Motivasi

Pengusaha PUB Menemui Hidayah Melalui Puisi

Pedro di hadapan Masjid Kg Pandan, tempat dimana beliau melafazkan syahadah buat pertama kalinya

Pedro dilahirkan berbangsa Portugis di Melaka 56 tahun yang lalu. Beliau seorang penganut agama Kristian. Sumber pendapatannya ialah melalui sebuah restoran dan pub yang diusahakannya sekian lama.

Perniagaan PUBnya sungguh laris dan dipenuhi pelanggan setiap malam. Dia seorang yang mudah mesra dan bijak melayan para pelanggannya. Setiap malam dia akan minum arak bersama mereka. Berpuluh tahun lamanya, itulah cara hidup yang diketahuinya. Ramai pelanggan menjadi sahabat karibnya, bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga di kalangan golongan ekspatriat yang ramai terdapat di sekitar Ampang yang terkenal dengan kawasan pejabat Kedutaan. Perniagaannya berkembang maju dan hidupnya mewah hasil dari penjualan arak.

Beberapa bulan sebelum Ramadhan 1432, hidupnya berubah secara drastik. Tidak tahu dimana dan bagaimana untuk memulakan cerita…secara tiba-tiba berbagai persoalan tentang Tuhan dan kehidupan masuk ke dalam fikirannya. Persoalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya. Hidupnya menjadi tidak keruan, jiwanya kacau, benaknya diasak persoalan.

Tiba-tiba bagai ada satu kuasa menyuruhnya untuk menulis bait-bait puisi yang ada di dalam kepalanya. Dia tidak faham apa yang ditulisnya lalu Pedro merujuk kepada seorang sahabatnya seorang penulis. Menurut sahabatnya apa yang digambarkan di dalam puisinya itu berbicara tentang Allah yang satu. Pedro menjadi bertambah bingung.

Suatu malam dia tersentak dari tidurnya dan serta-merta mulutnya menyebut “Allahuakbar”….. ungkapan yang tidak pernah disebutnya selama ini. Pedro tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Bagaikan ada suatu desakan di dalam nalurinya untuk segera beriman kepada Allah.

Keesokannya hari Sabtu dia memohon bantuan seorang rakan untuk membawanya ke PERKIM. 2 jam menunggu rakan itu tidak kunjung tiba. Pedro terus memandu ke PERKIM sendirian. Tiba di PERKIM, Pengawal Keselamatan di situ enggan membenarkan dia masuk dengan alasan pejabat tutup, meskipun terdapat beberapa orang ustaz yang sedang mengajar kelas agama di tingkat atas.

BACA:  Mengapa Berkompromi Dengan Arak?

Pedro terus memandu dan tidak tahu ke mana arah untuk dituju dan kepada siapa untuk mengadu. Dia tidak lagi dapat menanggung desakan di dalam jiwanya yang tidak akan tenteram selagi dia tidak menemukan jawapannya hari itu juga. Lalu dia terpandang sebuah masjid berhampiran dan mengambil keputusan untuk berhenti dan masuk memohon bantuan. Dia terserempak dengan beberapa orang jemaah yang baru habis menunaikan solat dan meminta mereka membawanya bertemu dengan orang yang dapat membantunya. Mereka seakan tidak acuh dengan permintaannya dan menyuruh dia masuk ke dalam mencari sendiri. Akhirnya beberapa orang pengikut tabligh yang berada di dalam masjid menawarkan diri untuk membawa dia ke rumah Imam yang terletak di belakang masjid.

Malangnya Imam sudah keluar. Lalu mereka mengambil keputusan untuk memohon bantuan pembantu Imam. Sampai di rumahnya, isteri pembantu imam tidak membenarkan mereka mengganggu suaminya yang sedang tidur. Walaupun dipujuk berkali-kali dia tetap enggan mengejutkan Imam. Dengan kuasa Allah tiba-tba Imam pun tiba dengan motorsikalnya di rumah bersebelahan. Lalu mereka menemui beliau dan memohon bantuannya. Hari itu juga Pedro memeluk islam dan memilih “Abdul Aziz” sebagai nama baru.

Tidak mampu membendung perasaan ketika menceritakan bagaimana hidayah Allah datang kepadanya.

Meskipun berbagai rintangan yang dihadapi dengan kerenah beberapa orang yang enggan membantunya, Pedro sedikit pun tidak berasa hati malah menganggap itu semua sebagai dugaan dari Yang Maha Kuasa untuk menguji samada dia benar-benar yakin dengan keputusannya untuk beriman kepada Allah Yang Satu.

Namun dugaannya tidak terhenti di situ sahaja malah menjadi tambah hebat lagi. Penghijrahan Pedro telah menyebabkan dia kehilangan isteri dan anak-anaknya. Isterinya yang juga merupakan rakan kongsi mengambil keputusan untuk pulang ke Ipoh. Kesemua pekerjanya juga bertindak berhenti kerja termasuk mereka yang beragama islam. Ada yang berkata “This business will not survive if you stop selling drinks (Beer), you will be a bankrupt! Mark my Word!”. Para pelanggan juga menjauhkan diri. Malah ada yang marah dan menganggapnya gila kerana menutup pub.

BACA:  Nikmat Agung Dari Yang Maha Agung
Fauzi, Pengurus Restoran milik Pedro yang telah bekerja dengannya lebih dari 15 tahun. Perubahan Pedro telah mendorong kakitangannya untuk turut berubah menjadi insan yang lebih baik.

4 hari selepas berakhirnya Ramadhan, Pedro membuka restorannya semula dan menukar ia dari sebuah pub kepada sebuah Restoran Portugis Islam. Pekerjanya yang beragama Islam juga kembali bekerja malah telah menjadikan Pedro sebagai inspirasi dan contoh untuk mereka bertaubat dan mendekati Allah. Mereka mula berusaha untuk tidak meninggalkan solat.

Isterinya masih lagi seorang Kristian…seperti kata Pedro; “berikan dia masa…hidayah itu harus datang dari dalam dirinya dan bukan dipaksa”. Anak-anaknya secara perlahan-lahan sudah mula dapat menerima Pedro sebagai seorang Islam.

Pedro harus bangkit semula membina hidupnya di hujung usia setelah kehilangan semua pelanggannya. Jika dahulu dia boleh memperolehi pendapatan sehingga 5 ribu ringgit sehari, sekarang 500 ringgit pun agak payah. Namun keyakinannya terhadap agama yang dipilihnya menjadikan dia lebih tabah dan pasti bahawa hidupnya kini lebih baik dari hari-hari semalam.
Inilah kisah beliau. Kisah sebuah penghijrahan dari kejahilan ke jalan Allah SWT dan bagaimana ia merubah 360darjah hidupnya.

Ketika saya meminta untuk menulis kisah beliau, Pedro sangat keberatan. Beliau tidak mahu menggunakan Islam sebagai landasan untuk menarik pelanggan ke restorannya. Tetapi setelah dipujuk dan saya menyatakan niat saya supaya ceritanya ini untuk tujuan berdakwah dan sebagai inspirasi kepada orang lain barulah beliau bersetuju.

Dr. SAM, salah seorang sahabat Pedro sejak zaman sebelum dia memeluk islam lagi.

*Jika anda berada di sekitar Ampang saya sarankan untuk menyokong saudara baru kita ini dengan mengunjungi Restoran beliau Alamat: Restoran Pedro Portugis Muslim, C-G, Dataran Palma, Jalan Selaman 1, 68000 Ampang, Selangor. Restoran ini juga menyediakan hidangan buffet setiap Sabtu dari 7pm -10pm. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian. Amin.

**Kisah Pedro ini akan dijadikan sebuah dokumentari untuk tayangan sempena Maal Hijrah (27 November 2011) di TVAlhijrah (ASTRO114). Untuk maklumat lanjut sila ke link berikut http://www.facebook.com/pages/4-Hidayah-4-Hijrah/205165492889000

Updated 12/11/2011
Assalammualaikum, Alhamdulillah…Restoran Portugis Muslim Abdul Pedro di Dataran Palma Ampang telah dibeli oleh pihak lain mulai 16 Nov 2011. Tarikh dan tempat bagi restoran beliau yang baru akan diumumkan kemudian. Saudara Abdul Aziz Pedro mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah datang berkunjung dan memberikan sokongan setelah membaca kisah beliau – ERA RAMLY

Updated 02/12/2011

Untuk makluman Kisah Pedro akan ditayangkan di dalam Dokumentari “4 Hidayah 4 Hijrah” pada Sabtu, 3 Disember 2011 jam 10mlm di TVAlHijrah atau Astro114.

Terdapat 3 lagi episod tentang 3 lagi insan yang menerima hidayah dan berubah di jalan Allah.

  • Ep. 2 (10Dec) – Jana Petersen, pelajar pertukaran dari German memeluk Islam setelah setahun tinggal bersama keluarga Islam di Malaysia.
  • Ep. 3 (17 Dec) – Lo Joo Yee, remaja yang pernah bercita-cita menjadi Paderi memeluk islam setelah doanya kepada Allah dimakbulkan
  • Ep.4 (24Dec) – Elmaynoor, Penagih Dadah tegar berubah menjadi insan berjaya.

By: ERA RAMLY

45 Comments

  1. faziera noor amri

    syukur, alhamdulillah dgn hidayah Allah…sesungguhnya islam itu agama yg boleh mententeramkan jiwa apabila jiwa merasa ‘kacau’..

  2. KHAIRUDIN BIN SULAIMAN

    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH YA- RABBULJALAL….!!!!!

  3. noor hisham mohamat

    alhamdulillah.Allah MahaBesar.tiada yg mustahil jika itu yg dikehendakiNya

  4. Alhamdulillah….

  5. Alhamdulillah….Allah Maha Besar…Dia berkuasa ke atas setiap makluk-Nya….Semoga en. pedro, saya dan kita bersaudara bersama – sama menegakkan Islam….

  6. syukur alhamdullil…sesungguhnye andalah insan yg terpilih,amin…

  7. Sangatlah beruntung Pedro di sisi Allah, dia sebersih kain yg putih dlm Islam walau pun dirinya dulu bergelumang dgn arak. Tiada yang mustahil bagi Allah Yg Maha Mengetahui segala yg nyata dan yg tersembunyi. Subhanallah.

  8. Subhanallah…hidayah diberi oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya…

  9. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya

  10. Alhamdulillah… Its really amazing… When the time comes, i believed u will be success dunia n akhirat.. Jadikan sabar itu pakaianmu… n pls don’t stop depending on allah.. He will be there for u just the same he gave the hidayah to u… All the best.. Regards- Suraya Ismail

  11. abdul hadi muhamad

    سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
    لاحول ولا قوة الا بالله

  12. Alhamdulillah…bukti kebesaran Allah, tiada yang mustahil di bawah naunganNya.

  13. Assalammualaikum,
    Alhamdulillah…Restoran Portugis Muslim Abdul Pedro di Dataran Palma Ampang telah dibeli oleh pihak lain mulai 16 Nov 2011. Tarikh dan tempat bagi restoran beliau yang baru akan diumumkan kemudian.
    Saudara Abdul Aziz Pedro mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah datang berkunjung dan memberikan sokongan setelah membaca kisah beliau.

    1. Sila maklumkan kepada kami tempat bagi bagi restoran baru beliau. Terima kasih 🙂

      1. Insya’Allah saya akan umumkan kelak. Beliau masih lagi di dalam proses mencari kedai baru. Terima Kasih.

      2. Assalammualaikum Tuan Admin,

        Untuk makluman Kisah Pedro akan ditayangkan di dalam Dokumentari “4 Hidayah 4 Hijrah” pada Sabtu, 3 Disember 2011 jam 10mlm di TVAlHijrah atau Astro114.

        Terdapat 3 lagi episod tentang 3 lagi insan yang menerima hidayah dan berubah di jalan Allah….(mohon pihak admin untuk promosi jika tidak keberatan)
        Ep. 2 (10Dec) – Jana Petersen, pelajar pertukaran dari German memeluk Islam setelah setahun tinggal bersama keluarga Islam di Malaysia.
        Ep. 3 (17 Dec) – Lo Joo Yee, remaja yang pernah bercita-cita menjadi Paderi memeluk islam setelah doanya kepada Allah dimakbulkan
        Ep.4 (24Dec) – Elmaynoor, Penagih Dadah tegar berubah menjadi insan berjaya.
        Terima Kasih. Wassalam.

  14. alhamdulillah….beliau mendapat hidayah…tapi sedih dan kecewa dgn sikap org2 islam yang cuba dihubunginya utk membantu beliau ketika beliau berminat hendak memeluk islam , mungkin itu antara cabaran yang menguji beliau…

  15. Alhmdulillah… hidayah itu milik Allah..semoga dia kuatkan hati dan iman dalam menerima dugaan dan ujian.. Nikmat Iman yang diberikan lebih besar berbanding ujian dan dugaan yang diberikan..

  16. Subhanallah….Allahhuakhbar…. Allah Maha Besar… Dia pemilih Langit dan Bumi dan segala isi kandungannya. Dia memberi kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu memberi… hidayah Allah… semoga segala urusan dan ibadah saudara Abdul Aziz dirahmati dunia dan akhirat. AMin.

  17. Menjadi inspirasi untuk saya menjadi lebih bail.

  18. ALLAH HUAKHBAR

  19. SUBHANALLAH……….ALHAMDULILLAH……………ALLAHUAKBAR
    TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH SWT.

  20. ALHAMDULILLAH..sesungguhnya Islam itu indah..ALLAHUAKBAR!

  21. Subahanallah..,Alhamdulillah..,Allahuakhbar.. “Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah”
    Sesungguhnya anda Abdul Aziz Pedro telah di limpahkan hidayah dari Allah s.w.t. Syabas!!! saudara baru ku anda sangat bertuah…, Sekiranya anda berkelapangan dan berada di sekitar Dataran Palma, berjumpalah dengan sahabat lama saya Ustaz Burhanuddin atau Ustaz Al Khafiz di Surau Nurul Hikmah, tingkat 3, Hotel De Palma Ampang. Inshallah mereka boleh membantu.

