Isu Semasa

Perbaiki pengurusan zakat dan kebajikan elak MURTAD

INSIDEN pemeriksaan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya mendedahkan sekali pengakuan orang Islam yang dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan dihulurkan.

Menurut pengadu, gereja itu akan menelefon dua hingga tiga kali sebulan untuk bertanyakan khabar dan masalah. Mereka turut menawarkan individu berkenaan dan anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan termasuk persekolahan anak.

Individu terbabit pada mulanya sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja bagi memastikan anak mereka meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan Baitulmal.

Minggu lepas, seorang rakan penulis bertemu satu keluarga malang yang bergelut dalam kepayahan hidup. Nasib malang keluarga ini dihidu dan dibantu persatuan Buddha sebanyak RM300 sebulan. Nasib baik iman dan pegangan agama keluarga ini utuh dan tidak mudah terpengaruh.

Jika terbukti benar dakwaan itu, ia adalah dakyah terancam yang perlu ditangani segera dengan menguatkuasakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam yang sedia ada di kebanyakan negeri, sejak tahun 1988.

Kesalahan yang termaktub dalam enakmen itu ialah:

Seseorang yang menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan atau membiarkan seseorang beragama Islam di bawah umur 18 tahun supaya menerima ajaran agama bukan Islam, atau supaya dia menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah, atau aktiviti keagamaan agama bukan Islam atau aktiviti yang dianjurkan untuk faedah suatu agama bukan Islam, maka ia adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya (Seksyen 5).

BACA:  Pembuktian zina ikut syarak mesti ada pengakuan

Seseorang yang mendekati orang Islam bertujuan mendedahkannya kepada apa-apa ucapan, pertunjukan, mengunjungi, mengatur, berusaha mengadakan suatu perjumpaan dengannya, atau menghubungi dengan telefon, bagi maksud mendedahkan orang itu kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan mengenai agama bukan Islam, juga adalah kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama tempoh enam bulan atau kedua-duanya (Seksyen 6).

Seseorang yang menghantar, menyerahkan, menyebabkan dihantar, diserahkan kepada seorang lain yang beragama Islam di dalam atau di luar negeri, atau dari luar negeri, menghantar atau menyerahkan kepada seorang yang beragama Islam di dalam negeri, apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, atau bahan iklan bagi terbitan itu, yang mana tidak diminta oleh orang itu, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara selama tempoh tiga bulan atau kedua-duanya (Seksyen 7).

Seseorang yang membahagi-bahagikan di suatu tempat awam, apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, menyerahkan salinan terbitan itu kepada seorang Islam, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen 8).

Seseorang yang membuat apa-apa tulisan yang diterbitkan dalam apa-apa ucapan atau pernyataan terbuka, atau dalam suatu perhimpunan yang dirancang, atau dalam pernyataan yang diterbit atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang khusus untuk umat Islam sebagaimana disenaraikan dalam Bahagian I Enakmen itu, atau terbitan atau virasinya, menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara, atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen 9).

Sesiapa yang disyaki melakukan kesalahan ini boleh ditangkap tanpa waran. Sebagai umat Islam, kita melenting kalau ada ancaman dakwah daripada agama lain. Tetapi kita perlu sedar bahawa itu adalah strategi proaktif mereka.

BACA:  Penyakit Alasan Punca Kegagalan

Kita perlu menilai adakah strategi dakwah kita dapat menyaingi mereka atau kita hanya berpeluk tubuh dan mengharapkan hidayah Allah? Adakah kita hendak menyalahkan pihak gereja yang mengambil inisiatif membantu mereka dalam kesusahan tanpa perlu melalui proses tapisan ketat?

Kebenaran dakwaan ada masyarakat susah menerima sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Baitulmal perlu dilihat dari aspek positif bahawa masih ada kelemahan sistem yang diguna pakai sekarang.

JKM dan Baitulmal perlu mengkaji kaedah mengumpul data dan maklumat masyarakat fakir miskin serta menambah baik kaedah pengagihan dana kebajikan kepada masyarakat layak menerimanya, supaya tidak ada lagi masyarakat Islam tercicir, yang akhirnya dipujuk pihak tertentu untuk menerima bantuan dari gereja.

Baitulmal perlu lebih agresif mencari punca dan masalah kenapa ada pihak yang susah mendapatkan bantuan kerana dana yang dipegang badan itu adalah amanah seluruh umat Islam yang mengeluarkan zakat.

Pengajaran boleh diambil dari sejarah Islam, diriwayatkan bahawa pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau sanggup memikul gandum untuk diagihkan kepada orang miskin kerana mengambil berat tanggungjawabnya menjaga kebajikan umat Islam.

Pada zaman Khalifah Umar Abd Aziz pula, wang zakat tidak dapat diagihkan kepada umat Islam kerana kemiskinan sifar, yakni tiada orang memerlukan wang zakat lalu ia digunakan untuk memerdekakan hamba abdi di Eropah.

Pihak yang diamanahkan menjaga kebajikan umat Islam di negara ini perlu membuat transformasi cara kerja secepat mungkin bersesuaian kehendak semasa, mengurangkan birokrasi dan lebih praktikal. Sebagai pembayar zakat, sudah pasti kita mahukan perubahan ini berlaku segera.

8 Comments

  1. Saya rasa isu ini sepatutnya dipandang dari sudut positif, menyedarkan kepincangan umat Islam dalam menguruskan kemaslahatan umat Islam sendiri. Semoga dapat berhijrah kepada yang lebih baik..

  2. You know what….it’s mostly the fault of the system – muslims and new muslim converts who are in deep need of help have to go through so much red tape and then turned away. I am one example. I embraced islam on my own ..not because of marriage…aged 51 now..but recently divorced..no nafkah and my rights as a muslim woman were ignored. I never have received any form of help form any islamic body even sicne i embraced islam….but that is not important. What is important is now..when I am in deep need of help. I tried working for 4 years but got very sick due to my spondylosis ailment and for 2 years i was struggling to make ends meet with my own savings and help from friends. I went to zakat office at masjid negeri Shah Alam for help…and you know what they told me?…They said..applications closed and to come back after Raya!!! I have no home of my own, no money and I have to live with my aged Christian parents who barely have enough to manage on their pensions. JAIS and Zakat office have the odacity to tell me I cannot live with my Christian parents yet they turn me away and cannot help me. the Ustazah at JAIS told me that they house people like me to Sabak Bernam…but noone wants to go there and I also most definitely do not want to go there. ..and Zakat office also say I cannot live with them yet turn me away even for help. Alhamdulillah I embraced islam because I believe in Islam…and I know the environment is not *proper in the eyes of the islamic authorities* but what choice do i have??? i am at the masjid daily from asr till after tarawih and i have my buka puasa at the masjid also. What if my iman was weak…then what? Out of desperation, if i am unable to get the help i need after Raya…I have no choice but to accept whoever it is who CAN help.

    Do not blame the non muslims…blame the system and the muslims themselves for not taking care of their own.

  3. Educate our children in schools…..educate them well with good religious teachers and reach out to the muallafs, new and old…..make sure that they have proper islamic understanding and classes for fardu ain and Quran recitation etc. Don’t wait for them to come out…many do not know and do not understand.Seek them out. If the Christians can do it..why not the muslims? I was had no proper fardu ain classes because I embraced islam in 1986. I had no formal classes for anything and no follow up to check on me at all even. I gave up my career for family but after the divorce, I was left with no home, no nafkah and no job….I am unable to work even due to an ailment. I know many abuse this and I understand that the authorities have to do their job with all the red tape….but after my experiences with JAIS and the Zakat office…I would have to say that the authorities are not concerned enough – IF these muslims ae weak in iman…can you really blame these muslims for losing their faith in the system and turning elsewhere out of desperation for survival? Most might have their hearts with islam…but just lose respect in the system. If it were kids…then consider them lost for good because their fragile minds are so easy to influence.

  4. Pada pendapat saya semua pihak wajib membantu mereka yang daif, miskin dan yang berlaku kepincangan dalam meneruskan kehidupan ketahap boleh berdikari sendiri.. Kerajaan patut mengambil inisiatif membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan situasi mereka kerana ini satu-satu jalan yang amat mereka perlukan selain dari bantuan keewangan.. Untuk pengetahuan pihak kerajaan amat susah untuk ibu-ibu tunggal yang berumur di malaysia ini mendapatkan pekerjaan berbanding pekerja-pekerja asing yang telah berumur mendapat pekerjaan. Jika tidak percaya pihak kerajaaan boleh menemubual mereka yang menerima bantuan kebajikan masyarakat. Kaji selidik dahulu setiap masalah mereka. Banyak pihak menunding jari mengatakan mereka lebih suka meminta dari bekerja tanpa mengetahui permasalahan sebenar. Kerjaan mengalakkan syarikat-syarikat besar membantu mereka yang memerlukan tetapi kerajaan tidak pula menggalakkan syarikat-syarikat ini menolong mereka mendapatkan pekerjaan. Tolong renungkan dari pelbagai aspek..

  5. kepada yg berkuasa tolong la mereka..

  6. Ajaran Kristian lebih toleransi dan kebebasan berbanding agama Islam. Ia tidak memaksa umat mengikut ajaran agama dengan paksaan. Agama Kristian tidak perlu sembahyang 5 kali sehari, tidak perlu pilih makanan asalkan ia tak meracunkan badan manusia, tak payah puasa sebulan, boleh bela anjing, perempuan tak payah bertudung dll. Ajarannya sama juga beritahu manusia supaya berkelakuan baik boleh dapat masuk surga. Ajaran Kristian ada perubahan mengikut zaman dimana ia tidak terlampau ikut ajaran lama.  Jika agama ada pilihan haruslah kita pilih agama yang toleransi, tidak paksaan, perubahan ikut zaman kerana ia boleh menyebab masyarakat  berharmoni, toleransi, kegigihan, kerajinan, kejayan, kemodenan dll.

    1. Betul kata saudara baru, tapi kita hidup di dunia ini hanya sementara. Akhirat jualah yang kekal selama-lamnya, ini ada tertulis didalam alQuran. Kita hidup didunia mesti ikut alQuran, hadis nabi dan nas. Kalau tidak, kita akan tersesat jauh dari islam. Kdg2 org sggup melanggar peraturan islam, ttpi adkh dia sedar yg dia pn melanggar peraturan Allah SWT? Allah mnguji kita hdup didunia, Dia nk tgk samaada kita dpt than ujian dunia atau tak…Kita pn ptut berusaha sprti org dahulu iaitu ibn sina dan ibnu khaldun, klu tak kerana dia kita zaman skg tidak dpat ilmu perubatan dan sbgainya….

  7. Memilih agama haruslah pilih agama yang tidak paksaan, hina, kejam, dan bermusuhan kerana ini boleh membawa keharmonian dan kemajuan manusia. Agama Kristianlah adalah sesuai untuk zaman ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!