Penyakit Depresi Hilang Selepas Sedekah
Tazkirah

Subhanallah! Penyakit Depresi Hilang Selepas Sedekah, Kisah Lelaki Ini Menjadi Pedoman

Penyakit Depresi Hilang Selepas Sedekah

Umumnya ramai yang mengetahui amalan sedekah merupakan amalan mulia yang sangat dituntut dalam Islam.

Kita seringkali mendengar kisah-kisah daripada mereka yang bersedekah mendapat keajaiban selepas melakukan amalan tersebut.

Hal ini kerana manfaat dan keajaiban sedekah telah disebut dalam riwayat-riwayat termasuklah dapat memurahkan rezeki, menolak bala, memanjangkan umur dan menyembuhkan penyakit.

Disini saya ingin berkongsi tentang kisah seorang lelaki dimana beliau mempunyai tekanan dan depresi dalam kehidupannya akhirnya sembuh disebabkan amalan sedekah.

Lelaki ini seorang yang sangat menitikberatkan soal masa depan. Amat jarang sekali seorang kanak-kanak yang baru bersekolah rendah memikir soal kehidupan masa akan datang lebih-lebih lagi telah berfikir tentang masa depan dirinya.

Kerisauannya berkenaan kerjaya apakah yang bakal dia perolehi, rumah, kereta, mahupun teman hidup mendorong beliau lebih rajin belajar dan sangat bermotivasi tinggi.

Seawal usia 11 tahun, beliau telah tahu hala tuju hidupnya dan jarang sekali menghabiskan masa dengan rakan-rakan kerana difikirkan ia membuang masa.

Lantaran itu, masanya dihabiskan mengadap buku mengulangkaji pelajaran. Saat mengulangkaji pelajaran kadang-
kadang beliau dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dan kadang-kadang tidak. Ini kerana , beliau sering kali mengelamun terbawa-bawa suara hati yang diajak “berdialog”. Suara monolog dalaman itulah yang selalu mendorong membuat apa-apa keputusan dan memberi kata-kata semangat dan kadang kala memperlekehkan diri beliau sendiri.

Namun semua itu bagaikan satu kata-kata keramat dan sebagai satu cabaran dalam dirinya. Oleh kerana semangat yang begitu hebat mencapai kejayaan, setiap peperiksaan yang dilalui dengan keputusan yang baik sama ada UPSR, PMR mahu pun SPM.

Akhirnya lelaki ini berjaya bergelar graduan dan selepas tamat universiti cita-citanya semakin tinggi mengunung untuk mendapat kerjaya yang terbaik.

BACA:  Bebas Dari Hutang Termasuk 3 Kriteria Ahli Syurga Daripada Hadis Sahih

Sebagaimana graduan lain, beliau juga menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil. Pelbagai jawatan kosong telah dimohon tetapi tiada jawapan.

Akhirnya beliau diterima sebagai jawatan pembantu jualan dengan menerima gaji sebanyak RM1000 sebulan.

Selepas beberapa tahun bekerja, beliau ditawarkan tugas sebagai kerani di syarikat swasta di Kuala Lumpur. Namun,
pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung kos hidup yang tinggi kerana bayaran sewa rumah, kereta , memberi wang kepada ibu bapa apatah lagi niat untuk menamatkan zaman bujangnya. Tugasan kerja semakin bertambah dan kedudukan kewangan semakin tidak mencukupi.

Hidupnya makin tertekan dengan memikir nasib hidupnya dan impian masa kecilnya kelihatan semakin terkubur. Tambahan pula kawan-kawannya yang sudah menjawat jawatan tetap dengan gaji yang lumayan dan beliau rasa semakin tercabar. Terbayang-bayang dalam imaginasi dirinya diperlekehkan oleh kawan-kawannya dalam keadaan dirinya sekarang. Rasa ego dalam diri semakin bertambah dan dia nekad mengasingkan diri daripada rakan-rakannya. Ini adalah bayangan dan perasaan dalam dirinya sendiri.

Akhirnya, pada suatu hari beliau terbaca kisah sedekah dan manfaatnya di internet. Kemudian beliau membeli sebuah buku tentang keajaiban sedekah. Oleh kerana tekanan emosi yang dialami dirasakan begitu menghimpit dirinya, dia ingin mencuba amalan tersebut setelah terbaca kisah – kisah daripada mereka yang bersedekah yang memperoleh keajaiban daripada amalan tersebut.

Pada satu ketika, beliau benar-benar buntu dan tertekan lantaran masalah kerja dan gaji dan tidak ingin lagi hidup kerana merasakan hidupnya langsung tidak berguna. Beliau merasakan hidupnya sudah tidak berguna apatah lagi untuk menghulurkan wang kepada ibunya malah beliau terpaksa meminjam wang dan berhutang.

Keinginan untuk sembuh daripada pelbagai tekanan emosi yang tidak terungkap melebihi daripada keinginan untuk memiliki kerjaya yang hebat seperti kawan-kawannya.

BACA:  Kemuliaan Buat Anda Yang Mencari Ilmu

Ini kerana,semakin beliau ingin mengejar harta dunia, pangkat dan kedudukan beliau semakin tertekan dan kejayaan semakin menjauh. Sebaliknya, penyakit depresi semakin bertambah menghimpit dirinya.

Dengan itu, beliau segera teringat dengan kisah ajaibnya sedekah dan dengan kadar segera beliau bersedekah RM10 ke
dalam tabung masjid dengan niat agar disembuhkan daripada tekanan hidup dan dilepaskan kesempitan.

Secara tiba-tiba, tidak sampai lima minit bersedekah bagaikan satu bebanan tekanan perasaan yang amat berat tiba-tiba diangkat dan hilang serta diganti dengan perasaan yang tenang dan sukar digambarkan. Perasaan redha dan mensyukuri nikmat kurniaan Allah yang selama ini telah mengantikan perasaan yang selalu tidak bersyukur dengan apa yang ada dan sering mengejar kebendaan.

Saat itulah beliau mula percaya keajaiban sedekah itu benar-benar wujud.

Beliau bersedekah setiap hari dengan niat agar diberi ketenangan jiwa dan dimurahkan rezeki. Ternyata rezekinya
semakin bertambah dan berkat selepas amalan tersebut.

Walaupun bergaji kecil beliau merasakan cukup dan sentiasa bersyukur dan tidak merasakan tertekan lagi . Beliau tetap bersedekah sekadar kemampuannya.

Akhirnya penyakit tekanan dan depresi hilang hanya kerana amalan sedekah.

Beliau tidak lagi diganggu oleh suara-suara dalaman yang sentiasa menekan beliau untuk mengejar dan merebut harta benda dan pangkat bahkan ketenangan itu lebih berharga daripada seisi dunia.

Kebanyakan masyarakat hari ini semakin terhimpit dengan masalah depresi dan tekanan yang menjurus ke arah tindakan luar kawalan sehingga sanggup membunuh dan meragut nyawa sendiri. Pelbagai ujian dan cabaran kehidupan membawa kepada tekanan.

Ternyata amalan sedekah lelaki itu menyelamatkan jiwa yang menderita kerana dek mengejar harta dunia dan tidak
mensyukuri nikmat kurniaan Allah dan selalu mempertikai dan membandingkan apa yang ada pada diri berbanding orang lain.

BACA:  Selawat Ibrahimiyah, Kenapa Hanya Nabi Ibrahim Yang Disebut?

Semoga kisah ini menjadi teladan buat semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!