Ibadah

“Roh” Ibadah Haji

Roh Ibadah Haji

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Mona Din di Facebook.

(Sharing: sebuah catatan jujur, dr salah seorang ahli jemaah kumpulan Destinasia saya, saudara Nazaruddin. Semoga ia mjadi ilmu yg bmanafaat kpd kita semua dan semoga Allah mngurniakn ganjaran pahala kpd penulisnya. BACA LAH. Hayatilah. Sesungguhnya, inilah Roh Haji)

Setelah hampir 5 hari konsentrasi pada ibadah…saya kembali dgn satu catatan yang panjang…moga ada ruang utk ahli kluarga,sanak saudara,rakan taulan utk membacanya…maaf kerana agak panjang…

Alhamdulillah … tamat sudah kemuncak haji bilamana terbenamnya matahari 9 zulhijjah. Dan, aku yang melihat sendiri selama dua puluh minit saat saat itu, betapa ramai manusia memanafaatkan pecutan akhir itu. Kelihatan matahari melabuhkan tirai siangnya, dan tempat matahari terbenam kebetulan sama dengan arah kiblat.

Mendongak ke langit, awan bersusun indah, kebiruan yang semulajadi… dapat di rasai kerahmatanNya.. air mata.memgalir sendiri ..sambil tangan menadah berterusan memohon keampunan Mu ya Allah, mendoakan kpd ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan terutama pada yang memesan doa… moga2 Allah memakbulkannya..

Setelah selamat menunaikan jamak isya’ dan maghrib secara tamam (sempurna) dan proses menunggu utk angkut bermabit di Mudzalifah bermula…kami di kumpulkan dalam “kandang” seramai sekitar 40 hingga 60 orang…kemudian, barulah menaiki bas menuju ke mudzalifah…di angkut sperti mereka yang sedang menunggu jawapan pada perlakuan lalu… Terasa sangat ,saat saat seperti di masyhar..

Di Mudzaliffah..masyaa Allah ..lautan manusia..sehinggakan tidur dan berbaring sebentar pun ada yang bertindih tindih. Nampak ketidakselesaannya..tetapi sebenarnya selesa atau tidak ianya bergantung kpd amal soleh kita dan solat serta hubungan kita dgn Allah. Kerana itu, di situ melihat pelbagai watak manusia ..ada yang tenang, ada yang tension, ada yang bahagia, ada yang derita ,ada yang termanggu, ada yg senang hati… pada yang pernah melaluinya bolehlah jawab sendiri..

Bila tiba masanya, kami bergerak ke Mina, sekali lagi menaiki bas. Bayangkan pergerakan berjuta manusia yang kebanyakan berkain putih…berlaku dalam masa yang sama..disini satu lagi gambaran hari masyhar… manusia berebut2 utk kluar dari Mudzalifah… subhanallah, aku menyaksikan mereka yang lemah ada yang sampai meraung raung..

Sesampai di Mina..alhamdulillah.. kami semua di tempatkan dalam satu khemah yang sama. Walaupun ada gangguan dari pihak lain, tapi rombongan kami kekal bersama sehingga selesai nafaz awal…melontar utk tahalul awal dan bermalam dua malam d mina dan melontar sebanyak 2 kali…

Dan..aku sendiri…hebat ujian dari Allah..bermula sahaja hari tarwiah, aku mula demam dan batuk. Pergi ke padang arafah dalam keadaan demam dan tanpa makan. Tahap hebat dek kerana kurang makan tapi minum air sahaja..aku jadi hypo. lalu pagi jumaat menyaksikan aku hampir pitam sebaik subuh. Lalu di warded di Care Unit Tabung Haji sehingga selepas zohor. Aku di drip sebotol air. Selepas itu, bila balik ke khemah, nak ke tandas pun kena di sorong wheelchair.

BACA:  Permulaan solat 5 waktu selepas Isra’ Mikraj

Akhirnya, gagahkan semangat…pegi melontar juga keesokan paginya utk nafaz awal dgn berjalan kaki pegi dan upah wheel chair utk balik..terimkasih ya Allah…kerana ujian dan kemudian memberi kekuatan kepadaku utk melaluinya.

Selepas itu…kami kembali semula kepada kemewahan kota Mekah…tiba di mekah jam 930 pagi sabtu 12 zulhijjaah…brsiap siap utk menutupnya dengan tawaf haji.
Aku terfikir, mengapa kami semua “dicampak keluar” dari keselesaan Mekah dan Masjidil Haram ke padang pasir ini? Sudah elok dapat bersolat di hadapan kaabah, kami diperintahkan ke Arafah. Baru sehari di Arafah, disuruh pula bermalam di Muzdalifah, yang berlantai bumi berbumbung langit? Bermalam pula di Mina dan disuruh melontar anak batu ke jamrah? Memang, aku yakin kita sebagai hamba tidak layak mempersoalkan perintah Tuannya, tetapi aku juga yakin setiap sesuatu itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Persoalanku terjawab dalm beberpa pencarian ku….menjalankan ibadah haji dengan penuh ‘rohnya’

Ingat lagi.dengan kisah Nabi Adam yg tercampak ke Ceylon selepas dikeluarkan dari syurga, bagaimana baginda menangis & bertaubat selama bertahun-tahun. Selama bertahun-tahun juga Nabi Adam berjalan hingga akhirnya sampai ke bumi hijjaz ini, bertemu dgn isteri yang sangat dirindui iaitu Siti Hawa. Berkenalanlah semula Nabi Adam dengan Siti Hawa & mereka saling mengenali diri mereka semula, di bumi Arafah, yang bermaksud perkenalan.

Bayangkanlah, hanya kerana satu kesalahan memakan buah larangan, Nabi Adam dan Siti Hawa terkeluar dari syurga. Mana mungkin kita yang bergelumang dgn jutaan dosa senang-senang boleh masuk syurga? Maka kita diminta keluar dari Mekah, menuju ke Arafah utk mengenali diri semula selain dari manifestasi padang masyhar sendiri , dan memohon ampun di sana, kerana Allah berjanji seperti dalam hadis Qudsi:

“Pada hari yang mulia itu Allah SWT sedang memanggil para malaikatnya berkumpul di langit Arafah, dan membangga-banggakan umatnya yang sedang wukuf di Arafah di hadapan para malaikatnya di langit.

Disebutkan dalam hadits qudsi bahwa Allah berfirman bahwa :

“ Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang kesini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku”

Allah sangat memuliakan hari wukuf di Arafah. Hari itu, Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang wukuf di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka. Nabi Muhammad saw bersabda :

“ . . . Ia (Allah) mendekat kepada orang-orang yang di Arafah. Dengan bangga Ia bertanya kepada para malaikat, Apa yang diinginkan oleh orang-orang yang sedang wukuf itu ? “

“Hai malaikat-Ku ! Apa balasan (bagi) hamba-Ku ini, ia bertasbih kepada-Ku, ia bertahlil kepada-Ku, ia bertakbir kepada-Ku, ia mengagungkan-Ku, ia mengenali-Ku, ia memuji-Ku, ia bershalawat kepada nabi-Ku. Wahai para malaikat-Ku ! Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.”(Imam al-Ghazali)

BACA:  Panduan & Amalan Lengkap di Bulan Ramadhan

Kedua, kami diminta mengimbau kisah Nabi Ibrahim yang tersangat mengidamkan anak tetapi isterinya Siti Sarah tidak boleh melahirkan anak. Betapa baginda gembira apabila bernikah dengan Siti Hajar & dikurniakan pula seorang anak bernama Ismail. Sedang berbunga hati dengan kasih seorang ayah kepada anaknya, turun perintah dari Allah, menyuruh Nabi Ibrahim untuk menghantar mereka ke Lembah Bakkah.

Berbulan-bulan mereka berjalan dari Palestin hingga ke Mekah. Hebatnya wanita bernama Siti Hajar, langsung redha & tinggal di Mekah di Hijir Ismail apabila diberitahu, itu adalah perintah TuhanNya. Nabi Ibrahim terus berjalan tanpa menoleh ke belakang (kerana terlalu sedih) & berdoa apabila sampai di Jabal Qubais.
“Wahai Tuhan kami,sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya,disisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya.Wahai Tuhan kami,mereka ditempatkan di situ supaya mereka mendirikan solat dan memakmurkan tempat itu dengan ibadat.Oleh itu,jadikanlah orang sekeliling tertarik dan kasih terhadap mereka,dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dari hasil tanaman,semoga mereka bersyukur”

Pengajaran dari perintah ini ialah, Allah tidak mahu kecintaan Nabi Ibrahim terhadap anak & isteri melebihi kecintaan baginda kepada Allah. Namun Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang, memberi ganjaran kepada keluarga ini, dengan mengangkat martabat Hajar hingga diberi nama Hijir Ismail sedemikian, dan pergerakan saie sempena pergerakan Siti Hajar mencari air di antara Safa dan Marwah, diabadikan sebagai salah satu rukun haji dan umrah.

Setelah Nabi Ismail meningkat dewasa, Allah perintahkan pula Nabi Ibrahim bersama anaknya, untuk membina Kaabah, yang akan menjadi satu simbol kesatuan ummah Islam, menjadi kiblat dari ribuan tahun yang lalu, selepas Rasulullah mendapat wahyu pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram, hinggalah ke saat ini.

Kemuncak ujian bagi Nabi Ibrahim, bukti cinta Nabi Ibrahim kepada Allah, melebihi segalanya, adalah apabila diminta menyembelih anaknya yang soleh. Syaitan mendesak dan menghasut dengan hebat, ketiga-tiga insan dari ibunya, bapanya, hinggalah ke Nabi Ismail sendiri, lantas dilontar anak batu hingga tewas syaitan terkutuk.

Inilah hakikatnya, Mina adalah kemuncak ujian iman semasa haji sama seperti kemuncak ujian iman Nabi Ibrahim dari Tuhannya, di bumi Mina ini juga. Jemaah haji harus “menyembelih” semua “Ismail” dlm diri kami, sama ada kecintaan itu dalam bentuk anak, harta, isteri, pangkat dan sebagainya, yang mungkin bisa menghalang cinta kita kepada Allah. Di sinilah PERANG diisytiharkan dengan syaitan.

Hakikatnya melontar jamrah BUKAN sekadar ritual! Bukan jua jemaah haji itu datang menunaikan ibadah haji hanya kerana sudah sampai waktunya, atau sudah cukup simpanannya.

Subhanallah, banyak yang dapat kupelajari. Satu proses menuntut ilmu yang sangat indah.

Rupanya ibadah haji ini penuh simbolik. Tawaf lambang kepatuhan, sambil kita melakonkan perbuatan para malaikat di langit yg mengelilingi Sidratul Muntaha. Selain ketika sujud, bagi yang pernah ke Tanah Suci, pasti bersetuju jika kukatakan, ketika tawaflah kita terasa begitu hampir dengan Rabbul Alamin, Allah Azzawajalla.

BACA:  Beberapa Amalan yang Dianjurkan pada Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan

Saie rupanya simbolik kita berusaha dalam hidup. Benar kita boleh berusaha tetapi hasilnya terserah pada Allah Yang Esa. Seperti Siti Hajar berlari-lari mencari air di Safa dan Marwah, namun air zam-zam yang dikurniakan Allah atas asbab hentakan kaki seorang bayi, di bawah redup naungan Kaabah, dan bukannya di tempat Siti Hajar berlari. Hakikatnya usaha tidak boleh berlaku tanpa kita mendekatkan diri dengan Allah terlebih dahulu, justeru saie hanya sah andai dilakukan selepas tawaf.

Ternyata sepanjang ibadah haji, kita diminta melakonkan watak-watak Nabi Adam Alaihissalam, Nabi Ibrahim Alaihissalam dan Siti Hajar Alaihassalam. Bukan sekadar lakonan, namun dikerjakan atas dasar kepatuhan, yang diiringi penghayatan.

Bukan atas dasar suka-suka Allah “mengusir” kami dari Kota Mekah. Rupanya supaya kami sedar, kadangkala perlu meninggalkan sedikit keselesaan, untuk kita kembali mengenali asal diri kita, seorang hamba yang tidak layak meminta apa-apa dari Tuhannya, namun hanya kerana DIA itu Maha Pengampun dan Pemurah, Maha menyayangi kita tidak seperti yang lainnya, maka kita letakkan segala pengharapan, memanjatkan segala permohonan hanya padaNya.

Tiga hari di bumi Mina cukup menginsafkan. Semua insan disama ratakan. Tiada gelaran yang dibawa, hanya satu nombor yang terlekat di tilam, dan sebuah tanda nama tersangkut di leher.

Kalau di ingatkan kembali…aku menyaksikan bagaimana manusia manusia bergelimpangan dalam kepanasan padang Arafah ( mencecah 47 degree), berbagai bau tengit keluar dari badan setiap manusia dan berpeluh peluh…jelas gambaran padang mashar…beruntungnya para tetamu Allah yang di jemput utk merasai saat saat ini. Yang pasti disini pun, aku sudah menyaksikan mereka yang tenang adalah mereka yang lebih ibadat… sesungguhnya besar pengajaran yang perlu di ambil, semoga pada yang telah mengerjakan haji tidak sewenang wenangnya kembali kepada tabiat jahiliyyah sekembalinya dari tanah suci.

Akhir kalam…dalam nota catatan ( “roh” perjalanan ibadah haji “) ini, saya sekadar ingin memetik kata kata dari buku Travelog Haji Prof Kamil mukasurat 140 ;
“Allah benar benar menjadikan kita sebagai tetamu istimewa. Doa kita di makbulkanya. Sejak di Mekah hingga ke hari ini,Dia sentiasa bersama kita. Dia banyak banyak memberi pengajaran kpd saya.Allah menunjukan kebesaranNya. Saya banyak mendapat petunjuk. Apabila saya balik Malaysia, saya masih lagi tidak takut, tidak gentar kepadanNya, masih membuat dajal,saya tidak tahu saya ini jenis manusia apa, saya adalah sejahat jahat manusia”

…tepuk dada tanya iman wahai sang hujajj..dan yang sudah selamat melaluinya sebelum ini…semuanya perlu pada “roh” haji …moga semua akan dapat roh haji sebenarnya…Pada yang belum dan berkemampuan, berusahalah semudah mendaftar nama tgb haji dulu.

moga catatan ini memberi sedikit manafaat utk kita semua..maaf kerana mencuri masa antum sekalian

wassalam

…ncs..
bilik 308A
Burj.Al.Jawar
Kota Suci Mekah
245 pagi
13 zulhijjjah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!