Perkahwinan

Suami tak boleh paksa isteri keluar kerja

zahar

Memetik artikel Pengerusi Himpunan Ustaz dan Pendakwah Dr Zaharuddin Abdul Rahman menerusi www.zaharuddin.net bertajuk Hukum Wanita Bekerja Dengan Keputusan Fiqh Dunia menyatakan Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.

Keharusan ini termasuk dalam umum sebagai firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan.” (Suran An Nisa’ : 32)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri” (Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306).

Justeru, bekerja dan mencari nafkah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan akal bagi menanggung isteri dan keluarganya.

Manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut (Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim, 2/280).

Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Syariah, isteri mempunyai hak penuh (harta) yang diusahakan, sama ada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu.

Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya. Selain itu, tanggungjawab asas seorang isteri mengurus keluarga, mendidik anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu.

Ketika perlu, isteri berhak bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut yang diiktiraf syarak dengan syarat menjaga hukum agama.

BACA:  Budak baca ayat al-Quran elak dirogol

Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang bekerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri ‘nusyuz’, tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

Menyentuh soal isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga, menurut pandangan Islam, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).

Kerelaan isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga adalah dibenarkan menurut pandangan syarak. Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan antara suami dan isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperoleh oleh isteri.

Isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami reda dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.

Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.

Tidak harus, pada pandangan syarak, suami menjadikan keizinannya kepada isteri bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami, mahupun mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami. Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

Sinar

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

11 Comments

  1. Suami tak boleh paksa isteri keluar kerja | Tanyalah Ustaz
  2. Assalamu’alaykum ustadz,

    Apa dasar-dasar islam dari tulisan di atas baik dari Al Quran, Haditz maupun pendapat-pendapat ulama. Sehingga kita tidak menganggap semua tulisan itu hanya pendapat pak ustadz saja yang tentunya tidak bisa pembaca jadikan hujjah / dasar.
    Syukron

    1. Isu isteri Keluar Bekerja.
      Secara global wanita lebih berjaya dalam pencapaian akademik malahan di bidang pekerjaan. Kaum lelaki masih terperangkap di alam tradisional yang terlalu mengharap tanpa usaha di peringkat remaja lagi. Malahan urusan peribadi di rumah masih diusahakan oleh ibu. Sukar bagi kaum lelaki untuk memimpin dari segi ekonomi dan sebagainya. Dunia pula serba meminta-minta (demanding). Oleh itu kaum wanita atau isteri terpaksa keluar bekerja di samping dibebani kerja rumah dan sebagainya. Keadaanya seolah-olah kaum wanita dibebani tanggungjawab melebihi kaum lelaki.
      Kalau setakat zaman pertanian, nelayan dan sebagainya memang betul kederat lelaki menjadi sandaran. Tetapi ia setakat itu sahaja tanpa kemajuan kerana isu terperangkap di alam tradisional.
      Pada pendapat saya bukan setakat suami tidak boleh memaksa isteri keluar bekerja, tetapi ia lebih merupakan lelaki membangunkan diri sendiri untuk maju agar kaum wanita terlindung dari bebanan yang tidak sepatutnya.

      1. wanita sekarang letih terpaksa bekerja , jaga urusan rumah , anak serta perbelanjaan. Jangan heran kkalu wanita lebih rela menjanda dari menjadi hamba lelaki terutama lelaki yang tidak bekerja tetapi mendabik dada sebagai ketua keluarga dan perlu sentiasa tunduk padannya

  3. As-Salam Ustaz,

    Saya nak tya apa yang dimaksudkan dengan nafkah. I am referring to Nafkah (Zahir). Jika seorang suami, bekerja (gaji nya tak lah besar), tetapi cukup untuk menyediakan rumah, dgn bil bulanan dibyr, segala mkn pun tertanggung. Tapi si isteri masih mengatakan bahawa selama mereka berkahwin (mungkin dah lebih 20 tahun), si suami tak pernah member nafkah pada isteri tersebut.

    mungkin Ustaz boleh menjelas kan serba sedikit tentang hal ini.

    Terimakasih!

  4. Ibnu Amin Razip al-Bayani

    جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

  5. Apakah hukumnya isteri keluar rumah/bekerja untuk membantu keluarga/suami tetapi isteri tersebut tidak menggunakan gaji/pendapatannya sepenuhnya untuk keluarga apatah lagi menghimpun/menyembunyikan pendapatannya, ditambah pula dengan menganggap suami ingin mengaut gaji/pendapatan/kekayaannya?

    Sedangkan isteri diharuskan keluar rumah/bekerja kerana:

    5) Mendapat izin wali atau suami.
    6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)
    7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.

    1. Bukankah dah gugur keharusan keluar rumah/bekerja jika isteri bekerja untuk menghimpun kekayaan/harta? Maknanya isteri yang keluar bekerja dengan nita untuk himpun harta/wang adalah HARAM? dan isteri tersebut berada dalam maksiat sepanjang keluar bekerja?

  6. Assalamualaikum ustaz,
    apakah status gaji seorg isteri apabila suami tidak mengizinkan isteri keluar untuk bekerja dgn niat utk menyusahkan isteri (menyekat isteri untuk berbelanja seperti beri duit kpd ibu bapa dan utk membeli keperluan lain?)adakah gaji y diterima isteri itu tidak halal? Mohon pencerahan uztaz terima kasih.

  7. Assalam..
    Sya mempunyai isu tanggungjawab yang sangat rumiy
    .sy seorang yang bekerja dan mempunyai seorang anak..tanggjwb saya kpd suami n ank xdpt sy tunaikan dgn baik..saya terlalu penat bekerja smpi banyak hal rumah tangga sya abaikan..Hati sya x tenteram memikirkannya. Saya ada meminta suami untuk berhenti kerja n jadi suri rumah sepenuh masa. Tetapi suami sya xrela kerana kami banyak komitmen bulanan yang perlu dibayar bersama..tapi hari2 hati sy rase terseksa bile xdpt jalankan tgjwb ngn sebaiknya..minta tolong ustaz beri pendapat dan cara utk atasinya.

  8. Assalammualaikum ustaz,

    Di sini saya ingin bertanya kepada ustaz beberapa perkara. Saya telah di paksa keluarga mertua saya dan suami untuk bekerja di atas alasan untuk kesenangan keluarga saya dan anak2. Bagi saya rezeki dari pendapatan suami saya sudah mencukupi, saya lebih senang menjaga anak di rumah kerana saya tak dapat mendidik anak saya dengan baik di sebabkan kepenatan bekerja dan tidak mencukupi masa mengharapkan suami jauh sekali di pukulnya anak jikalau dia kepenatan. Saya agak sedih bila melihat anak saya memberontak kerana saya dan suami tidak mencukupi masa untuk melayan dia. Saya agak tertekan bila saya terpaksa bekerja di atas ingin menjaga hati ibu mertua dan kakak ipar dalam masa yang sama di tempat kerja saya di tindas oleh pihak atas..saya rasa sangat tertekan dan tersepit. Setiap kali pulang dari kerja saya akan memaksa diri untuk melayan anak yang kecil kerana dia masih tidak mengerti apa-apa. Urusan rumah perlu di uruskan. Baru-baru ini suami saya minta berpisah dengan saya hanya kerana saya enggan memberi gaji saya untuk membantu dia. Sedangkan masih ada lagi duit gajinya, niat saya untuk tidak memberi kerana saya ingin menyimpan untuk masa akan datang jikalau ada apa2 perkara penting berlaku kerana buat masa sekarang masih cukup lagi suami saya menanggung semua. Saya terlalu tertekan kerana hendak menjaga hati semua orang di sekeliling saya dari suami, pihak mertua dan tuntukan boss di tempat kerja. Pertanyaan saya bolehkah saya ingkar perintah ibu mertua saya untuk tidak bekerja? kerana suami akan mengungkit penggunaan gaji saya kalau saya berpendapatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!