Tazkirah

Penyakit menimpa ke atas perempuan tidak bertudung

burkaSUM_1864145b

Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda,” Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)

Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.

Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da’wahi oleh Rasulullah. Tentang hal ini Allah berfirman: “Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur’an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih” (Surah Al-Anfaal: 32)

Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser. Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat, pakaian pantai (yang biasa dipakai orang-orang kafir ketika di pantai dan berjemur di sana) yang mereka kenakan. Penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh dan dengan kadar yang berbeza-beza. Gejala awal adalah seperti bulatan berwarna hitam agak lebar. Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di kawasan kaki atau betis dan di kawasan sekitar mata, kemudian merebak ke seluruh bahagian tubuh disertai pertumbuhan di kawasan yang biasa dilihat, pertautan limpa (kawasan di atas paha), dan menyerang darah, dan menetap di hati serta merosakkannya.

Ia juga boleh menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan hidup lama.

Dari sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh manusia di dalam perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas syariat iaitu bahawa model pakaian perempuan yang benar adalah yang menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali wajah dan telapak tangan.

Semakin jelaslah bahawa pakaian yang sederhana dan sopan adalah upaya preventif yang paling bagus agar tidak terkena “azab dunia” seperti penyakit tersebut di atas, apalagi azab akhirat yang jauh lebih dahsyat dan pedih. Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu pengetahuan kontemporari ini-padahal sudah ada penegasan hukum syari’at yang bijak sejak 14 abad silam-kita akan tetap tidak berpakaian yang baik (tudung), bahkan malah tetap bertabarruj???

(Sumber: Al-I’jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah, Oleh: Muhammad Kamil Abd Al-Shomad)

29 Comments

  1. Bertudung…1 Perintah Allah SWT. Wajib…tetapi masih yang berani terang-terang engkar…Subhanallah. Semoga dibuka pintu hati mereka-mereka yang engkar ini…

  2. Bertudung panas dan tak selesa

    1. takpa tu panas dunia, blum akhirat lagi..

    2. tidak adikku. malah ia mnjaga suhu badan d wktu panas maupun sejuk..
      baca: scientific reasons for wearing hijab

    3. bertudung atau tidak bertakluk pada keikhlasan hendak memakainya…kalau keberatan…tak payah pakai suda…..

      1. xikhlas pun kena jugak,,sb ianya WAJIB

      2. tak ikhlas bukan alasan tak bertudung ,..cubalah perlahan-lahan walau hatitidak menyukai .semoga hidayah Allah sampai padamu

      3. awk berak ikhlas x ? x ikhlas mcm mane pon kene ikhlaskan berak tu jugak kn?
        mcm tu lah juge bile mengikut seruan allah. kalau nk tunggu ikhlas, sampai bile pon x buat jugak, kecuali kalau kite tau bile kite akan mati, mase tu lah ikhlas baru sampai. 🙂

      4. Ikhlas atau tak pakai jugk , kanx masuk Neraka tahu pulak rase berdosa -_-

    4. boleh saya cakap?
      terima kasih 🙂

      apa yang awak cakap tu
      pd fikiran yang sudah biasa tak bertudung
      bagi kami yang bertudung ni, fikir tak bertudung itu tak selesa

      it’s all the matter of mind setting
      😀
      but, do try. by the will of Allah, He’ll make everything easier 😀

    5. jgn risau, bile dah kt liang lahad nnti, ade tudung istimewe cik pakai.
      kain kapan. sama ada ikhlas atau x nak pakai tudung tu, cik x de pilihan 😉

    6. Setiap peluh yg keluar ketika kau pakai tudung , dapat pahala . Allah senang2 nak bgi kau tolak -_-

    7. Setiap peluh yg keluar ketika kau pakai tudung , dapat pahala . Allah nak bagi pahala , kau pulak tak nak -.-

    8. bertdung pans? panas lagii neraka dekkk…

    9. Assalamualaikum, saya baru baca post ni, dan nak ckp sket, barangkali cik yati kalau mengenakan tudung, anda akan kelihatan lebih cantik. Walaupun janggal, anda akan tetap nampak comel.

      Pakai tudung ni mudah, tak perlu fikir rambut kusut ditiup angin dan sentiasa mahu bersikat, tak perlu nak berpayung ketika panas terik, tidak migrain sbb kena panas, tak perlu nak menghabiskan duit dengan produk penjagaan rambut.. Hanya perlu bertudung. Selain itu, anda akan rasa lebih selamat jika bertudung dari lelaki yg ingin berbuat jahat pada anda.

  3. Menutup aurat kerana Allah……….Insyaallah dipermudahkan segala usaha.

  4. panas dan x selesa yer cik yati..di akhirat nnt jwb mcm tue yea…

  5. Dekat neraka lagi panas. Masa tu nak menyesal dah tak guna. Insaflah saudari saudari ku.

  6. memakai tudung tidak panas atau tidak selesa malah memberikan perlindungan pada kulit…subhanallah semoga Allah memberi hidayah kepada orang yang belum memakai tuung….amin

  7. Bertudung kerana trend. Ala-ala hijabista gitu…

  8. memang la panas tapi tak sepanas api neraka… mereka yg bertudung ni secara tak langsung dah mencabar perintah Allah awt.

  9. Di hati mahu sekali bertudung tetapi tidak mendapat izin dari suami, bila ingkar..suami bising, katanya macam makcik-mak cik. HR Ahmad , Abu Daud berkata “Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung)” Bagaimana pula mereka yang tidak dapat memakai tudung tetapi ikhlas beribadah segala yang wajib dan menunaikan solat 5waktu kerana Allah swt serta menjauhi laranganNya? bukankah hanya Allah swt yang berhak menghakimi hambaNya?

    1. nama lebih utama taatkan Allah atau suami? pandai2la dakwah suami dgn sifat manjamu yg mampu mengalahkan lelaki. sekian walLahu A’lam

    2. Isteri wajib taat suami selagi TIDAK becanggah syara’. suami tak izin tutup aurat,itu bercangah syara’. Tidak ada ketaatan pada makhluk dlm perkara maksiat. WAJIB menutup aurat tdk perlu izin dri suami atau sesiapa. TUTUP AURAT PERINTAH ALLAH. ajak suami g kuliah/dptkan nasihat dri ustaz bertauliah/pasang video agama ttg kewajiban suami kpd isteri dlm islam. Solat sepatutnya dpt mencegah dari perbuatan keji dan mungkar,jika tdk, solat kita bermasalah. Solat juga tetap WAJIB buat walau tak ikhlas,tak khusyuk,tak dpt cgh dri perkara mungkar. Wallahu a’lam

  10. pakai tudung kan elok..sekarang macam-macam jenis tudung.boleh juga berfesyen.bertudung kan wajib semua wanita Islam.bila kamu pakai kelihatan anggun dan cantik.

  11. bagi wanita muslim wajib memakai tudung kepala bagi menutup aurat…suka atau tidak telah ditetapkan syarak..sesungguhnya ada tersirat disebalik perintah allah s.w.t.hanya kita sahaja tidak mengetahuinya..Wallahua’lam.Amenn.

  12. Pakai kerudung itu wajib untuk wanita menutup auratnya.. sekarang kerudung memiliki banyak model… namun gunakanlah kerudung sesuai syariat islam.. jangan khawatir wanita akan tetap cantik menggunakan kerudung..
    http://alamsekitarkita.gq

  13. Syazwanie jannah

    Waktu mati pun badan dan kepala pun berbungkus..agak2 esok waktu nak kafankan boleh tak,taknak balut dgn kain,terus je campak masuk dalam kubur pastu timbus je dengan tanah..

  14. ASSALAMUALAIKUM

    BERTUDUNG ITU ADALAH WAJIB BAGI SETIAP ORANG ISLAM.

    AGAMA ISLAM ITU BERBEZA DENGAN AGAMA YAHUDI DAN NASRANI,MAKA WANITA ISLAM ITU JUGA BERBEZA DENGAN WANITA DARI AGAMA YANG LAIN..

    DIDIKAN DARI KECIL TERAMATLAH DIPERLUKAN AGAR DAPAT MENDIDIK KITA SEMUA UNTUK KENAL ERTI KATA BERHIJAB..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *