Ibadah

Rasulullah s.a.w berpoligami untuk kebaikan masyarakat

POLIGAMI sering menjadi isu kontroversi dalam masyarakat kita. Islam membolehkan umatnya berpoligami namun ia bukan boleh berlaku sewenang-wenangnya.

Antara faktor yang me nyumbang lelaki berkahwin lagi mungkin disebabkan kesihatan isteri gagal melahirkan zuriat, sering kali bekerja di luar kawasan atau memiliki dorongan nafsu seks yang kuat.

Keharusan berpoligami mempunyai hikmah bagi kepentingan serta kesejahteraan umat Islam. Poligami bertujuan menghalang terjadinya perceraian antara pasangan.

Selain itu, poligami dapat menyelesaikan jumlah ‘gadis berumur’ supaya mereka juga dapat merasa nikmat kehidupan berumah tangga dan berkeluarga.

Jika itu berlaku, jelaslah poligami dibolehkan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi nafsu seks bagi lelaki semata-mata tetapi ia mempunyai maksud serta tujuan kemaslahatan umat Islam seluruhnya.

Islam tidak memandang mudah syarat yang dikenakan kepada suami yang ingin berpoligami. Sebab itulah tanggungjawab yang mereka perlu pikul bukan satu tugas mudah.

Rasulullah s.a.w sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya atas dasar untuk membantu dan memberi perlindungan kepada mereka. Contohnya Rasulullah menikahi Siti Saudah binti Zam’ah kerana beliau kematian suami.

Seluruh kaum kerabat Siti Saudah adalah orang musyrik. Usia Siti Saudah ketika itu 66 tahun. Namun baginda tidak mahu membiarkan Siti Saudah bersendirian kerana bimbang Islamnya terancam.

Rasulullah juga berkahwin dengan Siti Aisyah dan Siti Hafsah sebagai penghargaan kepada orang tua mereka. Ibu bapa mereka adalah sahabat dan menteri Rasulullah iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khatab.

Begitu juga halnya ketika Rasulullah berkahwin dengan Ummu Salamah (Hindun binti Abi Umayah bin Almuqirah). Ummu Salamah adalah salah seorang yang turut serta dalam penghijrahan ke Habsyah dan Madinah.

Suaminya, Abu Salamah meninggal dunia dan mereka mempunyai anak yang masih memerlukan didikan. Rasulullah mengahwini Ummu Salamah demi memuliakannya.

Selain itu, Ummu Salamah juga memiliki sifat terpuji dan termasuk daripada golongan yang awal menganut Islam. Jelas, Rasulullah berpoligami demi menguatkan ikatan kasih sayang antara kerabat dan kabilah isteri-isterinya supaya mereka memeluk Islam.

Poligami yang dilaksanakan Rasulullah sarat dengan pengajaran penting serta hikmahnya. Baginda tidak melakukannya secara sesuka hati atau tanpa pertimbangan yang wajar.

BACA:  Bulan Ramadhan Pesta Ibadah

Allah berfirman yang bermaksud: “Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut dia tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja” (Surah An-Nisa’ ayat 3).

Dalam ayat berkenaan lelaki dibolehkan berkahwin sehingga empat wanita de ngan syarat yang berat sekali iaitu mesti berlaku adil antara isterinya mengenai nafkah serta giliran.

Tetapi jika kita tidak dapat berlaku adil maka hendaklah seseorang itu beristeri seorang saja. Hikmahnya ialah orang lelaki pada zaman Nabi Muhammad bilangan nya sedikit berbanding wanita disebabkan ramai yang mati dalam peperangan.

Oleh itu dibolehkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang supaya janda yang kematian suami mendapat bantuan dan perhatian sewajarnya. Rasulullah cuma berkahwin dengan seorang gadis manakala yang lain semuanya janda bagi membantu kehidupan mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara perempuan-perempuan itu meskipun kamu sangat ingin perempuan-perempuan itu, meskipun kamu sangat ingin demikian itu, sebab itu janganlah kamu terlalu cenderung sehingga kamu tinggalkan perempuan yang lain sebagai seorang yang tergantung. Jika kamu perbaiki (kesalahanmu) dan bertakwa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang” (Surah An-Nisaa’ ayat 129).

Poligami sebenarnya menjadi penyelesaian kepada masalah. Ia sama juga seperti talak yang dibolehkan kerana mahu mencari jalan keluar daripada kesulitan.

Bermakna, poligami tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tetapi perlu berdasarkan nas syariat serta realiti keadaan masyarakat.

Menjadi lumrah kehidupan di dunia, tidak semestinya semuanya indah belaka tetapi Allah akan sentiasa menguji kita dengan pelbagai dugaan bagi menilai kesabaran dan ketabahan hamba-Nya.

Dengan tegas diterangkan tuntutan supaya suami bersikap adil jika ingin berpoligami. Seorang suami yang sering kali sakit dan mengalami kesukaran keluar mencari rezeki sudah tentu tidak dapat menanggung isteri-isterinya.

Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing daripada suaminya. Dalam soal ini, suami tidak boleh mengurangi nafkah seorang isterinya dengan alasan isteri mempunyai sumber kewangan sendiri.

BACA:  Solat Jadikan Amanda Tenang

Prinsip adil tidak mengira sama ada mereka gadis atau janda, muda atau tua atau taraf pendidikan. Semuanya mempunyai hak sama rata sebagai isteri.

Adil dalam memberikan tempat tinggal dan ulama sepakat mengatakan suami bertanggungjawab menye diakan tempat tinggal masing-masing kepada setiap isteri dan anak sesuai dengan kemampuannya.

Jangan sampai berlaku pertengkaran atau saling cemburu antara mereka. Menyusun giliran aspek yang begitu penting jika hidup berpoligami.

Isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama dengan waktu menginap di rumah isteri yang lain. Tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan hubungan seks dengan isteri semata-mata tetapi ia bermaksud menyempurnakan ikatan kasih sayang, kemesraan dan kerukunan antara suami isteri.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” (Surah ar-Ruum ayat 21).

Anak juga mempunyai hak mendapatkan perlindungan serta kasih sayang daripada ayahnya. Sebab itu disyaratkan agar setiap suami yang mahu berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak mereka yang berlainan ibu itu.

Siti ‘Aisyah r.a menerang kan, maksudnya: Bahawa Rasulullah s.a.w selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara isteri-isterinya.

Beliau berkata dalam doanya: “Ya Allah, inilah kemampuanku membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku.”

Peruntukan undang-undang di Malaysia tidak melarang seseorang itu berkahwin lagi tetapi dengan syarat mereka perlu mendapat kebenaran bertulis daripada mahkamah.

Perunding motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berkata, dalam Islam lelaki yang ingin berpoligami perlu ada kemampuan dari segenap segi.

“Ia bukan dilakukan atas dasar nafsu semata-mata. Lelaki yang berhajat mengahwini lebih daripada seorang wanita perlu berkemampuan dari sudut material dan paling penting mereka memiliki asas iman jitu supaya dapat membimbing isteri-isteri mereka.

BACA:  Manhajus Salikin: Larangan bagi yang Berhadas Kecil

“Ada betulnya isteri tidak bersetuju suaminya berkahwin lain jika suami mereka tidak berkemampuan. Bantahan isteri itu bertujuan menyelamatkan suami daripada gagal menjalankan tanggungjawab kelak.

“Berbeza dengan suami yang mampu dalam situasi mereka tidak mampu melawan kehendak nafsunya, isteri tidak boleh membantah jika mereka ingin berpoligami kerana dibimbangi mereka terjebak dengan dosa,” katanya.

Beliau berkata, poligami adalah perkongsian hidup yang memerlukan komitmen tanpa berbelah bagi kepada setiap isteri dan anak mereka.

“Maka di sini terletaknya tanggungjawab besar dalam menyediakan peruntukan wang ringgit bagi perbelanjaan setiap isi rumah, memberikan kasih sayang sama rata serta didikan buat isteri dan anak-anak.

“Jadi amat malang sekali kepada suami yang ingin mempraktikkan poligami namun kelak amanah itu tidak dilaksanakan bersungguh-sungguh,” katanya.

Mohd Zawawi berkata, antara hikmah yang terkandung dalam poligami apabila ia dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan seseorang.

“Contohnya, poligami itu menjadikan seorang janda dan anak yatim hidup lebih terbela. Selepas kematian suami, sudah pasti mereka hilang tempat bergantung harap.

“Tambahan pula anak-anak masih kecil untuk ditanggung. Jadi sudah tentu kehadiran suami memberi sinar kepada mereka untuk terus menikmati kehidupan dengan lebih sempurna,” katanya.

Beliau berkata, memang dalam masyarakat kita suami yang ingin berpoligami sukar diterima wanita dan isteri menganggap kebahagiaan mereka dirampas.

“Itu sebabnya poligami dipandang serong sesetengah orang kerana golongan yang melaksanakan poligami berkenaan menunjukkan contoh tidak baik serta memberi gambaran mereka semakin bermasalah.

“Contoh yang baik pula jarang diketengahkan dalam masyarakat kita.

“Oleh itu, wanita perlu menukar persepsi bahawa suami yang berpoligami memikul pengorbanan tinggi kerana bukan mudah memperuntukkan masa serta kasih sayang sama rata antara setiap isteri dan anak-anak.

“Pada masa sama, lelaki perlu membuktikan kelayakan sebenar mereka memimpin sebuah keluarga besar yang berlandaskan prinsip adil selain ibadat mereka turut hebat.

“Itulah yang diamalkan Rasulullah antara tujuan baginda berpoligami untuk memberi perlindungan dan martabat kepada wanita,” katanya.

10 Comments

  1. ?..tidak adakah cara lain untuk menolong dan melindungi sehingga harus dengan cara poligami? Allah memerintakan dalam Alquran supaya muhamad boleh menikahi lebih dari satu tapi tidak boleh lebih dari 4, asalkan adil..yang jadi pertanyan apakah manusia dapat berlaku adil? bukankah hanya Tuhan Allah saya keadilan itu…ayat ini di maksutkan supaya manusia itu jangan berpoligami karena tidak ada manusia manapun di muka bumi ini dapat berlaku adil termasuk muhamad. sebab hanya Tuhan sajalah keadilan itu. dengan tujuan ingin memiliki banyak istri dan memuaskan nafsunya lalau muhamad bahkan manusia yang lain menafsirkan salah ayat tersebut bahkan muhamad sendiri berdali melindungi mereka dengan cara di nikahi…sudapun berlaku demikian masih saja muhamad ga adil sama istri2nya… sekian mungkin sebagai bahan renungan, mari bercermin kepada kebenaran.

    1. tolong jangan silap dalam mentafsir ayat alquraan, nabi di benarkan kahwin sehingga 11 dan bukan empat,,,, bilangan 4 itu untuk umat baginda,,kebanyakan wanita takut pabila dengar tentang lelaki ingin berpoligami,,,ketahuilah itu adalah perkara yg di halalkan oleh ALLAH TAALA ,,,tidak harus seorang wanita melarang atau mengharamkan nya ,,,setiap perintah ALLAH sungguh hebat sekiranya di dalami dgn pelbagai cara,,,dunia sekarang mengakui bahawa poligami lah jalan yg amat terbaik untuk mencegah masalah sosial di kalangan wanita,,,, sebenarnya dgn izin ALLAH banyak lagi saya perlu ,,,akan tetapi setakat seketika renungkanlah……..wallahu alam….

    2. dalam sejarah nabi2. mohamad jauh berbeza degan nabi sebelumnya… sepatutnya nabi terakhir perlu memperbaiki firman Allah yang lepas seperti Isa tetapi mohamad terang2 merosakkan firman2 Allah sebelumnya dan menghalang misi isa..

  2. Wanita walaupun dengan hati yang berat mengizinkan suami berpoligami, jika mereka benar-benar pasti suami itu baik dan mulia akhlaknya serta bagus ibadahnya, selain suami ituberkemampuan dari segi material dan layanan yang mesra terhadap isteri dan anak. namun kebanyakan suami sekarang bukan setakat tidak mampu malah meletakkan tanggungjawab mereka atas bahu isteri, lebih-lebih lagi diwaktu susah diawal membangunkan rumahtangga,… apabila berada ditahap selesa(bukanlah senang) tidak pula membahgiakan hidup isteri terlebih dulu, sebaliknya tidak sabar berkongsi keselesaan yang ada dengan wanita lain yang diibarat masuk rumah “cuci kaki tangan saja”. Malahan suami yang tidak berkemampuan mencari wanita muda lulusan pusat pengajian tinggi yang mampu perolehi gaji yang besar supaya isteri itu boleh menyara kehidupan mereka sendiri serta anak-anak setelah berkahwin kelak, sementara suami menanggung keluarga pertama sahaja. Kebanyakkan wanita tidak rela tetapi ramai dari mereka terperangkap dengan jerat kata-kata manis lelaki.

  3. sejak zaman Nabi lg, org2 kafir musyrikin sndri telah menggelar baginda Al amin iaitu orang yg adil dan amanah. Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang maksum.. mana mungkin baginda tidak berlaku adil pd isteri2nya. Baginda berkahwin juga adalh disebabkan wahyu drp Allah SWT. Tetapi bab poligami ini,pd hari ini dapat kita lihat, ramai lelaki hanya menurutkan hawa nafsu semata-mata. tidak mengikut sunnah nabi yg btul. bagi mereka yg mggunakan alasan nak berpoligami sb sunnah tetapi hanya menurutkan nafsu semata-mata dan tidak adil adalh tidak patut dan secara tidak langsung mempermain mainkan sunnah nabi. disebabkan golongan lelaki sebegini lah, poligami ini dipandang sgt buruk oleh golongan wanita. wallahua’lam

  4. saya pernah berpoligami,pada masa itu saya berkeyakinan dengan apa yang saya ada dengan kemampuan zahir dan batin..malangnya isteri pertama kurang senang dengan keadaan yang berlaku mungkin kurang kefahaman tentang poligami,kalau nak ikutkan saypun bukan faham sangat berpoligami tetapi faktor tarikan faktor nafsu mempengaruhi hampir 90%.isteri keduapun yelah anak dara umur 23 tahun lepasan UKM (pengajian islam) ,kalau diikutkan mahir jugalah tentang islam -syariah,akhlak dan aqidah tetapi gejolak material yang kuat untuk bersuamikan saya..maka terbelakulah poligami dan dipendekkan cerita poligami tersebut tak bertahan lama….saya dirundung malang tak kesudahan macam ditelan mati emak,diluah mati bapak…

  5. Salam,

    Sokong, jgn salah faham, setiap hukum yg Allah SWT turunkan itu terlalu besar hikmahnya untuk manusia. Dgn keadaan skg, poligami itu bkn lg jadi keharuasan tetapi adalah sunnah yg amat digalakkan serta boleh menjadi wajib (mengelakkan kemaksiatan) untuk membendong perkara maksiat, sex bebas, bunuh ank dll. Jika kamu nak tentang jg hukum Allah SWT silakan..tp bila kena batang hidung sendiri nanti barulah kamu tau…Fikir-fikirkanlah

  6. Poligami bermakna suami tidak taat setia kepada isteri. Suami yang suka poligami adalah mata keranjang seperti “plyboy” suka tukar perempuan. Yang isteri  lama sudah jemu pakai kemudian cari isteri baru yang lebih muda. Muhammad mengguna alasan agama untuk dapat kuasa politik, kekayan dan poligami. Jika Muhammad simpati terhadap  janda ia boleh bagi mereka kerja atau cari suami baginya kenapa harus khawinnya? Poligami amat buruk terhadap masyarakat kerana lebih banyak isteri dan lebih banyak anak menjadi masalah keluarga seperti terjadi cemburu antara isteri, perbelanjaan dan pendidikan anak. Jika tidak menjaga pendidikan yang baik boleh menyebab anak menjadi orang bermasalah kepada masyarakat. Oleh itu jika suami sudah ada niat lain perempuan harus cerai isteri lama untuk mengelak kejadian tersebut. Sebagai lelaki kita harus fikir jika anda adalah isteri tua dimana suami ingin khawin lagi adakah ia boleh jaga anda seperti dulu ? 
    Oleh itu kita perlu hindari ajaran yang tidak manfaat kepada zaman ini untuk mengelak masalah masyarakat, perkauman, pergaulan, pekerjaan dll.

  7. salam…saya baru berkahwin hampir 5 tahun,suami sy ialah muallaf…saya tahu suami sy byk berkorban krn family dia dah x terima dia byk yg dia hilang sejak masuk islam spt harta benda dll…dia mmg mengaku yg dulu sebelum dia masuk islam dia byk buat dosa iaitu buat maksiat…baru thn lps perkara ini berlaku di mana salah seorang x girlfriend dia mula mencari dia semula….suami sy baru aje bgtahu yg perempuan tersebut telah membuat laporan polis kerana dia kata suami sy telah merogol dirinya iaitu sebelum msk islam n berkahwin dengan saya…suami sy baru berterus terang dgn sy pada tahun ini…perempuan itu membuat ugutan supaya berkahwin dgn dia secara paksa malah perempuan itu sanggup masuk islam semata-mata utk kahwin dgn suami sy…itu syarat dia utk elakkan suami sy menerima hukuman undang-undang…kami suami isteri mmg hubungan sudah tidak tenteram….suami sy byk lagi perlukan didikan agama n dorongan…sy sgt sedih dan kecewa dgn situasi ini sy x blh terima dgn suami sy yg ingin berpoligami malah dia kata jika dia kahwin dgn perempuan tersebut dia x akn blh bersifat adil dgn perempuan itu kerana dia lbh sygkn sy n ank2…suami sy mmg x layak utk berpoligami kerana kekurangan dr segi fahaman agama n dr segi pendapatan…apa yg perlu sy n suami lakukan….tolonglh saya!!!!saya x nak suami sy terseksa di dunia akhirat nnt….n berkongsi kasih dengan perempuan yg lain….

  8. saya istri kedua dr suami saya skrang.. tp belakangan ini saya sering merasa tak nyaman krn istri prtama nya tiba2 ingin bercerai dan kehilangan gairah cinta nya pada suami kami.. saya menduga krn dia tak kuat menahan gejolak cemburu krn saya.. saya jdi merasa hilang arah dan ingin bercerai krn tak ingin melihAT istri pertamanya sakit hati…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!