Kesihatan

Sel Lemak, Sekali Terhasil Selamanya Tersimpan..

Perihal sel lemak yang tidak akan meninggalkan anda

Sel lemak boleh diumpamakan seperti belon dan berbentuk seperti globul. Sel lemak ini lazimnya akan terhasil akibat pengambilan tenaga yang berlebihan dan tidak digunakan. Sel lemak ini bukan seperti objek yang anda boleh tinggalkan begitu sahaja atau buang bila tidak diperlukan, ianya akan bersama anda dan menghantui badan anda :).

Tenaga yang berlebihan dari sumber makanan akan disimpan sebagai sel lemak sebagai sumber simpanan tenaga apabila kita ketiadaan glukosa. Jadi ianya disimpan sejak lahir, sejak kecil, sebab itu mustahil jika anda boleh hilangkan berat badan anda hanya selama 3-4 minggu, mungkin hanya berat air yang hilang. Menariknya, sel lemak ini boleh disimpan dan tiada limitasi kepada penyimpanan sel lemak berkenaan.

Sel lemak ini tidak berkurangan sebenarnya, jumlah masih sama walaupun kita berdiet atau tidak makan. Jadi apa yang terjadi apabila kita turun berat badan? Fasa pertama penurunan berat badan adalah pastinya penurunan berat air di mana air adalah komponen majoriti dalam badan kita. Pernah lihat rakan anda berjogging dengan memakai jaket hitam atau windbreaker?, mereka mungkin sejuk atau sengaja menggalakkan perpeluhan. Air yang hilang ini dapat membantu dalam pengurangan berat badan, namun, apa yang kita mahukan adalah penggunaan sel lemak ini.

Jadi bagaimana mahu menggunakan sel lemak?

Sel lemak boleh digunakan jika anda mengalami deficit(pengurangan) kalori, contoh jika anda bersenam dan berdiet pada masa yang sama atau mengamalkan intermittent fasting. Hal ini kerana, ketika ketiadaan sumber makanan/sumber tenaga, tenaga dari sel lemak akan diuraikan dalam proses gluconeogenesis dan ketogenesis yang menghasilkan bahan untuk sumber tenaga badan. Sel lemak yang terdapat di perut dan pinggul dan di tempat lain ini akan mula digunakan dan akan mengecut, namun apabila terdapat sumber tenaga berlebihan, ia akan kembali ‘mengembang’ dan jika tidak cukup sel lemak untuk menampung sumber tenaga berlebihan, sel lemak baru akan terhasil. Ini lah yang menjadikan badan naik seperti dipam-pam, oh tidak. Inilah juga sebabnya kenapa orang gemuk sukar untuk turun berat badan, namun tidak mustahil. Ramai di luar sana telah berjaya!

BACA:  Tolong Jaga Anak Kita. Penyakit HFMD Sedang Mengganas!

Perlukah kita mengurangkan karbohidrat?

Ikut keperluan sebenarnya, jika anda tahu anda adalah seorang yang tidak banyak bergerak, makan mengikut keperluan aktiviti anda. Janganlah makan nasi lemak tiap hari, jangan juga minum air berkarbonat tiap masa. Ada porsinya.

Malas

Jika anda mempunya perasaan malas, dan menangguh nangguh, sedarlah, sel lemak anda hanya akan semakin banyak dan semakin sukar untuk digunakan (leptin resistance). Leptin sebenarnya adalah hormone yang dihasilkan di tisu adipos (sel lemak) yang bertanggungjawab untuk memberikan signal untuk menggunakan sel lemak bagi sumber tenaga. Namun, untuk orang yang obese, leptin resistance berlaku di mana hormone ini tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan sel lemak anda tidak digunakan dan gagal untuk memberikan maklum balas yang anda masih kenyang sebenarnya, menyebabkan anda punya perasaan sentiasa lapar.

Ketika lapar, sel dalam badan anda akan menghantar signal ke otak terlebih dahulu membuatkan anda akan mencari makanan sebelum sempat sel lemak anda digunakan. Hasilnya, setelah pencernaan makanan berlaku (dalam tempoh 4-6 jam), anda akan mula mencari makanan dan memberikan sumber tenaga kepada tubuh.

Walaupun ada yang menyayangi sel lemak, dan mengatakan ia penting sebagai sumber pembekal haba ketika sejuk dan pelindung organ, namun sel lemak ada hadnya. Awasi jumlah lemak dalam badan anda dengan mengukur menggunakan alat ‘body composition’ yang lazimnya terdapat dalam gym. Jumlah lemak bagi wanita dewasa yang mempunyai aktiviti biasa adalah lazimnya tidak lebih dari 31% dan bagi lelaki adalah 24%. Tahukah anda, bagi mereka yang inginkan otot perut yang cantik dan six pack, laximnya peratus lemak mereka adalah kurang dari 15%. Atlit yang biasanya berlari jarak jauh lazimnya mempunyai peratus lemak bawah 12% sahaja. Fuh, jika anda orang biasa, kita target untuk sihat sahaja pun OK, kurangkan peratus lemak anda.

BACA:  Tahukah Anda, Thalassemia Major Adalah Penyakit Genetik yang Merbahaya. Baca Ini..

Genetik

Ada yang mengatakan gemuk adalah genetik dan gemuk itu diwarisi. Jawapannya ya. Obesiti adalah satu keadaan yang diwarisi namun, tidak bermakna anda tidak akan kurus. Cuma perlu berusaha lebih berbanding orang biasa. Jika orang lain makan sepinggan nasi, mereka masih ok, anda makan separuh pinggan nasi pun, berat akan bertambah.

Jadi, sekian nota ringkas berkenaan sel lemak di hari Ahad ini. Walaupun jam sudah menunjukkan 645 pm, masih ada masa untuk anda melakukan sedikit senaman pada hari ini. Ayuh. Naik sahaja tangga di rumah anda atau kejar kucing anda untuk mula melakukan senaman. Apa yang penting, ia nya ‘sustainable’, iaitu diteruskan dari hari ke hari dan bukannya hanya melepaskan batuk di tangga. Ayuh gunakan lemak anda, jom puasa esok.

Jika ada testimoni yang kurus tanpa sebarang ubat, anda boleh share rahsia dan tips di sini, tahniah untuk anda!

#micronucleus-bekas pelari SCKLM 42km 😀

Rujukan :
1. Gropper and Smith. Advanced Nutrition and Human Metabolism. Cengage Learning.
Kredit gambar :
En Shah – Pegawai Sains Pemakanan, Kuching Sarawak

 

Sumber: Ini Sains Beb

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *