Kesihatan

Resdung Bukan Disebabkan Oleh Ulat!

“Saya buat rawatan guna daun pandan dan limau nipis… lumur-lumur pada muka. Ulat semua keluar. Legaaa!!!”

Betul ke selepas keluar ulat-ulat resdung ini pesakit akan sembuh sepenuhnya daripada masalah sinus?

Kalau tak buat rawatan seperti itu, adakah ulat-ulat tersebut akan terus membiak, bergerak-gerak, kulit muka berjerawat, dan akhirnya masalah pesakit resdung tidak akan selesai?

SALAH!!

Resdung atau disebut sebagai ‘allergic rhinitis’ adalah masalah yang disebabkan oleh alahan atau tindak balas sistem tubuh kita kepada sesetengah keadaan luar.

Hasilnya, pesakit akan mengalami beberapa simptom resdung seperti :

1. Hidung berair
2. Gatal-gatal pada hidung dan anggota lain
3. Kerap mengalami bersin
4. Hidung tersumbat

Jadi, bagaimana ulat-ulat tersebut boleh keluar semasa rawatan resdung dilakukan?

Kesemua ulat-ulat yang dilihat semasa prosedur dijalankan ialah berasal daripada bahagian tengah lipas tanah yang digunakan sebagai proses rawatan.

Kenapa ulat daripada lipas? Lipas merupakan salah satu serangga yang membawa pelbagai jenis parasit seperti virus, bakteria dan kulat. Kajian telah pun dilakukan di Afrika yang melibatkan 6000 ekor lipas. Pemeriksaan pada semua organ serta sistem pencernaan lipas mendapati terdapat banyaknya parasit seperti cacing Trichuris trichiura, Taenia spp. dan Ascaris lumbricoides serta banyak lagi parasit lain. Jadi apabila bahagian tengah lipas ini dipotong dan dilumur pada wajah pesakit, cacing-cacing ini masih boleh dilihat semasa prosedur rawatan resdung dilakukan.

Oleh itu, apa rawatan terbaik buat pesakit resdung?

1. Elakkan segala punca alahan. Ia bergantung kepada pesakit seperti habuk, makanan laut, perubahan cuaca, permaidani, bulu haiwan dan sebagainya.

2. Ubat makan untuk mengurangkan masalah alahan. Ada beberapa jenis ubat yang akan dan boleh diberi. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

BACA:  Air Kurma Cina Bagus Diamalkan Masa Pantang Lepas Bersalin

3. Nasal spray. Ubat spray hidung juga akan diberi kepada pesakit untuk pengawalan masalah resdung yang lebih baik.

Kalau anda ragu-ragu dengan masalah yang anda sedang alami, jangan teragak-agak untuk lakukan pemeriksaan. Jumpalah doktor. Anda akan dibantu.

Resdung juga tidak menyebabkan masalah jerawat secara langsung. Tindak balas alahan yang berlaku kepada pesakit yang menyebabkan masalah gatal dan lain-lain kepada pesakit. Kawal punca alahan, InshaaAllah semua baik-baik nanti.

#Kongsi dan hantarkan tulisan ini sebagai tanda prihatin anda kepada mereka yang anda sayangi. Moga lebih ramai beroleh manfaat.

 

Sumber: Facebook Dr Ezairy M.Sallih 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!