Ibadah, Tazkirah

Rahsia Yang Tersimpan Di Sebalik Solat Sunat Rawatib

Setiap mukmin berusaha mencari kekhusyukan dalam ibadah yang dilakukan terutama sekali dalam ibadah solat. Namun, sebagai manusia biasa, tidak setiap masa kita merasa bahawa solat kita benar-benar sempurna dan terkesan di hati.

Hal ini boleh terjadi kerana banyak faktor seperti fikiran yang dipenuhi dengan perkara lain, keletihan badan, solat dalam keadaan tergesa-gesa dan sebagainya.

Solat Rawatib Menyempurnakan Solat Fardu

Namun ada cara sebenarnya bagi menampung kekurangan serta kecacatan solat fardu kita. Nabi SAW bersabda;

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمُ الصَّلاَةُ قَالَ يَقُولُ رَبُّنَا جَلَّ وَعَزَّ لِمَلاَئِكَتِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ انْظُرُوا فِى صَلاَةِ عَبْدِى أَتَمَّهَا أَمْ نَقَصَهَا فَإِنْ كَانَتْ تَامَّةً كُتِبَتْ لَهُ تَامَّةً وَإِنْ كَانَ انْتَقَصَ مِنْهَا شَيْئًا قَالَ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِى مِنْ تَطَوُّعٍ فَإِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّعٌ قَالَ أَتِمُّوا لِعَبْدِى فَرِيضَتَهُ مِنْ تَطَوُّعِهِ ثُمَّ تُؤْخَذُ الأَعْمَالُ عَلَى ذَاكُمْ

“Sesungguhnya amalan yang pertama kali akan diperhitungkan dari manusia pada hari kiamat dari amalan-amalan mereka adalah solat. Kemudian Allah Ta’ala mengatakan pada malaikatnya dan Dia lebih Mengetahui segala sesuatu,

“Lihatlah kalian pada solat hamba-Ku, apakah sempurna ataukah memiliki kekurangan? Jika solatnya sempurna, maka akan dicatat baginya pahala yang sempurna. Namun, jika solatnya terdapat beberapa kekurangan, maka lihatlah kalian apakah hamba-Ku memiliki amalan solat sunnah?

Jika ia memiliki solat sunnah, maka sempurnakanlah pahala bagi hamba-Ku disebabkan solat sunnah yang ia lakukan. Kemudian amalan-amalan lainnya hampir sama seperti itu”

(HR. Abu Daud no. 864, dari Abu Hurairah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini sahih)

Allah telah memberi peluang untuk kita menambah baik solat fardu dengan solat sunat. Bayangkan di akhirat sana, apabila amalan solat kita datang tapi dengan kekurangan atau kecacatan, pasti rugi jika tiada pun solat sunat yang kita amalkan untuk menampung kekurangan.

BACA:  Doa Hari Arafah Paling Cepat Dimakbulkan

Allah Mencintai Orang Yang Melakukan Amalan Sunat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا، وَلَئِنْ سَأَلَنِي لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لأُعِيْذَنَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya.

Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan.

Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya
(HR lmam Al-Bukhari)

Allah mencintai orang yang melakukan amalan fardu yang diperintahkan. Allah juga mencintai orang yang sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan amalan-amalan sunat. Tidak ada lagi yang lebih mencintai kita selain Allah sehinggakan apabila Dia mencintai hambaNya, segala-galanya akan terpandu, tangan kaki kita, penglihatan kita, pendengaran kita dan hidup kita keseluruhannya. Semoga kita dikurniakan cintaNya.

 

BACA:  Urus masa dalam Islam

Sumber: Tazkirah.net 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!