Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini
Travel

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

Tempat pertama yang sering menjadi pilihan Muslim apabila ingin melancong adalah Eropah atau Timur Tengah. Tetapi Asia, mempunyai pelbagai kekayaan dari segi budaya dan masakan mewah, ia mempunyai tarikan tersendiri bagi memukau pelancong Muslim

5 Destinasi Asia ini mempunyai kelengkapan yang mesra-Muslim yang mungkin anda tidak pernah tahu.

  1. Bangkok

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Sawasdee-kap! Bangkok telah memenangi gelaran destinasi pelancongan yang paling popular di dunia pada tahun 2016, di mana destinasi ini mempunyai istana-istana emas yang hebat dan berkilauan. Tak lupa juga pusat membeli-belah yang luas dan pasar yang patut anda singgah apabila di Bangkok.

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Central World Bangkok, adalah pusat membeli-belah kesembilan terbesar di dunia yang terdiri daripada barisan kedai yang tidak berkesudahan. Anda pasti tidak akan meninggalkan tempat ini dengan tangan kosong.

 

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Di ketika anda berbelanja, kewajipan sebagai seorang Muslim jangan di lupa. Cetral World Bangkok ada menyediakan dua tempat bersolat buat pelancong Muslim. Ianya terletak di tingkat 1 Central World building, Eden Zone dan tingkat 6 bangunan ZEN.

 

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Jika anda seorang yang lebih menyukai sentuhan keaslian untuk perjalanan membeli-belah, anda boleh bersiar-siar melalui salah satu daripada banyak pasar-pasar di Bangkok, di mana anda boleh tawar-menawar untuk barangan pilihan anda.

 

Terdapat banyak lagi tempat yang anda boleh terokai jika anda melancong ke Bangkok. Anda juga tidak perlu risau kerana restoran mesra-Muslim juga ada di sekitar Bangkok, anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

  1. Seoul

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Lawatan ke tempat lahirnya K-pop dan K-drama adalah suatu kemestian, walaupun anda bukan penggemar budaya pop Korea! Dari kecantikan istana-istana tradisional Korea ke tempat futuristik Dongdaemun Design Plaza, Seoul ada sesuatu untuk semua orang.

BACA:  Kini Anda Boleh Beli Barangan Halal Di pasar Berdekatan Masjid Terbesar Tokyo

 

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Anda seorang shopaholics? Dongdaemun adalah tempat untuk anda, ia adalah daerah membeli-belah terbesar di Seoul, dibuka sepanjang hari dan sepanjang malam! Kedai borong di sini beroperasi sepanjang malam, sementara pusat membeli-belah dipenuhi dengan pelanggan pada siang hari.

 

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Anda tidak boleh melepaskan masakan Korea halal semasa di Seoul. Nikmati semangkuk samgyetang (sup ayam ginseng),bulgogi daging lebut dan yang paling utama kimchi di Eid Halal Korean Food.

 

8 Tips Percutian Muslim ke Korea

 

Kawasan kejiranan Itaewon di Seoul mempunyai bilangan restoran makanan halal dan mesra Muslim, jangan lupa juga untuk melawat Masjid Besar Itaewon yang besar serta kawasan sekeliling.

 

  1. Tokyo

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Sama ada anda sedang bergegas melalui Shibuya Scramble yang sibuk atau berjalan-jalan melalui taman bunga berwarna merah jambu yang mempunyai pemandangan indah Gunung Fuji, Tokyo akan membuat anda jatuh cinta akan kecantikannya.

 

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Apabila di Tokyo, Masjid Tokyo Camii adalah tempat yang patut anda lawati ia sebuah masjid terbesar di Jepun yang terletak betul-betul di daerah Shibuya. Adalah akan dapat melihat cebisan Turki betul-betul di tengah-tengah Jepun: seni bina Turki yang indah yang akan membuat anda terpukau.

 

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Pernah dengar yakiniku? daging panggang halal Jepun terbaik di Gyumon, salah satu restoran paling popular di Jepun, di kalangan penduduk tempatan dan pelancong! Ia hanya terletak 10 minit dari Stesen Shibuya.

Info: Daging yang digunakan di Gyumon adalah halal, bagaimanapun alkohol ada juga dihidangkan.

 

  1. Osaka

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Lawatan ke Jepun tidak lengkap tanpa ke Osaka. Perjalanan kembali ke masa lampau apabila anda melangkah masuk ke Istana Osaka purba, dan penduduk tempatan yang berjalan di taman yang indah di sekeliling istana.

BACA:  4 Tarikan Di Tokyo Di bawah 1000 Yen

 

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Di daerah Dotonbori, anda boleh berjalan-jalan pada waktu malam kerana ia sangat meriah dengan lampu, bunyi, aroma dan lampu neon yang pasti akan menjadikan pengalaman yang tidak akan lupa. Jangan lupa juga untuk mengambil gambar lelaki Glico yang ikonik di tengah-tengah Dotonbori!

 

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

  1. Kyoto

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Hati dan jiwa budaya Jepun, tidak ada tempat yang unik seperti Kyoto. Dengan kuil-kuil besar yang dipelihara dan rumah-rumah tradisional Jepun, anda pasti akan merasa seolah-olah anda telah melangkah ke dalam drama masa silam!

 

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Terpesona dengan Kuil Kinkakuji yang berkilauan, atau berkunjung ke Kuil Fushimi Inari yang terkenal dan bersiar-siar melalui baris – baris tori oren yang terang !

 

Sebab Mengapa Pelancong Islam Menyukai 5 Bandar Asia Ini

 

Salah satu pengalaman yang paling menyenangkan yang ada di Kyoto adalah dengan hanya berjalan melalui rumah-rumah tradisional Jepun yang kemas di daerah Gion Kyoto, yang semuanya sangat menarik, anda pasti mahu mengambil gambar setiap sudut. Anda boleh ke laman web ini untuk ketahui tempat makan dan ruang solat di Kyoto.

 

Jadi, sekarang anda tahu bahawa tidak perlu pergi ke Eropah untuk menikmati percutian yang menyeronokkan: Asia memegang sesuatu untuk setiap pelancong, membeli-belah, dan makanan. Jadi apa yang anda tunggu? Tempah tiket penerbangan ke tempat-tempat yang kami senaraikan tadi!

 

Sumber: Have Halal Will Travel 

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!