Pernikahan Sebagai Satu Ibadah
April 27th, 2011 | 2:16 pm | Ibadah | 24 responses

Amal ibadah bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja. Perkahwinan juga merupakan suatu ibadah kepada-Nya. Nafsu syahwat atau naluri seks adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sebab itu ia tidak perlu dibuang atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan dengan sebaiknya. Perkahwinan adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin di kalangan manusia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud. “Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”
Hukum berkahwin terbahagi kepada empat iaitu wajib, haram, sunat dan makruh. Wajib ialah apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika dirinya akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”
Hukum sunat apabila seseorang yang mempunyai kemampuan dan kesanggupan dan sanggup pula memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang. Sabda baginda lagi, “Kahwinilah olehmu wanita yang bersifat penyayang dan subur maka sesungguhnya pada hari Kiamat kelak aku bermegah-megah dengan banyaknya bilangan kamu (umatnya).”
Hukum makruh pula aabila seseorang yang tidak mampu dari segi zahir dan batin. Manakala menjadi haram apabila seseorang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi akan menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti seorang lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram.
Sumber: Muslimah, Bil. 228, Safar – Rabiul Awal 1432
















responded on April 27th, 2011 at 8:40 pm
menurut pengalaman pembaca…. sesuaikah berkahwin jika masih dalam fatrah menuntut ilmu? any idea?
responded on December 18th, 2011 at 2:49 pm
makruh disbbkn masih blja. nti siapa yg nk bg mkn isteri? mak dgn ayh isteri itu?
responded on April 29th, 2011 at 5:07 pm
Tp kenapa bila Dah kahwin Dah Ada ikatan sah Atau halal, yg haram jugak yg di cari?
responded on April 29th, 2011 at 10:23 pm
bagaimana dgn ibu tunggal yg teringin berkahwin lain tp diugut oleh bekas suami ingin melawan hak jagaan anak mereka jika si ibu berbuat demikian? Si ibu jd takut utk berkahwin sdgkan kahwin itu satu ibadah.
responded on May 1st, 2011 at 3:38 pm
sometimes rs geram kt suami… hgga sy memegang 1 ayat sebenar kahwin nie tok main jew..w.w..tiada aper2 keistimewaan lgsg..x kn brkhwin setkt tok brkgsi sgala hutg piutang…if x men tok mndaptkn yg halal pnyer jew..w.w. yg x halal pown hbs dh kena bedal gak erm..m..mm….m.m.m.
responded on May 3rd, 2011 at 10:34 pm
hmm….apakah pendpt kalian ttg seorg wanita yg baik pekertinya tetapi menunggu seorg calon suami yg mmpu mendidiknya mnjadi wanita yg lebih solehah, sedangkan sehingga kini masih tdk ketemu. Zmn sekarang semakin sukar dan sukar mencari seorang calon suami yg agk sempurna ilmu agamanya..
responded on May 5th, 2011 at 5:59 am
apa yang sebenarnya suami inginkan dari isteri ye…. segala makan, minum, pakai seme dah dijaga…. taat pada suami telah dilaksanakan dan layanan dikamar tidak diabaikan…. tetapi kenapa suami sering mencari yang lain….
perempuan-2 diluar sana kenapalah nak menyakiti hati perempuan yang lain yng telah bergelar isteri… tiada perasaan kah…
responded on May 16th, 2011 at 1:36 pm
salam,mcm mne lak yg nk kwin,tp fmly tidak bg lg cz kedua2 nye mash belajar?mengapa terjadi mslh sebegini sedangkn stdy tu bkn penghlg untk melakukn idadat nikah ni kn?dr sgi kewngn pula,xperlu la nk blja lbh2,,membazir je kn,,tp tu la,,maybe fmly x percaya kt kemampuan kte dan msh percaya kta ank muda msh mmpu menwn kehendk fitrah manusia yg ingn berkasih syg..tp tu la mslh nye skrg
responded on October 1st, 2011 at 4:21 pm
coz orangtua lebih bnyak makan garam berbanding ngn kita.Orang tua ingin memberikan yang terbaek untuk anak dia.Alasan orang tua melarang pernikahan dini mybe coz dia ingin anak2 menghabiskan masa belajar dulu untuk mendapat masa depan and kerjaya yang lebih baik dari pada yang tak belajar.semua itu pon untuk kebaikan anak2 dia kan? and mybe mengelakkan perceraian lau kerna anak dia mybe lum matang ag untuk menghadapi ujian ,masalh yang akan menerpa di alam berumah tangga…
responded on May 20th, 2011 at 5:56 pm
sy nk respond pndapat iela..mmg sukar mencari itu..meski org sering menuduh wanita begini memilih..tp memilih itu mmg perlu. kita bukan mahu hidup sekejap dgn org tu. tp sehingga ke tua.
ada juga yg sering tuduh wanita seperti ini tidak kemas, tidak tahu berhias, tidak ramai kawan, perangai buruk dll..tapi bagaimana pula jika wanita itu soerang yg kemas, ramai kawan (tapi tidak bersosial lebih), tahu asas seorang wanita (masak, kemas) namun masih gagal menemukan. soalnya hanya lah Jodoh dari Allah itu mungkin belum tiba.
Pada pendapat saya, jika byk kelemahan telah cuba d atasi, namun sukar juga, langkah terakhir adalah bykkn berdoa supaya ditemukan dgn yang mampu bimbingnya. Usaha sndiri itu perlu juga, namun jika sering gagal, pada siapakah lagi yang boleh kite minta pertolongan selain dari-Nya
responded on May 31st, 2011 at 3:30 am
Sesunguhnya!… ingin menemui INSAN yang MULIA disisi ALLAH pada ketika ini amat sukar baik LELAKI mahupun WANITA!… apa yang realitynya adalah!… DARJAT memilih darjat, ILMU memilih ilmu dan yang JAHIL tetap hanyut bersama jahil!… dalam hidup saya belum pernah saya melihat seorang yang bergelar USTAZ atau USTAZAH berkahwin dengan seorang yang JAHIL dari segi AGAMA!… ” Maaf seandainya ada menyingung perasaan sesiapa!…..
responded on June 1st, 2011 at 1:22 pm
Pada awalnya semua org bangga dgn pilihannya. Tapi pada akhirnya tidak semua org setia pada pilihannya.Saat ia sadar bahwa yg dipilih mungkin tak sepenuhnya seperti yg diimpikannya. Kerna yg tersulit dlm hidup ini bukanlah memilih tapi bertahan pada pilihan. sedikit waktu mungkin sudah bisa menentukan pilihan tapi tuk bertahan bisa me…nghabiskan sisa usiamu.. disinilah wanita yang disakiti karena lelaki mencari kepuasan nafsu walau itu sdh tau haram…. tak punya hatikah kaum laki-laki itu.
responded on June 4th, 2011 at 9:05 am
sy suka ng kata2 uthie y berbunyi “Kerna yg tersulit dlm hidup ini bukanlah memilih tapi bertahan pada pilihan”…apabila perkahwinan kita aggap sbgai ibadah.insyaALLAH…dpt dipertahankan..semenya bergantung kpd iman n ilmu…xsemestinya level baik hanya pada ustaz atau ustazah…baik itu boleh jadi hanya surirumah…mekanik..cikgu..doktor…engineer..arkitek…tp dengan azam untuk selalu recheck n updating iman masing2..ada keinginan untuk berubag menjadi semakin baik..semakin baik..lebey baik..dr sehari ke sehari….hingga ke akhir hayat……;p…marilah kita sama2 updating iman kita tuk jd baik..moga kita semua mndt kesudahan y baik.;)
responded on July 3rd, 2011 at 4:47 pm
Respond kepada Iela & sms.
Saya ada setuju dgn sms bagi persoalan Iela.
Wanita sebegini memilih untuk mencari lelaki yang beragama (semangat mengetahui agama). Sukar mendapatnya. Jika ada sudah berpunya.
Wanita yang berkahwin lambat bukan sengaja hidup membujang.
Ustaz saya pesan kat saya: “Nak dapat suami yang baik, kita kena jadi orang yang baik.”
Dan berbalik kepada entri ini, pernikahan 1 ibadah. Kita mencari jodoh kerana Allah dan mudah-mudahan pertemuan suami & isteri membuatkan kita lebih taat kepadaNya. Wallahu’alam.
responded on December 18th, 2011 at 3:18 pm
Saya suka dengan kata2 nur dan sms. Cuma cabaran tetap ada. Semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran buat wanita2 yg mengalaminya. Mudah2an Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui mengurniakan belas kasih dan rahmat-Nya. Saya yakin segalanya pasti ada hikmahnya. Hanya pada Dia kita mohon pertolongan. Insyaallah. Amin.
responded on September 24th, 2011 at 2:52 pm
bagaimana pula dengan lelaki yang berpewatakan biasa tetapi nafsu lebih kepada kaum sendiri.sedikit keimanan dalam dirinya sahaja yang menghalang dia dari melakukan perbuatan terkutuk itu.dia sendiri x mau jadik mcm tu.semuanya terpendam sendiri dalam ati…pedih sangat2…tapi still punya perasaan ingin ada anak n isteri.adakah makruh ke jika dia berkahwin dengan perempuan???adakah rumah tangga akan bahagia tanpa hubungan kelamin yang sempurna???
responded on September 26th, 2011 at 12:51 pm
Bagaimana saya telah menemukan lelaki yg saya sangkakan boleh mmbimbing saya dan saya ingin berkahwin dengannya utk menghindarkn kami yrjerumus ke dosa besar tetpi dihalang kluarga hanya dsbbkan lelaki trsebut brasal dr utara manakala sy d selatan
responded on October 26th, 2011 at 8:12 pm
aslm…sy ada sesuatu mahu bertanya berkenaan jodoh dari ALLAH S.W.T.sy ada 2 pilihan lelaki untuk di jadikan suami dunia dan ahkirat..boleh bantu sy menerangkan lelaki yang bagaimana mahu sy pilih untuk di jadikan suami.sekarang sy mengamalkan solt sunat malam trmsuk isytiharah.jika sy sudh mmbuat pilihan bagaimana ingin memberitahu yang satu pihak tiada jodoh dengannya??
responded on November 20th, 2011 at 6:06 am
Assalammualaikum…. Tuan/Puan… Saya nak tanya, bolehkah kita memohon doa kehadapan Allah SWT, memohon didekatkan jodoh kita dengan seseorang yg kita sayangi ( yg dlm hal ini, Ia nya telah pun berkeluarga, tp rasa sayang itu masih melekat meski sudah tidak ada hubungan lg dengan pria tersebut). Adakah dgn kita memohon spt ini berarti kita menggurui Allah SWT atau memaksakan kehendak? Mohon tunjuk ajarnya. Terima kasih sebelumnya.
responded on January 1st, 2012 at 7:33 pm
jika seorang pemuda itu ingin berkahwin tetapi tidak dibenarkan oleh kedua ibu bapa nya..dan pemuda itu terjerumus melakukan maksiat adakah kedua ibu bapa nya turut bersalah kerana tak mengizinkan anak ya berkahwin..??
responded on March 18th, 2012 at 10:49 pm
Salam. Sy umur 25,nak mndirikan umhtangga tp mak xkasi. Mcm2 alsan mak kasi,muda lg la, nak merasa duit sy dulu la,xpuas travel la (sy seorg pilot,klu sy kawen,mak xdpt tiket flight free lg dah),nak bg abg kakak lepas dulu la. Dah 2thun berlalu,drp umur 23 smpi 25thn,tp die masih xbnarkan jgk. Makcik2 n pakcik2 sume dah nasihat die suruh benarkan sy kawin,tp still die berkeras xkasi jgk. Kami asyik bgaduh n btekak psl ni.die sanggup bertekak n bgaduh dgn anak sndiri drp benarkan sy kawin.smpaikan makcik n pakcik semua sruh sy proceed je,kawen jgk wlaupun die xkasi @ kawen lari. Nak mintk pndapat ustaz,cmne kes sy ni.bdose ke klu sy truskan niat utk kawin jgk wlupn mak xbnarkan? Sy xsuke bkawan lama2 memandangkan sy dgn pasangan sy slalu kluar bsama.belah pmpuan xde halangan,cume mak sy n kakak sy je yg jd penghalang skang ni.so skang ape yg sy kne wat?
responded on March 18th, 2012 at 10:56 pm
Salam. Sy umur 25,nak mndirikan umhtangga tp mak xkasi. Mcm2 alsan mak kasi,muda lg la, nak merasa duit sy dulu la,xpuas travel la (sy seorg pilot,klu sy kawen,mak xdpt tiket flight free lg dah),nak bg abg kakak lepas dulu la. Dah 2thun berlalu,drp umur 23 smpi 25thn,tp die masih xbnarkan jgk. Makcik2 n pakcik2 sume dah nasihat die suruh benarkan sy kawin,tp still die berkeras xkasi jgk. Kami asyik bgaduh n btekak psl ni.die sanggup bertekak n bgaduh dgn anak sndiri drp benarkan sy kawin.smpaikan makcik n pakcik semua sruh sy proceed je,kawen jgk wlaupun die xkasi @ kawen lari. Nak mintk pndapat ustaz,cmne kes sy ni.bdose ke klu sy truskan niat utk kawin jgk wlupn mak xbnarkan? Sy xsuke bkawan lama2 memandangkan sy dgn pasangan sy slalu kluar bsama.belah pmpuan xde halangan,cume mak sy n kakak sy je yg jd penghalang skang ni.
responded on March 18th, 2012 at 11:06 pm
Salam. Sy umur 25,nak mndirikan umhtangga tp mak xkasi. Mcm2 alsan mak kasi,muda lg la, nak merasa duit sy dulu la,xpuas travel la (sy seorg pilot,klu sy kawen,mak xdpt tiket flight free lg dah),nak bg abg kakak lepas dulu la. Dah 2thun berlalu,drp umur 23 smpi 25thn,tp die masih xbnarkan jgk. Makcik2 n pakcik2 sume dah nasihat die suruh benarkan sy kawin,tp still die berkeras xkasi jgk. Kami asyik bgaduh n btekak psl ni.die sanggup bertekak n bgaduh dgn anak sndiri drp benarkan sy kawin.smpaikan makcik n pakcik semua sruh sy proceed je,kawen jgk wlaupun die xkasi @ kawen lari. Nak mintk pndapat ustaz,cmne kes sy ni.bdose ke klu sy truskan niat utk kawin jgk wlupn mak xbnarkan? Sy xsuke bkawan lama2 memandangkan sy dgn pasangan sy slalu kluar bsama.belah pmpuan xde halangan,cume mak sy n kakak sy je yg jd penghalang skang ni. So skang ape yg sy perlu wat?
responded on March 19th, 2012 at 2:09 pm
sy dah nikah tanpa pengetahuan ibu,(bapa dah meninggal dunia),abang2 dan ahli keluarga yg lain.pernikahan berlangsung di kuala lumpur,manakala abang sulung yg boleh mjadi wali tggal dan berada di ngri Malaysia Timur…