Akidah

Sinaran mentari pasti akan kembali

Seperti hari-hari bekerja yang lain, saya akan memulakan rutin harian dengan melakukan rondaan wad (ward round) bersama doktor-doktor muda dan para jururawat pada setiap pagi. Rutin ini adalah bertujuan untuk mempastikan perkhidmatan terbaik akan terus diberikan kepada semua pesakit di bawah kelolaan kami di Jabatan Perbidanan dan sakit Puan. Pertemuan dengan Puan NA di awal pagi ini amat menggugah hati saya sebagai seorang Muslim.

Dr Z : Assalamu’alaikum. Siapa nama puan?
Puan NA : err..wa’alaikum salam Dr. Saya, Normah Abdullah (bukan nama sebenar)

Dr Z : Puan apa khabar?
Puan NA : Sihat….(sambil menundukkan pandangan)

Dr Z : Cantik bayi ni kan? Suami puan dah tengok bayi ni ?
Puan NA : err……belum Dr

Dr Z : Puan ada apa-apa masalah?
Puan NA : err.….(mengangguk sambil mengalihkan pandangan)

Dr Z : Kenapa puan ?
Puan NA : Saya ada masalah besar Dr.

Dr Z : Boleh saya tanya sikit lagi, di mana suami puan tu?
Puan NA : Dia ada di luar sana….

Dr Z : Jadi apa masalah puan ?
Puan NA : Anak saya ni akan hadapi kesukaran buat sijil kelahiran sebab saya belum kahwin secara rasmi lagi.

Dr Z : Apa maksud puan ?
Puan NA : Sebenarnya saya telah berkahwin di kuil tetapi sukar nak didaftarkan kerana kad pengenalan saya tulis saya beragama Islam. Saya telah mohon untuk tukar agama sejak tahun 2005 tapi tidak diluluskan. (saya tersentak seolah-olah langit gelap memenuhi ruang udara namun saya cuba untuk mengekalkan wajah tenang)

Dr Z : Siapa nama suami puan ?

Puan NA : Nama dia Ramesh dan ini adalah anak ke dua kami setelah 5 tahun bersama.

Dr Z : Kenapa boleh jadi macam ni puan?
Puan NA : Dulu saya pernah bersama kawan lelaki saya. Saya panggil mamak je lah.

BACA:  Menelan Sisa Makanan, Adakah Batal Puasa?

Dr Z : Puan pernah berkahwin dengan dia?
Puan NA : Saya tinggal dengan dia selama 8 tahun macam suami isteri tapi dia tak mahu kahwin dengan saya. Saya tak pernah pun Nampak dia sembahyang. Lepas 8 tahun, saya desak supaya kahwin. Dia berang dan halau saya keluar dari rumah dia. Keluarga saya pulak dah tolak saya sejak saya tinggal serumah dengan dia.

Dr Z : Puan sayangkan agama puan ?
Puan NA : Sebenarnya agama Islam dah hampir tiada makna buat saya. Saya dah bersama dengan Ramesh lebih 5 tahun tapi belum kahwin secara rasmi lagi. Saya telah mohon untuk keluar Islam sejak tahun 2005 tetapi belum diluluskan oleh Jabatan Mufti. Saya ada 5 lagi sesi kaunseling dengan Jabatan Agama tapi saya rasa malas untuk bertemu mereka lagi.

Dr Z : Bagaimana kalau saya bantu puan ?
Puan NA : Dr nak bantu saya macam mana ?

Dr Z : Biar saya berbincang dulu dengan rakan-rakan NGO yang saya kenali dan sediakan sebarang keperluan untuk puan dan anak-anak ?
Puan NA : Nanti saya fikirkan Dr. Saya dah buntu sebenarnya…..

Dr Z : Oklah puan…yang dah lepas tu sudah pun berlalu. Kita jadikan sebagai
sempadan. Yang penting ialah keinginan puan untuk kembali ke agama Allah ini.. Allah Maha Pengampun & Penerima Taubat hamba-hambaNya. Puan perlu lihat masa depan puan yang bukan sekadar di dunia ni tapi yang lebih penting bila kita mati nanti. Nanti saya carikan rakan-rakan & badan NGO yang akan bantu puan dengan bantuan kebajikan dan susun semula masa depan puan ye ! Jumpa sekejap lagi ye puan, assalamu’alaikum…

Puan NA : Terima kasih Dr. Wa’alaikum salam…..

Saya beredar sambil memikirkan bagaimana agaknya boleh saya membimbing Puan NA agar kembali memiliki aqidah yang sejahtera ini. Memang berat ! Walaupun tampak sukar, hati kecil ini tetap meyakini bahawa sinaran mentari pasti berpeluang untuk muncul kembali….

BACA:  Darjat, pangkat bukan jaminan masuk Syurga

Ya Allah bantulah kami di dalam menentukan hala tuju kehidupan yang mencabar ini…..

By: Dr Zainur Rashid Zainuddin

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

12 Comments

  1. smoga Allah memberi petunjuk bagi Puan…amin..

    1. Saya doakan Dr Z diberikan kekuatan oleh Allah agar dapat meneruskan kerja2 agama yang tidak semua orang boleh laksanakan, dan saya doakan agar Allah memberi petunjuk kepada Pn NA agar dibuka hati menerima Islam. Sedarlah sahabat2 ku, sesungguhnya Agama yang diterima Allah hanyalah ISLAM. Kita hanya mampu menyampaikan, hanya Allah yang berkuasa mengubah nasib seseorang itu.. wallahuahlam..

  2. …sebenarnya belambak kes yang macam ini. Masalahnya ialah sikap pemimpin yang berkuasa tidak ambil berat dan pandang mudah perkara macam ini…!

    Bersamalah kita fikirkan setelah 54 tahun mendapat kemerdekaan…, adakah kita maju kehadapan atau mundur kebelakang..? Apa yang maju dan apa yang mundur….? Fikirkan dan ambiklah tindakkan yang tepat…!

    1. salam wahai sahabat….sebenarnya kita tidak boleh salahkan pemimpin sepenuhnya…kita kene selidik latar belakang dia,family dia dan cara didikan dia….5thn tggl bersama yg bkn muhrim….apa hukumnya….mana tanggungjawab parents dia???biarkan dan halau bila dia ingin kembali….mana tanggungjawab ibubapa dia….n bila dia dh hilang hala tuju,dia sdh hilang pegangan…..andaikan kalau ibubapa dia terima dia kembali,adakah perkara ini berlaku????mgkin tidak kan????

  3. salam….Dr.Z ,macam mana dengan wanita tersebut…dapatkah dipulih akidahnya berdoa kepada yang Maha Kuasa.

  4. Saya terpanggil utk membantu…

  5. sy merupakan seorg guru yg kini bertugas d pdalaman srwk…senario spt d atas byk berlaku d tempat sy dan tiada siapa dkalangan kami yg mampu mbawa mrk kembali ke jalan Allah…semoga Allah menghulurkan kami bantuan utk menarik mrk kembali ke aqidah yg asal…

  6. Allah itu maha mengetahui dan dia menjadikan apa yg dikehendaki. Allah juga tidak pernah ketepikan hambanya yg ingin kembali kejalan nya. Semoga dipermudah segala urusan. Insyaallah..

  7. Saya adalah seorang AJK surau Jumaat di KL,tugas saya adalah mengadakan program program berbentuk dakwah di surau kami,serta menyusun jadual pengajian harian dan memastikan ada kuliah setiap malam dan kuliah subuh setiap hujung minggu serta cuti umum.Amatlah menyedihkan, kedatangan jemaah utk kuliah kuliah agama ini amatlah sedikit jika dibandingkan dengan jumlah penduduk setempat.Ini dapat memberi isyarat jelas menunjukkan orang orang Islam sekarang kurang berminat untuk belajar ilmu agama,kurangnya iman dan cetek ilmu agama memudahkan mereka terjerumus kepada gejala murtad.Adalah tanggungjawab bersama untuk kita sama sama memikirkan cara terbaik untuk menarik minat mereka dekat kepada majlis ilmu supaya asas agama mereka kukuh dan tidak mudah dimurtadkan.

  8. Saya ingin membantu. Boleh dapatkan saya details2nya…???
    Sambil membantu sambil membaiki diri…

  9. Semoga doa2 kita dimakbulkan Allah, dan semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus menjalankan segala perintah-NYA dan meninggalkan larangan-NYA.. amin

  10. assalamualaikum…
    alhamdulillah besar pahalanya Dr. membantu seseorang yang dalam kedaan demikian. apa cerita kes ini sekarang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!