Soal Jawab Agama

Restu Ibu Bapa Dalam Perkahwinan

Restu Ibu Bapa Dalam Perkahwinan

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan : Ustaz saya nak tanya jika seorang lelaki ingin berkahwin dengan seorang perempuan tetapi ibu lelaki tersebut tidak restu, apakah lelaki tersebut perlu mengikut kehendak ibunya dan apakah hukum jika lelaki tersebut berkahwin juga tanpa restu ibunya apakah dikira berdosa besar? minta pencerahan ustaz terima kasih…

Jawapan :

Islam melarang seorang anak derhaka kepada kedua ibu bapa dan Islam juga melarang memutuskan silaturahim kepada keluarga. Berkahwin dengan perempuan pilihan hati bukan wajib dan berdosa jika tak jadi kawin dengannya tetapi menghampakan hati ibu bapa dan melukakannya satu dosa besar. Hukumnya wajib mentaati ibu bapa dalam perkara harus dan sunat. Perkahwinan yang tak dapat restu ibu bapa tak akan mendapat keberkatan dan redha Allah SWT.

Terdapat beberapa hadis menjelaskan betapa pentingnya mendapat persetujuan dan redha ibu bapa .

1. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”. (Hadis Riwayat Hakim)

2. Sabda Nabi SAW maksudnya, “Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”. (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Abdullah bin Masud pernah bertanya kepada Rasullullah SAW, “Apakah amalan yang paling Allah SWT sukai?”. Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya”. Abdullah bin Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa”. Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Rasullullah SAW menjawab, “Jihad kerana agama Allah SWT”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

BACA:  Hukum Membela Binatang Dalam Sangkar

4. Nabi SAW bersabda maksudnya, “Kembalilah kepada kedua ibu bapamu dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis”. (Hadis Riwayat Abu Daud & Baihaqi)

Jangan putuskan silaturahim dengan ibu bapa kerana hendak berkahwin dengan wanita pilihan hati :

1. Hadis riwayat Abu Hurairah ra. dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk sehingga setelah selesai menciptakan mereka, bangkitlah rahim (hubungan kekeluargaan) berkata: Ini adalah tempat bagi orang berlindung (kepada-Mu) dengan tidak memutuskan tali silaturahmi.

Allah menjawab: “Ya. Apakah kamu senang kalau Aku menyambung orang yang menyambungmu, dan memutuskan orang yang memutuskanmu?”

Ia berkata: “Tentu saja”.

Allah berfirman: “Itulah milikmu”.

Kemudian Rasulullah SAW. bersabda: Bacalah ayat berikut ini kalau kalian mau: “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan telinganya dan dibutakan matanya. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur’an ataukah hati mereka terkunci. ” (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

2. Hadis riwayat Aisyah r.a., ia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada Arsy, ia berkata: “Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya.” (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

3. Hadis riwayat Jubair bin Muth`im ra.: Dari Nabi SAW. bahwa beliau bersabda: “Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.”
(Hadis Shahih Riwayat Muslim )

4. Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: “Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturahmi).” (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

BACA:  Hukum Makan Semeja Dengan Orang Minum Arak

Jika wanita pilihan hati tersebut terbukti baik akhlaknya, menutup aurat dan bersifat lemah lembut maka pujuklah ibu bapa dengan cara hikmah dan bijaksana. Ambil masa sedikit untuk solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT supaya melembutkan hati mereka berdua. Ibu bapa yang bersifat penyayang tidak akan menolak bulat-bulat permintaan anak lelakinya. Cara mendapat restu adalah cara terbaik dan inilah yang di anjurkan oleh Islam. Jangan terburu-buru mengikut nafsu kerana sifat terburu-buru adalah sifat syaitan, sifat tenang dan bersabar adalah sifat orang mukmin.

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *