Ibadah, Tazkirah

Selawat Ibrahimiyah, Kenapa Hanya Nabi Ibrahim Yang Disebut?

Selawat Ibrahimiyah adalah antara selawat yang paling afdhal dibaca olih umat Islam. Ketika seorang yang sedang membaca tahyat akhir dalam sembahyang maka afdhal dibaca akan selawat Ibrahimiyah ini.

Kenapa hanya nama Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya yang disebut dalam selawat bersama Nabi Muhammad saw?
Ada banyak sebab kenapa hanya Nabi Ibrahim a.s. yang disebut. Antaranya :

Firman Allah :

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا

Artinya : “Sungguhnya orang yang paling utama dengan Nabi Ibrahim a.s. ialah orang-orang yang mengikuti Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi ini yaitu Nabi Muhammad saw dan orang-orang yang beriman.” (‘Ali ‘Imran : 68)

Dan firman Allah :

ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنْ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا

Artinya : “Kemudian Kami wahyukan kepada engkau wahai Muhammad : Ikutlah agama Nabi Ibrahim yang lurus itu.” (An-Nahlu : 123)

Dan Firman Allah :

وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا

Artinya : “Dan telah mengambil olih Allah akan Nabi Ibrahim sebagai yang dikasih-Nya.” (An-Nisaa’ : 125)

Dan firman Allah :

قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا

Artinya : “Berfirman Allah : Sungguhnya Aku telah menjadikan kamu wahai Ibrahim akan pemimpin seluruh umat manusia.” (Al-Baqarah : 124)

Dan banyak lagi firman Allah di dalam Quran yang melayakkan Nabi Ibrahim a.s. sebagai Nabi yang sangat utama sehingga munasabah nama baginda disebut di dalam selawat bersama Nabi kita Muhammad saw.

Dan tersebut pada Kitab Syarah Mukhtasar Abi Jamrah :

وَإِنَّمَا خَصَّ إبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ بِذِكْرِهِ وَآلِهِ فِي الصَّلَاةِ لِوَجْهَيْنِ

أَحَدُهُمَا أَنَّ نَبِيَّنَا عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ رَأَى لَيْلَةَ الْمِعْرَاجِ جَمِيعَ الْأَنْبِيَاءِ وَسَلَّمَ عَلَى كُلِّ نَبِيٍّ وَلَمْ يُسَلِّمْ أَحَدٌ مِنْهُمْ عَلَى أُمَّتِهِ غَيْرَ إبْرَاهِيمَ فَأَمَرَنَا نَبِيُّنَا أَنْ نُصَلِّيَ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ آخِرَ كُلِّ صَلَاةٍ إلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ مُجَازَاةً لَهُ عَلَى إحْسَانِهِ

BACA:  Bagaimana Ujian Hidup Meningkatkan Kebergantungan Kepada Tuhan

الثَّانِي : أَنَّ إبْرَاهِيمَ لَمَّا فَرَغَ مِنْ بِنَاءِ الْبَيْتِ جَلَسَ مَعَ أَهْلِهِ فَبَكَى وَدَعَا فَقَالَ اللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ مِنْ شُيُوخِ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلَامَ فَقَالَ أَهْلُ بَيْتِهِ : آمِينَ ، قَالَ إِسْحَاقُ : اللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ مِنْ كُهُولِ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلَامَ فَقَالُوا : آمِينَ ثُمَّ قَالَ إسْمَاعِيلُ : اللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ مِنْ شَبَابِ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلَامَ فَقَالُوا : آمِينَ فَقَالَتْ سَارَةُ : اللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ مِنْ نِسَاءِ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلَامَ فَقَالُوا : آمِينَ فَقَالَتْ هَاجَرُ اللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ : مِنْ الْمَوَالِي مِنْ النِّسَاءِ وَالرِّجَالِ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلَامَ فَقَالُوا : آمِينَ ، فَلَمَّا سَبَقَ مِنْهُمْ ذَلِكَ أُمِرْنَا بِالصَّلَاةِ عَلَيْهِمْ مُجَازَاةً لَهُمْ انْتَهَتْ .

Artinya : “Dan hanyasanya dikhusukan sebutan nama Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam selawat ialah kerana dua wajah :

Pertama : Sungguhnya Rasulullah saw telah melihat pada malam israk mikraj sekelian para Nabi maka Rasulullah saw telah mengucapkan salam ke atas semua para Nabi dan hanya Nabi Ibrahim a.s. yang mengucapkan salam ke atas umat Nabi Muhammad saw. Maka atas sebab itu Rasulullah saw menyuruh kita berselawat ke atas Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya dalam sembahyang sampai hari kiamat.

Kedua : Adalah Nabi ibrahim a.s. dan Nabi Ishaq a.s dan Nabi Ismail a.s. dan Siti Sarah dan Siti Hajar semua mengirim salam ke atas umat Nabi Mumhammad saw yang datang menunaikan haji di Baitillah maka dibalas salam mereka itu dengan diabadikan nama Nabi Ibarim a.s. dan keluarganya dalam selawat tersebut. “

Wallahua’lam

 

Sumber: www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!