Tazkirah

Penguasaan Sepenuhnya Rothschild Dalam Pentadbiran Jepun

Rothschild berjaya menguasai sepenuhnya pentadbiran Jepun pada zaman pentadbiran Junichiro Koizumi sebagai perdana menteri (2001-2006) dan Heizo Takenaka sebagai Menteri Kewangan (2001-2005) yg juga bekas anak didik gengster Freemason di White House iaitu Dr. Henry Kissinger.

Mana-mana individu yang berjaya menjawat jawatan Perdana Menteri akan sentiasa menerima tekanan melalui ugutan politik. Ugutan tersebut berbentuk amaran penggunaan senjata canggih Amerika bernama ”Weatherstorm”.

Jika arahan tidak dituruti, Amerika akan meranapkan ekonomi Jepun dalam masa beberapa saat sahaja melalui pemusnahan alam. Apabila ekonomi Jepun musnah, pastinya Jepun akan berhutang dengan Rothschild.

Bencana alam boleh dicipta menggunakan teknologi Dajjal iaitu HAARP.

Inilah apa yang mereka inginkan, yang berhutang akhirnya terpaksa tunduk kepada yang memberi hutang. Mereka akan diangkat menjadi penasihat kerajaan-kerajaan dan segala kemahuan mereka terpaksa dipatuhi.

Kerajaan Jepun telah dipaksa membayar ‘ufti’ selama lebih 60 tahun dalam nilai tidak kurang dari $35 trillion dollar setahun. Bayaran ufti ini berterusan sehingga ke hari ini tanpa disedari oleh kebanyakan rakyat Jepun.

Jepun yang juga tersenarai sebagai kuasa veto PBB sentiasa sahaja pada saat-saat akhir memberi undi sokongan kepada Amerika apabila cadangan menyerang mana-mana negara Islam dibentangkan.

Secara keseluruhannya, kejayaan Rothschild menguasai orang politik di kabinet Jepun adalah melalui keanggotaan mereka di dalam Freemason.

Rothschild memperkudakan sepenuhnya orang-orang politik Jepun yang ahli Freemason dalam semua aspek pentadbiran Politik dan ekonomi.

Keadaan ini yang berlangsung lebih 60 tahun adalah bukti bahawa negara Jepun juga tidak terlepas dari cengkaman cucu-cicit Amschel Meyer de Rothschild.

DAVID ROCKEFELLER

Agen Rothschild yang bertanggungjawab memimpin ahli-ahli ekonomi dan politik Jepun ialah David Rockefeller (Yahudi-Freemason dari suku Ashkenazi)

BACA:  Fakta Menarik Tentang Labah-Labah Dan Kaitannya Dengan Al-Quran

Beliau bertanggungjawab memastikan perdana menteri Jepun mengikut semua arahannya.

Rasulullah SAW bersabda :

“Tidak ada satu negeri pun yang tidak akan dimasuki oleh Dajjal, kecuali Mekkah dan Madinah. Setiap tempat masuk [pintunya] akan dijaga oleh para malaikat yang berbaris. Kemudian Madinah bergoncang tiga kali dan Allah mengusir orang-orang kafir dan munafik.” (HR. Bukhari no. 1881 dan Muslim no. 2943).

Sumber: Info Akhir Zaman

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *