Ibadah, Nasihat

Ramadan bulan didik umat Islam berdisiplin, sabar hadapi ujian

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Azza Wajalla berfirman: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Puasa adalah perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar berhadapan sebarang godaan sepanjang Ramadan.

Ramadan dikenali juga sebagai bulan prestasi di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai ibadat kepada Allah.

Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadan diiringi puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal itu dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW.

Ramadan adalah bulan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti dilakukan salafus-salih. Dengan itu kita hendaklah b berusaha supaya tiada waktu berlalu tanpa amal salih sepanjang Ramadan, bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah.

BACA:  Titah diraja DYTM Raja Nazrin agar umat Islam bersatu harus dipandang serius

9 Comments

  1. Puasa merosakkan badan seperti perut sakit, kelaparan, kehausan dan badan lemah. Keadaan ini menyebab kerja lambat dan kurang productiviti. Puasa sesuai untuk orang yang tiada kerja dan orang miskin. Pada zaman modern ini yang penuh saingan haruslah kita lebih rajin dan bertenaga sepanjang masa. Janganlah percaya ajaran kuno yang tidak sesuai dizaman ini.

    1. Jika yang komen ini adalah orang islam saya tidak tahulah ingin berkata apa.

    2. @ Peace ; anda hidup di zaman moden, malangnya anda tidak mempunyai ilmu moden ; kajian moden tidak membuktikan puasa merosakan badan malah ianya digunakan sebagi salah satu rawatan untuk memulihkan tubuh badan bagi sesetengah penyakit

    3. Emm..En.Peace,.kamu tak tahu apa-apa pun pasal puasa..jadi jika tidak tahu janganlah berkata apa..kami islam yang tahu kebaikannya dan Allah s.w.t yang lebih mengetahuinya.=)

  2. hey

    u know

    puasa itu melatih ketahanan tubuh

    disiplin diri

    dan belajar hemat

    hemat itu pangkal kaya

    dasar orang tak beragama

    menjauh saja korang dari kami

  3. @admin situs ini: apa respon anda terhadap orang yang melecehkan agama islam?

  4. peace…

    kamu tak tahu dan tak mahu ambil tahu..sebab itu kamu mcm tu…
    fikirlah bila Allah tidak mempedulikanmu…nauzubillah..

  5. siapa ckp puasa itu meletihkan?? Pemain b0la muslim,misalnya MESUT ÖZIL (pemain Real Madrid),tiada masalah bermain ketika dia sdg berpuasa sepanjang hari..kalau kamu bkn muslim sekali pun,sila h0rmati agama 0rg lain..kalau nak berdebat,silakan..zaman dulu pn,ada yg berpuasa ketika berperang..jd,apakah hujah kamu? Jangan ckp sembarangan

  6. salam..mohon share..trima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!