  22. subhanallah….alhamdulillah…. menyentuh hati kecilku krn terharu dan turut gembira dengan kekuasaan Allah.. syukur…. bertambah ramai umat Nabi Muhammad di akhir zaman ini…. Iman & Islam adalah nikmat yg tidak ternilai harganya….

  23. Allah maha besar…..alhamdulillah….ALLAH menyayangi hamba hambanya yang terpilih….nikmat yg tiada tandingnya.

  24. indah…sangat indah hidayah Allah

  25. subhanaAllah…sungguh beruntung bagi mereka yang terpilih menerima hidayah Allah.

  26. zaman awal islam dulu, cukup susah payah rasul dan para sahabat berusaha mengajak orang kafir masuk Islam.

    ni siap dah datang serah diri nak masuk Islam, boleh pulak ada yang buat dek je tak nak membantu.

  27. Alhamdulillah. I am also keen to only eat Muslim foods that ara halalan wa toyyiban, I went in search for Abdul Aziz’s restaurant this morning, but unfortunately it has close-shop. Dataran Palma is not community friendly as it is secluded. I beleive there are many other places in Ampang lie Ampang waterfront that Abdul Aziz can move in. Look forward to have a Portuegese Muslim’s food as it would add variety to muslims in Ampang. And I pray that Allah memakmurkan rezeki dan melimpahkan KASIHNYA pada Abdul Aziz Pedro. ALLAHU AKBAR.

  28. Kite pula bagai mana setelah dilahirkan dan memeluk islam sejak dulu..Astagfirullah…

  29. danial carllos abdullah

    apa pun yg baik adalh dr ALLAH yg buruk dr diri sendiri, x payahlah bermegah2 apa yg kita miliki TAPI yg PASTI kita MISTI MEMILIKI APA YG PERLU ADA KITA MILIK !! APA? IMAN ……
    AMIN

  30. ALHAMDULILLAH.. Semoga Allah memberi kita semua kejayaan dunia & akhirat…

  31. sabahatabdulazizpedro

    sangat mengakumkan kisah abdul aziz pedro.. menitis air mata bila menonton tayangan kisah beliau.. moga Allah akan merahmatinya..

  32. Islam itu benar tiada yg dapat menyangkal lagi.

  33. Alhamdulillah.. Malu nye sy dgn diri ini yg mudah patah semangat, tidak seperti En. Abdul Aziz Pedro.. Tahniah di ucapkan.. Nak try makan mknn portugis islam juga la.. 🙂

  34. ALHAMDULILLAH… i like your restaurant foods , specialy beef setw 🙂

  35. Assalamualaikum…
    Since dah closed yg kat Dataran Palma Ampang tu, memang belum ada buka tempat lain lg ke? Kalau ada yang baru, tolong la inform ye.
    Baru plan nak gi..

    1. Salam,

      Restoran Pedro Masakan Portugis kini dibuka di tingkat satu Pangsapuri Akasia Taman Kosas, Ampang.

      Mari beramai2 menyokongnya sambil ber fisabilillah !

      Kelazatan makanan tidak dpt menandingi kelazatan pahala iman sesama mukmin….

  36. Hidayah drp Allah ..banyak kisah insan memeluk islam yg asalnya mereka terdiri drp yg dah berjaya

    Cuba dapatkan pula kisah insan yg mendapat hidayah drp Allah yg asalnya miskin , tidak berjaya dalam hidup dan masih juga berkeadaan sama setelah memeluk islam tetapi keimananya makin bertambah

  37. rohaizan b ahmad

    syukur alhamdulillah

  38. Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana saudara Abdul Aziz Pedro telah diberi hidayah olehNYA dimana wajahnya kelihatan berseri oleh nur iman.

  39. Sebagai orang Muslim, kita semua bersaudara dengan saudara Abdul Aziz Pedro. Semoga tuan-puan sudi membantu beliau menghadapi hidup ini sebagai seorang Muslim yang mentaati Allah dan rasulNya. Sesungguhnya beliau telah banyak berkorban untuk Allah dan rasulNya. Insya Allah, Allah akan membantu kita semua dan saudara Abdul Aziz Pedro di dunia dan di akhirat.

  40. la baru nk singgah makan masakan portugis di jamin halal ni :(( td baru negok tb ade keluar crite. Pindah kat mana ye? ssh tak nk cari

  41. Dikhabarkan beliau tidak lagi menguruskan restoran dan beliau sekarang menjadi pemandu teksi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!