Kesihatan

Ramai Sangka HIV Dan AIDS Adalah Penyakit Sama, Ini Penjelasan Dari KKM

HIV atau AIDS merupakan salah satu penyakit yang paking berbahaya dan ditakuti oleh semua manusia.

Ia telah menyebabkan kematian berjuta-juta orang dan penyakit ini masih tiada penawar.

Namun adakah kedua-dua penyakit ini sama?

Kementerian Kesihatan ada memuat naik kiriman berkaitan persamaan atau perbezaan HIV dan AIDS ini.

Sebenarnya ia adalah berbeza dan masyarakat kerap keliru antara HIV dan AIDS. Diagnosis bagi kedua-dua penyakit adalah berbeza tetapi saling berkait.

Di Malaysia, jumlah kes terkumpul sejak tahun 1986 hingga 2018 bagi individu yang dijangkiti HIV adalah 118, 883 kes dan kes AIDS pula adalah 25, 925 kes. Positif HIV tidak semestinya mengalami AIDS.

Dengan perkembangan perubatan dan rawatan ART, Individu dengan HIV kini hidup seperti tempoh hidup normal tanpa mengalami AIDS.

 

Sumber:  Kementerian Kesihatan Malaysia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Elakkan 3 Jenis Ikan: Pari, Bawal Hitam dan Terubok Kerana Akan Mengaktifkan Ketumbuhan Fibroid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *