Isu Semasa

Pengiktirafan UEC Tidak Adil Buat Lepasan SPM & STPM

1. Menurut Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), cadangan Kementerian Pendidikan untuk mengiktiraf dan mengguna pakai UEC untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) adalah tidak adil kepada pelajar lepasan SPM dan STPM.

2. Tegas beliau, ini adalah kerana sekolah persendirian Cina tidak pernah berada dalam sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.

3. “Malah, sekolah persendirian Cina yang mengeluarkan sijil UEC pernah menolak tawaran kerajaan untuk menyertai sistem pendidikan negara pada 1962 kerana mereka mahu menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.”

4. Mengulas pengiktirafan UEC oleh Peguam Negara, Prof menjelaskan bahawa tindakan tersebut sebagai gopoh dan mengelirukan. Ini adalah kerana kerajaan dilhat masih lagi dalam proses kajian dan pertimbangan perkara ini. Kata beliau:

“Jadi, mengiktiraf UEC dalam CLP ini saya lihat tindakan yang gopoh. Kerajaan dan Tommy seharusnya lebih berhati-hati dengan menjaga sensitiviti umum kerana perkara ini ada kaitan dengan keharmonian sosial,” katanya, hari ini.

5. Jelas di sini bahawa sijil UEC ini dilaksanakan oleh sekolah yang tidak pernah berada dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, menggunakan pula Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, malah silibus yang berlainan daripada yang digunakan oleh sekolah-sekolah kebangsaan.

6. Pengasingan sistem pendidikan, dengan bahasa pengantar yang berbeza, silibus yang berbeza malah penerapan ruh dan nilai yang berbeza akan hanya menjarakkan lagi hubungan serta proses pembangunan kesatuan rakyat di negara ini.

Sumber: Dr Ahmad Sanusi

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Sinead O’Connor: “Saya berbangga memeluk Islam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *