Keluarga

Suri rumah juga satu profesion

Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Zainal  selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.

Kaunselor       :  Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor      : Halimah pula?

Encik Zainal  : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor       : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal  : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor       : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor       : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor       : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan     tak bekerja.

Kaunselor      : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor      : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

BACA:  Menangislah Wahai Saudaraku

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja??  Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri  rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Cuba bayangkan jikalau seminggu isteri yang selalu dikatakan tidak bekerja itu terpaksa pulang ke kampung. Bagaimana rasanya suami yang bekerja? Bangun lewat pagi, kenapa? isteri tak ada untuk kejutkan. Sarapan tak sempat. Kenapa? Tiada isteri untuk masakan. Rumah berselerak sana sini. Kenapa? tak ada isteri untuk kemaskan. Baju busuk penuh seguni. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan. Pinggan mangkuk penuh sinki. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan.

Belum lagi masuk bab anak kecil yang menangis tengah malam. Siapa yang akan bangun dulu kalau bukan isteri?

Ya, mungkin ada juga suami yang rajin, yang akan buat semua kerja isteri, tetapi seharusnya jangan memandang rendah terhadap isteri yang tidak bekerja.

Suri rumah Sebagai Profesion

Walaupun tugas suri rumah sering dipandang sinis oleh sesetenga golongan tetapi ianya merupakan suatu profesion. Cuba kita kenang kembali sejak kecil sehingga dewasa, sudah banyak borang yang diisi oleh kita. Bermula daripada sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah entah berapa banyak borang yang perlu diisi dan mengandui ruangan perkerjaan ibu. Selalunya bagi anak yang mempunyai ibu yang tidak berkerja, mereka akan mengisi perkerjaan ibu mereka sebagai suri rumah. Jarang sekali kita melihat ruangan perkerjaan ibu sebagai tidak berkerja.

Suami Perlu Bijak Menghargai Isteri

Tidak dinafikan mungkin ada isteri tidak pernah merungut berkenaan kerja-kerja rumah yang dilakukannya, suami seharusnya menghargai sumbangan besar ini. Isteri melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”. Isteri tidak pernah mengukur berapa banyak khidmat yang diberikan, kerana mereka sering berfikir hanya untuk memberi.

BACA:  Hadith Qunut Subuh Adalah Sahih

Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri melakukan kerja yang jauh lebih berat ini dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukannya mengharapkan sebarang balasan, tetapi tidak salah untuk seorang suami memberikan ganjaran.

By: Munyati Nur

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

15 Comments

  1. assalamualaikum….
    mohon share…
    terima kasih…

  2. wanita lebih bisa dari laki-laki, wanita lebih kuat dari laki-laki dan wanita lebih sabar dari laki-laki, mungkin hal ini kurang dipahami dan dihargai oleh laki-laki,, atau karena ego laki2 yang tinggi atw branchmerk laki-laki yang selalu harus dilayani,, bagi kaum wanita perlu kecerdasan dan kebijakan untuk menyikapi ini agar tidak terbelenggu dengan rutinitas yang akan berakibat merusaknya tubuh sendiri,,,,salam,,http://aufar-travelhajiumrah.blogspot.com

  3. tu bukan kerja…tu tanggungjawab isteri………

    1. Cik Naz,tanggungjawab isteri adalah taat kepada suami dan menyusui dan mengasuh anak yang dilahikan untuk suami….memasak,mengemas ,mencuci dan hantar anak ke sekolah bukan tanggungjawab isteri.Isteri di malaysia ni dah jadi resam untuk menolong suami membuat kerja2 sedemikian untuk meringankan beban si suami….Malah Rasulallah sendiri menguli tepung dan membuat roti untuk dijakan makanan kepada isteri beliau iaitu Aisyah (menurut satu hadis)…..

  4. sia juga merasa itu bukan tanggung jawap seorang isteri….semua kerja kerja rumah yang d buat oleh isteri hanya merupakan sumbangan isteri kepada suami dan Allah telah menjanjikan pahala yang amat besar buat seorang isteri bila berkhidmat kepada suami..kita ingat kembali cerita d zama rasulallah dulu bertapa seoang suami itu dapat merasakan beban yang di tanggung oleh isterinya seharian penat bekerja..suami tu minta Allah menukarnya kembali dari jadi (isteri) kepada suami kembali….dia ingin merasa hidup sebagai isteri kerana dia mersakan isterinya banyak masa rehat sedangkan dia penat lelah bekerja…akhirnya terjawap lah pesoalan selama ini yang menjadi tanda tanya …

  5. mohon share

  6. mohon share ye…

  7. Assalam. Isteri sy juga seorg suri rumah tapi sy bukanlah macam insan yg diatas tadi. Sy mempunyai seorang anak dan dah berusia 5 tahun. Antara perkara yg sy buat dan tolong isteri:
    Baju iron sendiri
    Hantar anak sekolah
    Tolong jemur kain
    Tolong lipat kain
    Mop lantai n vacum
    Isteri nak kemana2 sy sentiasa bawakkan biarpon sy letih sbb travel jauh g keje
    Hantar anak mengaji
    Dan sy x harap pon isteri memasak kecuali sy
    Dapur pon kadang2 sy buat jugak

    Sy buat sume ni sbb sy tau isteri sy letih buat keje2 lain dirumah. Yang sy kecewa isteri sy selalu kata sy x membantu dia buat kerja rumah. Dah 7 tahun wehh….7 tahun x prnh sekali pon dgr ucapan terima kasih. Bukan nak ckp sy ni rajin ke ape ke tp dah biasa tlg mak masa kecik2 dulu.
    Dah camno den nak buek…buek kering je lah

    1. sama cam suami saya…
      dulu saya rasa keje saya banyak sgt..
      walaupn suami bantu, kerja tetap tak abis..

      suatu hari suami keje luar seminggu, saya sgt terasa ketiadaan dia..
      mana nak masak, nak layan anak yg masih kecil, mambasuh.. semua keje kene buat sendiri.. setelah beberapa tahun berkahwin baru la ucapan terima kasih saya ucapkan kepada dia… kesian suami saya…

  8. mohon share….

  9. azimah mohd zainuddin

    Tak kisah lelaki ke perempuan kena give and take dan juga ikhlas kerana Allah

  10. Saya bangga menjadi full time mommy, Alhamdulillah!

  11. “Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. https://www.facebook.com/efficient2me?ref=aymt_homepage_panel

  12. Nor Aini binti Ismail

    SeharusNya pada waktu mengikuti kursus2 kahwin..patut diselitkn hal2 sebegini. Di mana..tanggungjwb suami mnyediakb mknminum..tpt tinggal..pakaian anak istri..elaboratekn..zaman skrg bdk2 muda x peka..mak2 mertua pun harus di ceramahkn..anak2 lelaki diaorang x boleh dimanjakan..kerja ofis dah cukup penat..istri yang bekerja balik rumah kna buat kerja rumah and urus anak2..
    Semua nya sudah saya lalui..sehingga sekarang.. suami dh 52 thn
    Sekrg xde kerja sedang mencari..tp famili mertua..cakap kat saya..saya harus g belajar menjahit ke masak..apa2 yg bole dpt income..tp anak lelaki sendri di manja2kan..so ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *