Ibadah

Puasa tanpa solat

DALAM kehidupan ini, setiap apa yang kita laksanakan perlu dilakukan secara sempurna. Allah SWT dan rasul-Nya tidak suka kepada individu yang melakukan sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh dan sambil lewa kerana ia tidak boleh mendatangkan hasil yang baik. Sesuatu kerja yang tidak lengkap dan sempurna pastinya mempunyai nilai yang rendah di mata masyarakat.

Sebagai manusia yang telah dikurniakan Allah dengan Islam, kita mestilah melaksanakan Islam dengan sempurna. Kegagalan berbuat demikian tentunya akan dianggap sebagai tidak menghargai pemberian nikmat beragama sebagai nikmat terbesar dan ternilai dalam kehidupan kita.

Islam seumpama sebuah rumah yang lengkap dan sempurna. Kita diperintahkan untuk membina rumah yang lengkap tersebut mengikut spesifikasi dan reka bentuk yang telah ditetapkan oleh Allah.

Islam yang tidak lengkap adalah seumpama sebuah rumah tanpa dinding atau bumbung. Walaupun ia adalah rumah, namun tidak dapat dimanfaatkan dek kerana belum sempurna. Bahkan, dengan ketidaksempurnaan itu, ia langsung tidak dapat diiktiraf sebagai rumah!

Dalam kerangka inilah, Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman supaya melaksanakan Islam secara keseluruhannya. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata (al-Baqarah: 208).

Setiap kali datangnya bulan Ramadan, seringkali kita dipaparkan khabaran tentang tangkapan segelintir umat Islam yang tidak berpuasa.

Maka kita yang menyaksikannya menggeleng-gelengkan kepala tanda meluat, geram dan jijik dengan angkara tersebut.

Mungkin juga kita pelik dan hairan dengan sikap mereka yang mengaku beragama Islam, namun tidak mahu berpuasa.

BACA:  2 Cara Ini Berkesan Membantu Anda Memperbaiki Solat Walau Dalam Keadaan Sibuk

Keingkaran melakukan fardu puasa ini seolah-olah berita sensasi yang menjadi rutin biasa bulan Ramadan.

Namun, kadang-kadang kita terfikir kenapa kita hanya mengkhususkan tindakan tersebut kepada puasa sahaja? Kenapa tidak kepada ibadah-ibadah yang lain seperti solat?

Dewasa ini terdapat segelintir orang Islam yang sanggup meninggalkan solat secara terbuka. Lihat sahaja mereka yang terus-menerus leka dengan berniaga walaupun jemaah di masjid sedang melakukan solat Jumaat.

Bahkan, yang menambahkan kehairanan kita ialah terdapatnya yang berpuasa di bulan Ramadan, tetapi tetap enggan melakukan solat atau sewenang-wenangnya meninggalkan solat ketika sibuk dengan urusan dunianya. Bukankah ini merupakan sebuah kepincangan dalam beragama?

Antara faktor suasana ini berlaku ialah disebabkan krisis kefahaman tentang kesyumulan Islam. Kedangkalan ilmu dalam diri ditambah pula dengan sikap ego serta sombong akhirnya menjadikan golongan ini tetap dalam keadaan serba-salah dalam kehidupan beragama.

Faktor yang lain ialah adanya tanggapan bahawa ibadah hanyalah tidak ubah seperti adat. Oleh kerana majoriti orang ramai di sekelilingnya berpuasa, maka dia juga berpuasa. Jika ramai yang berkunjung ke masjid atau surau untuk mendirikan solat hari raya, maka dia pun menyertai mereka, walaupun kakinya hanya menjejakkan kaki ke masjid atau surau tersebut di kala hari raya sahaja.

7 Comments

  1. Jika puasa bagus kepada badan  kenapa tidak laku sepanjang tahun?
    Puasa merosakkan badan seperti perut sakit, kelaparan, kehausan dan badan lemah bahkan menyebab sakit kepala dan gastric. Puasa menyebab pekerja malas kerja dan kerja lambat mengakibat produktiviti lambat bahkan banyak pekerja ponteng kerja.  Puasa sesuai untuk orang yang tiada kerja dan orang miskin. Pada zaman moden ini yang penuh saingan haruslah kita lebih rajin dan bertenaga sepanjang masa untuk bersaing dengan kaum lain. Janganlah percaya ajaran kuno yang tidak sesuai dizaman ini.

    1. Saya pasti kamu buka Islam. Tak payah nak beri komen kalau tak faham.
      Kalau kamu mengaku Islam, nampak sangat cetek pemikiran kamu. Bertaubatlah!

    2. Sy rase awak nie syaitan yg bertopengkan islam. Jgnlah awak nak komen law otak awak 2 xbtul

  2. Bertaubatlah kamu puasa merosak badan dan kerja

  3. peace: Laknatullah ke ats kamu! Obiviously mentioned like you are the luxurious on world n dont you ever think u safe living on Allah earth when you have that kind of madness sombong di atas bumi Allah!

  4. Xcuse me… Ini bukan ajaran kuno tapi ini AGAMA yang INDAH dan SATU2nya AGAMA YG BENAR. Anda brtanya saya menjawab…

    Kita makan, makanan untuk menambah zat , vitamin , mineral dan sebagainya didalam badan kita supaya badan kita lebih cergas , kuat dan terus beroperasi dengan lancar. Adakah kita menjadi lebih cergas selepas makan ? Tidak bukan !. Sebaliknya kita menjadi lembab , malas dan mengantuk.

    Jika anda memperhatikan dengan teliti ; anda dapat mengetahui bahawa badan anda lebih rajin dan cergas semasa berperut kosong berbanding dengan perut yang kenyang. Sebab inilah kebanyakan agama menentukan sebuah tempoh untuk berpuasa , supaya badan kita lebih cergas , sihat dan untuk memberi peluang kepada badan untuk membersihkan perut , usus dan darah.

    Seorang manusia hanya akan mencari keindahan dunia atau membuat sesuatu mengikut nafsu dan hatinya setelah perutnya kenyang. Seorang manusia mudah kawal minda , hati dan nafsunya semasa perutnya kosong.

    Jadi tujuan utama berpuasa ialah untuk membantu manusia untuk mengawal nafsunya . Apabila seorang dapat melatih & mengawal nafsunya untuk sebuah tempoh masa yang panjang . Mudahlah banginya untuk mengawal nafsunya selepas itu dan selama-lamanya. Sebab inilah Islam dan ada agama lain mewajibkan pengikutnya untuk berpuasa.

    Dari sudut yang lain pula berpuasa akan memberi peluang kepada kita untuk mengenal erti kehidupan orang miskin dan keadaan seorang fakir miskin yang tiada makanan yang mencukupi. Secara tidak langsung berpuasa akan memberi peluang kepada kita untuk mengetahui erti kelaparan.

    Wallahhualam…

    1. Betul tu.. Bukan Islam sahaja yang menganjurkan berpuasa malah agama lain pun menganjurkan berpuasa..Tokoh ilmuwan dan negarawan India Mahatma Gandhi pernah berpuasa sampai badannya susut semasa beliau memperjuangkan kemerdekaan India.. I think the person who gave that ridiculous and nonsense comment didnt think about the goodness of fasting. Mungkin juga beliau tak pernah berpuasa.. Or dia maybe tak tau apa kelebihan berpuasa langsung. I’m sorry but he/she should apologized for what he/she had said.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!