Ibadah

Pernikahan Sebagai Satu Ibadah


Amal ibadah bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja. Perkahwinan juga merupakan suatu ibadah kepada-Nya. Nafsu syahwat atau naluri seks adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sebab itu ia tidak perlu dibuang atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan dengan sebaiknya. Perkahwinan adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin di kalangan manusia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud. “Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”

Hukum berkahwin terbahagi kepada empat iaitu wajib, haram, sunat dan makruh. Wajib ialah apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika dirinya akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”

Hukum sunat apabila seseorang yang mempunyai kemampuan dan kesanggupan dan sanggup pula memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang. Sabda baginda lagi, “Kahwinilah olehmu wanita yang bersifat penyayang dan subur maka sesungguhnya pada hari Kiamat kelak aku bermegah-megah dengan banyaknya bilangan kamu (umatnya).”

Hukum makruh pula aabila seseorang yang tidak mampu dari segi zahir dan batin. Manakala menjadi haram apabila seseorang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi akan menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti seorang lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram.

BACA:  Tidur Malam Tiba-tiba Terbangun.Baca Doa Ini Dan Minta Apa Saja. Allah Akan Kabulkan

Sumber: Muslimah, Bil. 228, Safar – Rabiul Awal 1432

41 Comments

  1. menurut pengalaman pembaca…. sesuaikah berkahwin jika masih dalam fatrah menuntut ilmu? any idea?

    1. makruh disbbkn masih blja. nti siapa yg nk bg mkn isteri? mak dgn ayh isteri itu?

    2. Pada saya jika berkahwin ketika belajar bergantung pade individu..make sure family kedua2 pihak berbincang..lagi satu komitmen juga kene diambil berat dari segi belajar dan bkerja..jgn risau pintu rezeki akan terbuka jika kita berkahwin tp perlulah kne ada usha..pastikan niat kahwin untuk mncari redha Allah..if got chances,juz go on.. 😉

  2. Tp kenapa bila Dah kahwin Dah Ada ikatan sah Atau halal, yg haram jugak yg di cari?

    1. bila dah sah jadi suami isteri , selalunya isteri yg tak nak layan suami macam yg dikehendaki ; walaupun cara dan perlakuan tak menyalahi hukum ;a da je alasan yg diberi ..

      yg cari yg haram tu memang dah dosa tapi yg haram ni , pasangan perempuan tu akan buat apa yg dikehendaki oleh yg lelaki tu..

  3. bagaimana dgn ibu tunggal yg teringin berkahwin lain tp diugut oleh bekas suami ingin melawan hak jagaan anak mereka jika si ibu berbuat demikian? Si ibu jd takut utk berkahwin sdgkan kahwin itu satu ibadah.

  4. sometimes rs geram kt suami… hgga sy memegang 1 ayat sebenar kahwin nie tok main jew..w.w..tiada aper2 keistimewaan lgsg..x kn brkhwin setkt tok brkgsi sgala hutg piutang…if x men tok mndaptkn yg halal pnyer jew..w.w. yg x halal pown hbs dh kena bedal gak erm..m..mm….m.m.m.

  5. hmm….apakah pendpt kalian ttg seorg wanita yg baik pekertinya tetapi menunggu seorg calon suami yg mmpu mendidiknya mnjadi wanita yg lebih solehah, sedangkan sehingga kini masih tdk ketemu. Zmn sekarang semakin sukar dan sukar mencari seorang calon suami yg agk sempurna ilmu agamanya..

    1. setuju sangat. sekarang makin sukar mencari seseorg yang boleh dijadikan imam sebenar-benarnya…

    2. akhir zaman ni pilihla yang baik agamanya dan baik akhlaknya..nak cari yg btoi2 sempurna memang sukar..jangan terlalu memilih yang sempurna..kesempurnaan akan hadir bile sama hidup dan mengamalkan nilai-nilai islam dalam keluarga.

  6. apa yang sebenarnya suami inginkan dari isteri ye…. segala makan, minum, pakai seme dah dijaga…. taat pada suami telah dilaksanakan dan layanan dikamar tidak diabaikan…. tetapi kenapa suami sering mencari yang lain….
    perempuan-2 diluar sana kenapalah nak menyakiti hati perempuan yang lain yng telah bergelar isteri… tiada perasaan kah…

  7. salam,mcm mne lak yg nk kwin,tp fmly tidak bg lg cz kedua2 nye mash belajar?mengapa terjadi mslh sebegini sedangkn stdy tu bkn penghlg untk melakukn idadat nikah ni kn?dr sgi kewngn pula,xperlu la nk blja lbh2,,membazir je kn,,tp tu la,,maybe fmly x percaya kt kemampuan kte dan msh percaya kta ank muda msh mmpu menwn kehendk fitrah manusia yg ingn berkasih syg..tp tu la mslh nye skrg

    1. coz orangtua lebih bnyak makan garam berbanding ngn kita.Orang tua ingin memberikan yang terbaek untuk anak dia.Alasan orang tua melarang pernikahan dini mybe coz dia ingin anak2 menghabiskan masa belajar dulu untuk mendapat masa depan and kerjaya yang lebih baik dari pada yang tak belajar.semua itu pon untuk kebaikan anak2 dia kan? and mybe mengelakkan perceraian lau kerna anak dia mybe lum matang ag untuk menghadapi ujian ,masalh yang akan menerpa di alam berumah tangga…

  8. sy nk respond pndapat iela..mmg sukar mencari itu..meski org sering menuduh wanita begini memilih..tp memilih itu mmg perlu. kita bukan mahu hidup sekejap dgn org tu. tp sehingga ke tua.

    ada juga yg sering tuduh wanita seperti ini tidak kemas, tidak tahu berhias, tidak ramai kawan, perangai buruk dll..tapi bagaimana pula jika wanita itu soerang yg kemas, ramai kawan (tapi tidak bersosial lebih), tahu asas seorang wanita (masak, kemas) namun masih gagal menemukan. soalnya hanya lah Jodoh dari Allah itu mungkin belum tiba.

    Pada pendapat saya, jika byk kelemahan telah cuba d atasi, namun sukar juga, langkah terakhir adalah bykkn berdoa supaya ditemukan dgn yang mampu bimbingnya. Usaha sndiri itu perlu juga, namun jika sering gagal, pada siapakah lagi yang boleh kite minta pertolongan selain dari-Nya

  9. Sesunguhnya!… ingin menemui INSAN yang MULIA disisi ALLAH pada ketika ini amat sukar baik LELAKI mahupun WANITA!… apa yang realitynya adalah!… DARJAT memilih darjat, ILMU memilih ilmu dan yang JAHIL tetap hanyut bersama jahil!… dalam hidup saya belum pernah saya melihat seorang yang bergelar USTAZ atau USTAZAH berkahwin dengan seorang yang JAHIL dari segi AGAMA!… ” Maaf seandainya ada menyingung perasaan sesiapa!…..

  10. Pada awalnya semua org bangga dgn pilihannya. Tapi pada akhirnya tidak semua org setia pada pilihannya.Saat ia sadar bahwa yg dipilih mungkin tak sepenuhnya seperti yg diimpikannya. Kerna yg tersulit dlm hidup ini bukanlah memilih tapi bertahan pada pilihan. sedikit waktu mungkin sudah bisa menentukan pilihan tapi tuk bertahan bisa me…nghabiskan sisa usiamu.. disinilah wanita yang disakiti karena lelaki mencari kepuasan nafsu walau itu sdh tau haram…. tak punya hatikah kaum laki-laki itu.

  11. sy suka ng kata2 uthie y berbunyi “Kerna yg tersulit dlm hidup ini bukanlah memilih tapi bertahan pada pilihan”…apabila perkahwinan kita aggap sbgai ibadah.insyaALLAH…dpt dipertahankan..semenya bergantung kpd iman n ilmu…xsemestinya level baik hanya pada ustaz atau ustazah…baik itu boleh jadi hanya surirumah…mekanik..cikgu..doktor…engineer..arkitek…tp dengan azam untuk selalu recheck n updating iman masing2..ada keinginan untuk berubag menjadi semakin baik..semakin baik..lebey baik..dr sehari ke sehari….hingga ke akhir hayat……;p…marilah kita sama2 updating iman kita tuk jd baik..moga kita semua mndt kesudahan y baik.;)

  12. Respond kepada Iela & sms.

    Saya ada setuju dgn sms bagi persoalan Iela.

    Wanita sebegini memilih untuk mencari lelaki yang beragama (semangat mengetahui agama). Sukar mendapatnya. Jika ada sudah berpunya.

    Wanita yang berkahwin lambat bukan sengaja hidup membujang.

    Ustaz saya pesan kat saya: “Nak dapat suami yang baik, kita kena jadi orang yang baik.”

    Dan berbalik kepada entri ini, pernikahan 1 ibadah. Kita mencari jodoh kerana Allah dan mudah-mudahan pertemuan suami & isteri membuatkan kita lebih taat kepadaNya. Wallahu’alam.

    1. Saya suka dengan kata2 nur dan sms. Cuma cabaran tetap ada. Semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran buat wanita2 yg mengalaminya. Mudah2an Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui mengurniakan belas kasih dan rahmat-Nya. Saya yakin segalanya pasti ada hikmahnya. Hanya pada Dia kita mohon pertolongan. Insyaallah. Amin.

  13. bagaimana pula dengan lelaki yang berpewatakan biasa tetapi nafsu lebih kepada kaum sendiri.sedikit keimanan dalam dirinya sahaja yang menghalang dia dari melakukan perbuatan terkutuk itu.dia sendiri x mau jadik mcm tu.semuanya terpendam sendiri dalam ati…pedih sangat2…tapi still punya perasaan ingin ada anak n isteri.adakah makruh ke jika dia berkahwin dengan perempuan???adakah rumah tangga akan bahagia tanpa hubungan kelamin yang sempurna???

  14. Bagaimana saya telah menemukan lelaki yg saya sangkakan boleh mmbimbing saya dan saya ingin berkahwin dengannya utk menghindarkn kami yrjerumus ke dosa besar tetpi dihalang kluarga hanya dsbbkan lelaki trsebut brasal dr utara manakala sy d selatan

  15. aslm…sy ada sesuatu mahu bertanya berkenaan jodoh dari ALLAH S.W.T.sy ada 2 pilihan lelaki untuk di jadikan suami dunia dan ahkirat..boleh bantu sy menerangkan lelaki yang bagaimana mahu sy pilih untuk di jadikan suami.sekarang sy mengamalkan solt sunat malam trmsuk isytiharah.jika sy sudh mmbuat pilihan bagaimana ingin memberitahu yang satu pihak tiada jodoh dengannya??

  16. Assalammualaikum…. Tuan/Puan… Saya nak tanya, bolehkah kita memohon doa kehadapan Allah SWT, memohon didekatkan jodoh kita dengan seseorang yg kita sayangi ( yg dlm hal ini, Ia nya telah pun berkeluarga, tp rasa sayang itu masih melekat meski sudah tidak ada hubungan lg dengan pria tersebut). Adakah dgn kita memohon spt ini berarti kita menggurui Allah SWT atau memaksakan kehendak? Mohon tunjuk ajarnya. Terima kasih sebelumnya.

  17. jika seorang pemuda itu ingin berkahwin tetapi tidak dibenarkan oleh kedua ibu bapa nya..dan pemuda itu terjerumus melakukan maksiat adakah kedua ibu bapa nya turut bersalah kerana tak mengizinkan anak ya berkahwin..??

    1. Sama la juga seorang anak gadis yg ingin berkahwin tapi dihalang oleh ibu bapanya. Sy berpendapat perkahwinan patut dilaksanakan memandangkan si anak sudah terjerumus ke lembah maksiat. Hanya perkahwinan sahaja yg dpt menghalalkan hubungan yg trjalin antara lelaki & perempuan.

  18. Salam. Sy umur 25,nak mndirikan umhtangga tp mak xkasi. Mcm2 alsan mak kasi,muda lg la, nak merasa duit sy dulu la,xpuas travel la (sy seorg pilot,klu sy kawen,mak xdpt tiket flight free lg dah),nak bg abg kakak lepas dulu la. Dah 2thun berlalu,drp umur 23 smpi 25thn,tp die masih xbnarkan jgk. Makcik2 n pakcik2 sume dah nasihat die suruh benarkan sy kawin,tp still die berkeras xkasi jgk. Kami asyik bgaduh n btekak psl ni.die sanggup bertekak n bgaduh dgn anak sndiri drp benarkan sy kawin.smpaikan makcik n pakcik semua sruh sy proceed je,kawen jgk wlaupun die xkasi @ kawen lari. Nak mintk pndapat ustaz,cmne kes sy ni.bdose ke klu sy truskan niat utk kawin jgk wlupn mak xbnarkan? Sy xsuke bkawan lama2 memandangkan sy dgn pasangan sy slalu kluar bsama.belah pmpuan xde halangan,cume mak sy n kakak sy je yg jd penghalang skang ni.so skang ape yg sy kne wat?

  19. Salam. Sy umur 25,nak mndirikan umhtangga tp mak xkasi. Mcm2 alsan mak kasi,muda lg la, nak merasa duit sy dulu la,xpuas travel la (sy seorg pilot,klu sy kawen,mak xdpt tiket flight free lg dah),nak bg abg kakak lepas dulu la. Dah 2thun berlalu,drp umur 23 smpi 25thn,tp die masih xbnarkan jgk. Makcik2 n pakcik2 sume dah nasihat die suruh benarkan sy kawin,tp still die berkeras xkasi jgk. Kami asyik bgaduh n btekak psl ni.die sanggup bertekak n bgaduh dgn anak sndiri drp benarkan sy kawin.smpaikan makcik n pakcik semua sruh sy proceed je,kawen jgk wlaupun die xkasi @ kawen lari. Nak mintk pndapat ustaz,cmne kes sy ni.bdose ke klu sy truskan niat utk kawin jgk wlupn mak xbnarkan? Sy xsuke bkawan lama2 memandangkan sy dgn pasangan sy slalu kluar bsama.belah pmpuan xde halangan,cume mak sy n kakak sy je yg jd penghalang skang ni.

  20. Salam. Sy umur 25,nak mndirikan umhtangga tp mak xkasi. Mcm2 alsan mak kasi,muda lg la, nak merasa duit sy dulu la,xpuas travel la (sy seorg pilot,klu sy kawen,mak xdpt tiket flight free lg dah),nak bg abg kakak lepas dulu la. Dah 2thun berlalu,drp umur 23 smpi 25thn,tp die masih xbnarkan jgk. Makcik2 n pakcik2 sume dah nasihat die suruh benarkan sy kawin,tp still die berkeras xkasi jgk. Kami asyik bgaduh n btekak psl ni.die sanggup bertekak n bgaduh dgn anak sndiri drp benarkan sy kawin.smpaikan makcik n pakcik semua sruh sy proceed je,kawen jgk wlaupun die xkasi @ kawen lari. Nak mintk pndapat ustaz,cmne kes sy ni.bdose ke klu sy truskan niat utk kawin jgk wlupn mak xbnarkan? Sy xsuke bkawan lama2 memandangkan sy dgn pasangan sy slalu kluar bsama.belah pmpuan xde halangan,cume mak sy n kakak sy je yg jd penghalang skang ni. So skang ape yg sy perlu wat?

    1. alaaaa, kawen jeee….jangan risau..sbnrnye mak ngkao takut anak die lari laa tuh…tapi ingat bila lepas kawen tu kenalah usaha baikkan isteri ngan mak ye….kalau tak gaduh nnti…syurga bawah kaki mak ngkao…ingat tuu..

  21. sy dah nikah tanpa pengetahuan ibu,(bapa dah meninggal dunia),abang2 dan ahli keluarga yg lain.pernikahan berlangsung di kuala lumpur,manakala abang sulung yg boleh mjadi wali tggal dan berada di ngri Malaysia Timur…

  22. Assalamualaikum,sy mempunyai masalh dengan keluarga kerana pilihan sy Suami org…lelaki tersebut ikhlas menjadikan sy sebagai isteri kedua kerana dia berkemampuan dan bertangunjawab …tetapi sy mendapat halangan daripada mak dan ayah…bagi sy kalau sudah jodoh dan takdir sy redha dan ikhlas kerana NYA…umur sy pun sudah menjangkau 29thn dan sy pernah putuskan hubungan ini tetapi kami berjumpa semula disuatu majlis…adakah ini takdir atau sebaliknya..mintak advice sgt kepasa ustaz…SEkian TErima kasih

    1. Ms Anne, pd pndpt sy lbih baik anda patuh pd kedua ibu bapa anda. Lebih baik anda putuskan hubungan dgn lelaki tersebut memandangkan beliau sudah beristeri. Mgkin positif di pihak ibu bapa kerana dikhuatiri berlaku pelbagai masalah rumit nt jika mengahwini lelaki yg sudah berkahwin. Selalulah panjangkan doa pd Allah. Mudah-mudahan diberi petunjuk sebenar. Usah risau pada usia krn umur skg sekadar angka yg menunjukkan pergerekan hayat kita. Pilihlah jln yg terbaik..

  23. Assalamualaikum, macam mana pula kalau melaksanakan nikah khitbah kerana lelaki dan pasangannya itu masih lagi belajar. Seperti yang saya sedia maklum, selepas akad nikah pasangan tersebut sah menjadi suami isteri walaupun masih dalam tanggungan ibu bapa, masih tinggal dengan ibu bapa sehingga laa mereka tamat pengajian dan keadaan kehidupan stabil untuk berumahtangga seperti suami isteri yang lain. Kan?

  24. sy dah berumur 25 tahun. ramai yg tnya sy bila sy nak kawen sbb ramai kwn2 yg seusia sy dah ada keluarga. sy x tahu nak jwb apa sbb seumur hidup sy, sy belum jumpa lagi lelaki yg betul2 ikhlas nak kawen dgn sy. alasannya, sy ni gemuk…x cantik… tp bila sy dah mula bekerja n cuba ubah penampilan diri, laki org pulak yg ramai tertarik… x ada pun lelaki bujang yg nak kawen dgn sy. sy selalu sedih dgn dugaan ni…apa yg patut sy buat? sy x sanggup jd isteri no 2… kadang2 sy terfikir hikmah di sebalik ujian ni tp ia mbuatkan sy berasa lebih sedih….

    1. i feel it

  25. Kawan2 sekalian..Mengapakah kaum wanita amat takut pd usia? Seringkali apabila brbicara soal jodoh, kita org pmpuan pasti akan menjadikan umur sebagai ukuran. Jika umur meningkat maka tiada yg sudi manakala yg masih muda sahaja berpeluang utk menemui jodohnya. Kalau ada yg sudi pun di kalangan lelaki berstatus duda, lelaki berusia tp trlalu lama membujang atau suami orang. Minta pndpat anda sekalian…

  26. asslm. apa hukumnya jika ada sepasang yang sudah siap menikah namun orgtua dari perempuan tidak memberikan restu kpd anaknya. Bagaimana seharusnya si perempuan ini dalam mengambil sikap dan bgaimana pula dgn si lelaki yg tlah memiliki niat ikhlas tuk menikah namun terhalang restu…

  27. Macam mana kalau saya hendak berkahwin, dan lelaki yang ingin mengahwini saya itu mampu dari segi fizikal dan mental,serta mampu menanggung saya namun ibu bapa melarang atas alasan saya masih belajar dan perlu bekerja terlebih dahulu, setelah itu barulah merekA akan izinkan saya berkahwin…

  28. Bolehkah seorang lelaki berkahwin dengan perempuan yang tidak boleh mendapatkan zuriat?sedang perempuan tersebut telah pun memberitahu lelaki berkenaan.Apakah hukumnya?Mohon diperjelaskan ustaz..

  29. Sy nk tnye..klo pasangn tu brnikah kerana mngndung ank lua nikah dn lepas abis pantang..patut ke brnikah semula? Klo btl kne di nikah ktetapi ia tidk bernikah semula pe hukum nye????

  30. Assalmualaikum, Saya nak tanya apakah hukum bagi lelaki yang tidak bekerja ingin menikahi seorang janda yang beranak 8, sedangkan ia tidak mempunyai pekerjaan dan bersetuju untuk wanita tersebut menjadi ketua keluarga untuk menyara. Adkah ia haram?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!