Doa, Isu Semasa, Tazkirah

Sempena Malam Isra’ dan Mikraj, Berdoalah Sebanyaknya

Berdoalah sebanyaknya… malam ini.. Ingatkan suami/isteri/family 😊

ESOK (RABU), 3 April 19.. hari Israk dan Mikraj. Kepada yang berniat nak puasa sunat esok, tahniah =)

Dan Ini, Amalan Malam Rejab – Malam ini. Sama2 kita buat =)

1.Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.

2.Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.

3.Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..

4.Berdoa.

5.Memohon keampunan diri dan ibu bapa.

6.Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

Sebetulnya… amalan ini diteruskan setiap hari… =)

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
.
.
.
Malam 27 Rejab
Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Banyak lagi ganjaran dan fadilat yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya.

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:

1.Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)

2.Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.

3.Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.

4.Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.

5.Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

BACA:  Tujuh Mahkota Dunia Dan Akhirat

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ﷺ.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

 

Sumber: SehinggitMedia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *