Kesihatan

Selamat Datang Polio Kepada Anti Vaksin

Tahukah anda , gambar ini di ambil pada tahun 1950 yang di namakan dengan nama “Iron Lungs” atau Besi Paru Paru di mana ia merupakan kaedah terbaik bagi pengasingan isolasi terhadap pesakit yang menghidap penyakit Polio daripada merebak ke orang lain.

Baru baru ini , Negara Filipina telah mengejutkan dunia apabila terdapat satu kes pesakit positif Penyakit Polio setelah 20 tahun penyakit Polio tersebut berjaya di basmi oleh kerajaan Filipina.

Namun demikian , akibat terdapat segelintir masyarakat anti vaksin di negara itu kes yang berjaya di basmi 2 dekad itu kembali semula.

Bagi kami pengamal perubatan , perkara ini adalah amat merisaukan kerana di negara kita juga terdapat golongan anti vaksin yang mementing kan diri sendiri daripada nyawa anak mereka sendiri. Tambahan lagi , penularan boleh berlaku kerana Malaysia adalah negara tumpuan pelancong termasuk daripada Filipina.

Lebih mengerikan , Penyakit Polio ini tiada ubatan yang boleh merawatnya jika di masukan ke Hospital, kecuali dengan Pengasingan Isolasi mungkin seperti di dalam gambar di bawah dan hanya rawatan simptomatik di berikan.

Penyakit Polio hanya boleh di cegah melalui vaksinasi. Tiada Ubatan untuk Penyakit Polio.

 

Sumber: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Kunyit Import dari Bangladesh Dicemari Logam Plumbum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *