Kesihatan

Petua Cegah Kencing Manis Dengan Herba Hempedu Bumi

HEMPEDU BUMI (Andrographis paniculata) merupakan sejenis herba daripada keluarga Acanthaceae yang sesuai tumbuh dan ditanam di Malaysia sebagai tanaman herba berpotensi Menyelesaikan banyak masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, selsema, demam dan banyak lagi.

Pokok hempedu bumi menjadi bahan kajian beberapa penyelidikan dalam tempoh 50 tahun lalu. Ia tersenarai dalam farmakopia (buku senarai dalam ubatan) China dan India.

Juzuk (kandungan) utama Andrographis paniculata ialah suatu sebatian yang amat pahit yang dikenali sebagai andrografolida, yang pertama kali ditemui pada tahun 1911. Andrografolida didapati pada seluruh bahagian pokok hempedu bumi tetapi lebih banyak tertumpu pada bahagian daunnya.

Pokok kecil ini barangkali merupakan pokok herba tradisional Malaysia paling utama yang kita miliki. Ia bagaikan satu kit pertolongan cemas herba yang mampu meredakan derita segala macam masalah dan penyakit yang telah dinyatakan.

Adalah agak menarik apabila herba Asia ini sedang pesat mengambil alih dua herba Barat yang paling popular di pasaran ubatan herba dunia iaitu Milkthistle untuk masalah hati dan Echinacea untuk selesema dan demam selesema.

Dalam pelbagai kajian, hempedu bumi telah terbukti lebih ampuh daripada Milkthistle dari segi sifat pelindung hati dan perangsang hempedu tubuh. Selain kesan-kesannya pada hati dan sistem pencernaan, hempedu bumi juga terbukti berupaya mencegah pengumpulan kolesterol dalam sistem peredaran darah ke tahap yang lebih ketara berbanding dengan minyak ikan.

Hempedu bumi paling sesuai bagi mereka yang lazimnya memakan makanan penuh kolesterol. Secara tradisi, herba ini juga digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, manakala hasil penyelidikan saintifik moden mengesahkan kesan hipotensi (pengurangan tekanan darah) yang sederhana dan selamat.

BACA:  Bukaan 4cm, Ada Tanda Darah, Untungnya Doktor Tetap Jaga Solat Ibu Bersalin Ini

BERIKUT MERUPAKAN 7 KEBAIKAN HEMPEDU BUMI KEPADA KESIHATAN ANDA:

  1. Mengawal tekanan darah tinggi
  2. Mengawal bacaan gula dalam darah
  3. Meredakan selsema
  4. Meredakan demam
  5. Mengawal paras kolesterol
  6. Melindungi hati dan kesan hempedu
  7. Melawaskan pembuangan air besar

Bagi yang mengidap masalah kencing manis dan darah tinggi. Anda boleh merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agak sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.

Allah menurunkan penyakit dan menurunkan pula ubatnya, diketahui oleh yang mengetahui dan tidak akan diketahui oleh orang yang tidak mengerti.
– (HR. Bukhari dan Muslim)

 

Sumber: http://blogpetuadiabetes.blogspot.com

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *