Isu Semasa

Penjara 2 Tahun Jika Merokok Di Kedai Makan Mulai 1 Januari 2020

Umum mengetahui larangan merokok di kedai makan atau restoran sudah dilaksanakan pada Januari lalu. Malah, sudah banyak papan tanda larangan merokok di letakkan di kedai makan dan di tempat awam.

Bermula 1 Januari 2020, tindakan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan akan mula dikuat kuasakan.

Perokok yang ingkar larangan tersebut akan didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan notis amaran kepada 31,422 premis makanan daripada 146,607 premis yang telah diperiksa.

Dari jumlah tersebut, 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok serta 3,889 notis dikeluarkan bagi orang yang didapati merokok di kawasan kedai makan.

 

Sumber: https://www.vitdaily.com/

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  JAKIM Tubuh Unit Pemantaun Khas Isu Hina Nabi Dan Agama Islam, Orang Ramai Boleh Whatsapp Untuk Lapor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *