda mereka. Doa Berbuka Puasa Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan …Read more

Panduan Memberi Nama Anak dalam Islam

thumbs

Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Nabi s.a.w.;[1] كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى “Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari …Read more

Akhlak mulia, kemanusiaan asas kaedah pendakwah

thumbs

DIRIWAYATKAN, Abu Darda’ melihat orang sedang berkerumun sambil memukul serta mencaci maki seorang lelaki. Abu Darda’ kemudian menghampiri kumpulan ramai itu lalu bertanya: “Apa hal sampai begini jadinya? Mereka yang berkerumun itu menjawab: Ini lelaki yang sudah melakukan dosa besar. Abu Darda berkata lagi: Apakah tindakan kamu jika dia terjatuh ke dalam sebuah perigi? Adakah …Read more

Tanggungjawab terhadap anak

thumbs

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam ke atas Baginda Muhammad Sallallahualaihi wasallam, keluarga baginda serta sahabat baginda. Amma Ba’du. Allah Yang Maha Besar telah mengurniakan anak kepada kita sebagai perhiasan dunia, namun begitu mereka juga merupakan cubaan dan ujian kepada kita. Allah berfirman: إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ …Read more

Awas Al-Quran Palsu, Al-Furqan Al-Haq (The True Furqan)

thumbs

Al-Qur’an palsu yang diberi nama Al-Furqan Al-Haq (The True Furqan) yang pertama kali dicetak dan diterbitkan di negara muslim iaitu Kuwait dan Iraq serta disebarkan dan dicetak oleh Amerika dan saudaranya iaitu Israel. Al-Quran palsu (Al-Furqon Al-Haq) yang diterbitkan dalam bahasa arab dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa inggris itu mempunyai 77 surat buatan dalam …Read more

Orang Beriman Sebagai Penolong

thumbs

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya penolong kamu hanya Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman sebagai penolong, merekalah yang mendapat kemenangan.” (Surah al-Maidah 5: 55-56) Biarpun manusia merupakan kejadian makhluk yang paling sempurna ciptaan Allah, tetapi manusialah yang paling terkedepan dalam kehilangan sifat-sifat manusiawinya. …Read more

Taubat perlu dibuktikan dengan tidak ulang perbuatan berdosa

thumbs

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17) Islam menganjurkan umatnya sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam …Read more

Arak Musuh Global

thumbs

ISLAM memang mengharamkan arak sejak sekian lama. Sebabnya, ia lebih mendatangkan mudarat kepada manusia berbanding sedikit kebaikan yang diperolehi daripadanya. Pengharaman arak atau minuman alkohol itu bukan sahaja oleh agama Islam, malah turut disokong oleh agama lain. Ia termasuk laporan oleh organisasi kesihatan di pelbagai negara. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan alkohol adalah punca …Read more