Keluarga, Kesihatan

Petua Penting Dalam Meningkatkan Kehamilan Secara Moden & Tradisional Yang Mungkin Membantu Anda Mendapatkan Zuriat.

Masih “kosong” selepas beberapa bulan berkahwin sering kali mengundang keresahan buat ramai pasangan. Tekanan semakin terasa apabila bulan bertukar tahun, namun cahayamata yang dinanti-nantikan masih belum menjadi. Apatah lagi ditambah “garam” dengan pertanyaan ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Terasa sungguh #sakitnyatudisini kan? Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Adakah terdapat cara untuk meningkatkan kesuburan suami mahupun isteri sekaligus mempercepatkan kehamilan? dan adakah masih ada peluang untuk bergelar ibu dan ayah?

Secara umumnya, cepat atau lambat kehamilan bergantung kepada tahap kesuburan suami dan isteri.

Kesuburan isteri berkait rapat dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur ini hanya akan keluar sekali dalam satu kitaran haid dan disebut sebagai waktu subur. Bagi isteri yang mempunyai kitaran haid teratur, selalunya telur akan keluar pada hari ke-13 atau ke-14. Selain itu, isteri boleh menggunakan teknik mengukur suhu badan menggunakan ovulation thermometer.

Bagi suami, masalah kesuburan lelaki selalunya berkaitan dengan sperma yang tidak normal, jangka hayat sperma terlalu singkat atau terdapat masalah dengan ejakulasi. Ketidaknormalan ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya berlaku keradangan pada testis, masalah pembengkakan saluran darah testis, saluran testis tersumbat akibat jangkitan kuman, pengambilan alkohol dan merokok, hormon yang tidak normal, terdedah kepada bahan kimia beracun dan pemakaian seluar yang terlalu ketat.

Walaupun wujud pelbagai masalah kesuburan, ini bukanlah pengakhiran buat pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Ada pelbagai cara untuk meningkatkan kesuburan sekaligus meningkatkan peluang untuk cepat hamil.

Tips Meningkatkan Kesuburan Suami

#1 – Amalkan memakan buah Betik
Buah betik kaya dengan Vitamin C dan merupakan antioksida yang baik untuk tubuh badan. Buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan Vitamin C di dalam badan boleh mengurangkan tahap kesuburan sperma. Mengambil sebanyak 500mg Vitamin C setiap hari amatlah digalakkan.

BACA:  Kelebihan Berbuka Puasa Dengan Air Kelapa Muda

#2 – Banyakkan pengambilan Zink
Mineral Zink dikatakan mampu mengaktifkan serta meningkatkan kualiti sperma. Ini adalah kerana, mineral ini dijumpai paling banyak di dalam sperma. Makanan sumber zink adalah daging merah, bijirin dan kekacang, makanan laut, prosuk tenusu dan boleh diambil dalam bentuk suplemen.

#3 – Berhenti Merokok
Merokok didapati mampu merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kelajuan sperma untuk sampai ke telur. Merokok juga boleh membunuh Vitamin C di dalam badan sekaligus mengurangkan kualiti sperma yang terhasil. Kalau suami kaki rokok, pastikan suami mengambil Vitamin C lebih tinggi berbanding lelaki biasa.

#4 – Pastikan kebersihan makanan yang diambil
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar sangat digalakkan. Akan tetapi, racun serangga yang digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak pada buah dan sayuran mampu menjejaskan tahap kesuburan. Pastikan buah dan sayuran dibasuh sempurna sebelum dimakan.

#5 – Minum banyak air kosong
Pengambilan air kosong sebanyak dua hingga tiga liter sehari dikatakan mampu meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma.

Tips Meningkatkan Kesuburan Isteri

#1 – Kawal berat badan
Usahakan untuk mendapat berat badan yang ideal. Obesiti boleh menganggu pengeluaran telur.

#2 – Jaga pemakanan
Elakkan mengambil makanan dan minuman yang tidak menyihatkan seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman berkarbonat dan minuman beralkohol. Banyakkan mengambil makanan bernutrisi terutama yang tinggi yang kaya dengan asid folic, Vitamin C dan B-Complex.

#3 – Berhati-hati dalam mengambil ubat-ubatan
Kebanyakan ubat seperti anti-kemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik akan memberi kesan kepada tahap kesuburan. Oleh itu, cuba elakkan mengambil ubat-ubatan jika merancang untuk hamil dan berbincanglah dengan doktor.

#4 – Periksa rahim anda
Masalah rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Sekiranya ada tanda-tanda seperti haid yang tidak teratur, sengugut teruk, haid yang banyak, sakit perut yang melampau, segeralah berjumpa doktor.

BACA:  Secebis Kisah Teladan Anak Yang Soleh

#5 – Amalkan senaman berkala
Bersenam secara tetap dan teratur. Ia bukan sahaja menyihatkan namun membantu mengekalkan berat badan ideal.

 

Sumber: ayachalo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!