≡ Menu

Roh Tergantung Kerana Hutang, Tinggalkan Hartamu Untuk Lunaskan

Perihal hutang merupakan ayat yang paling panjang yang diceritakan menerusi kalam Allah, iaitu dalam surah al-Baqarah, ayat 282. Dalam ayat ini, Allah berfirman mengenai orang yang berhutang perlu berusaha melunaskan hutangnya walau apa jua keadaan serta perihal hutang yang amat berat.

Menerusi kulliyyah yang telah disampaikan oleh ustaz Azhar Idrus, wajib hukumnya melunaskan hutang. Jiwa dan roh orang-orang yang berhutang akan tergantung di langit sehinggalah hutangnya dijelaskan. Rasulullah SAW bersabda melalui riwayat Abu Hurairah:

“Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Imam Muslim juga ada merekodkan hadiS yang telah diucapkan oleh Rasulullah SAW:

“Allah SWT mengampunkan dosa orang yang mati syahid kecuali hutang”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Hutang ialah hak orang lain. Wajib ke atas setiap orang untuk mengembalikan hak yang telah diambil. Walaupun seseorang itu meninggal dalam keadaan syahid, iaitu dengan semulia-mulia kematian, namun jika masih terdapat hutang yang belum dilunaskan, dosanya masih belum terampun walhal pahala syahid ini besar, terus masuk syurga tanpa dihisab namun ia akan terhalang jika masih ada hutang.

Penghutang sebagai Pencuri

“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mahu melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status pencuri.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Jika kita telah meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat dan tidak berniat melunaskan hutang kepada pemiutang, maka kita akan menghadap Allah sebagai seorang pencuri.

Rendahnya darjat orang yang berhutang sehingga dianggap pencuri di hadapan Allah dan Rasulullah sehinggakan baginda tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang berhutang. Peristiwa ini telah dirakam melalui hadis baginda daripada Abu Hurairah:

BACA:  Siapakah 10 Golongan Manusia Yang Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab?

“Adalah Rasulullah SAW tidak mensolatkan jenazah yang memiliki hutang. Lalu didatangi mayat ke hadapannya. Baginda bertanya: “Adakah dia mempunyai hutang?” Mereka menjawab, “Ya, dua dinar.” Baginda bersabda, “Solatlah untuk sahabat kalian.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa hutang manusia pada pandangan Islam adalah amanah yang sangat besar dan menjadi satu tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

Mahukah kalian yang berhutang dianggap sebagai pencuri?

Biar Miskin Melunaskan Hutang

Janganlah pernah sesekali wujud perasaan takut untuk membayar hutang kerana berpendapat bahawa kalian akan jatuh miskin. Namun, takutlah kekayaaan dan segala harta kalian yang tidak diberkati Allah kerana hijab hutang yang ada.

Semakin banyak yang kita miliki, maka sebenarnya semakin besar tuntutan dan tanggungjawab yang perlu dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di hari Akhrat nanti.

Malah, Rasulullah SAW memberi amaran terhadap kehidupan orang-orang yang berhutang yang tidak akan tenang dan tenteram kerana hatinya akan sentiasa merasa resah dan gelisah. Dalam satu hadis yang telah direkodkan oleh Imam Baihaqi ada menyebut:

“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”

Wasiatkan Saudaramu

Jika kita berniat ingin melunaskan hutang InsyaAllah akan dibantu dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Andai ajal menjemput terlebih dahulu tanpa sempat membayar hutang, maka wariskanlah kepada saudara-mara kita mengenai kewujudan hutang itu agar mereka boleh membantu kita untuk mengelakkan daripada roh kita tergantung di alam akhirat.

Melalui surah al-Baqarah, ayat 282 juga ada menyebut bahawa, setiap hutang itu perlulah ada saksi supaya boleh mengingatkan jika masing-masing terlupa.

“…kemudian, jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil dan benar, dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu.

BACA:  Amalan Rasulullah SAW Yang Dibuktikan Kajian Sains

Kemudian kalau tidak ada dua saksi lelaki dari kalangan kamu, maka bolehlah, seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan dari orang-orang yang kamu setujui untuk menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu, maka dapat diingatkan oeh yang seorang lagi…”

Sudah terang lagi bersuluh bahawa hutang piutang ini merupakan satu perihal yang amat berat dan perlu diambil perhatian agar tanggungjawab terhadap hak yang dipinjam itu dapat dilunaskan. Semoga kita semua sentiasa tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman dan melunaskan hutang agar tidak dianggap sebagai pencuri oleh Allah swt.

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel