Pengalaman Perit Politik Di Tempat Kerja
Tazkirah

Pengalaman Perit Politik Di Tempat Kerja, Percaya Pada Rezeki Allah

Pengalaman Perit Politik Di Tempat Kerja

Saya menulis artikel ini untuk berkongsi pengalaman sendiri terhadap rezeki yang Allah sebut di dalam
Al-Quran sebagai diantara janji Allah yang pasti. Mungkin ada dikalangan kita manusia yang tidak yakin
dengan rezeki yang telah Allah janjikan kepada hamba-Nya. Objektif ertikal ini adalah semata-mata
untuk sama-sama muhasabah diri bahawa apabila kita berusaha dengan ikhlas, in shaa Allah Allah akan
tetap memberikan rezeki dalam bentuk yang hanya Allah yang mengetahui rahsianya.

Konteks rezeki ni adalah luas dan tidak semestinya berbentuk wang ringgit semata-mata. Rezeki Allah
adalah dalam berbagai bentuk dan berbagai alasan yang pastinya menjanjikan kebaikkan dan
bagaimanapun perancangan Allah sudah pasti yang terbaik walaupun berbagai dugaan dan halangan
dihadapi sebelumnya. Diantara jenis-jenis rezeki yang disebutkan di dalam Al-Quran adalah diantaranya
seperti berikut:

1. Rezeki Yang Telah Dijamin

“Tidak ada satu mahluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya” (Q.S.11:6)

2. Rezeki Kerana Usaha

“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya” (Q.S.53:39)

3. Rezeki Karena Bersyukur

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu” (Q.S.14:7)

4. Rezeki Tak Terduga

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (QS. At Thalaq :2)

Berbalik kepada pengalaman saya yang ingin kongsikan di sini adalah mengenai dengan rezeki yang Allah
telah janjikan di atas kesemua sebab yang 4 tadi (yang telah saya kongsikan di atas) iaitu rezeki yang telah
dijamin, rezeki kerana Usaha, rezeki kerana bersyuur dan rezeki yang tidak terduga. Saya berasal daripada
keluarga yang sangat susah. Pada zaman kanak-kanak saya tinggal di kampong yang terletak
dipendalaman yang serba kekurangan tanpa air paip, electrik dan juga jalan raya yang canggih. Ibu bapa
saya adalah petani dan jenis yang kuat berusaha untuk mencapai sedikit keselesaan di dalam hidup.
Walaupun serba kekurangan, keluarga kami masih boleh dianggap diantara salah satu keluarga yang
bernasib baik berbanding keluarga yang lain yang tinggal di kampong tersebut. Ini adalah disebabkan oleh
hasil Usaha dan titik peluh bertani dan ibu saya juga membuat kuih-muih untuk jualan untuk menampung
perbelanjaan seharian. Walaupun pada hakikatnya, tiada apa yang perlu sangat untuk dibeli kerana
semua hasil tanaman sudah boleh menampung makan kami seharian. Walau apa pun, kami masih perlu
membeli bahan-bahan untuk membena rumah yang lebih baik dan selesa untuk kami berbanding dengan
atap daun dan lantai buloh. Banyak lagi kisah dizaman kanak-kanak yang tidak sempat saya kongsikan
disini. Kenapa saya bercerita tentang kesusahan zaman kanak-kanak saya? Ini adalah kerana, disebabkan
oleh kesusahan inilah menyebabkan saya mempunyai azam untuk memperbaiki taraf hidup saya. Oleh
kerana selalu bekerja menolong ibu bapa di bawah panas terik, saya telah berazam untuk bekerja di
bandar dan mempunyak bilik yang berhawa dingin.

BACA:  Perbanyakkan Bertaubat Bagi Mengadapi Ujian Dengan Tenang

Walaupun hidup kami susah, ibu bapa tidak pernah mengabaikan peluang kami adik beradik untuk terus
bersekolah dan melanjutkan pelajaran. Ada diantara kami adik beradik yang boleh dianggap berjaya
melanjutkan pelajaran dan mempunyai pekerjaan yang baik walaupun dua orang kakak saya telah
berkahwin diusia yang sangat muda. Saya sendiri telah mendirikan rumah tangga diusia 20 tahun iaitu 3
tahun selepas menamatkan SPM tetapi saya tidak berhenti setakat itu sahaja. Saya telah melajutkan
pelajaran pada usia kandungan anak pertama 6 bulan. Sejak daripada itu, saya tidak pernah berhenti
sehingga saya mendapat Master selepas 12 tahun kemudian (2 tahun bercuti kerana mengurus anak).

Saya telah mendapat pekerjaan yang sangat baik sebelum saya mendapat diploma dan menjawat jawatan
sebagai kerani biasa sahaja. Saya telah berusaha untuk melanjutkan pelajaran tanpa henti dan berusaha
untuk memperbaik prestasi kerja dengan lebih cemerlang. Sejak berjawatan kerani, saya sentiasa
diberikan anugerah pekerja cemerlang bulanan atau tahunan. Ini adalah atas rezeki apabila kita bekerja
dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Saya bersyukur kerana hasil Usaha kerja disenangi
oleh pengurusan atas saya walaupun pada masa yang sama saya sibuk dalam melanjutkan pelajaran
keperingkat yang lebih tinggi. Saya telah menamatkan diploma, kemudian ijazah dan master diusia 37
tahun dan prestasi kerja saya sering dianugerahkan sebagai pekerja cemerlang setiap tahun,
Alhamdulillah.

Walaubagaimanapun, adalah lumrah manusia apabila pencapaian saya tidak disenangi oleh orang-orang
yang dengki dan iri akan kejayaan orang lain. Banyak cabaran yang saya hadapi termasuk fitnah dan
cubaan untuk menjatuhkan saya. Politik ditempat kerja juga tidak kurang hebatnya di mana ada dibarisan
pengurusan atasan lebih mengutamakan keluarga dan bangsa sendiri dalam memilih pekerja yang layak
untuk dinaikkan pangkat mengikut kekosongan yang ada. Saya tidak menganggap ianya adalah sesuatu
yang negative pada diri saya kerana ianya mungkin adalah ujian yang Allah berikan kepada saya di mana
dalam beberapa cubaan untuk kenaikkan pangkat saya tidak berjaya disebabkan oleh pilih kasih dan
bukannya berdasarkan kebolehan atau prestasi yang sepatutnya. Disamping itu saya juga banyak
menerima tikaman belakang yang tidak terduga. Pada masa itu saya hanya bersabar dan berserah pada
Allah.

BACA:  5 Tips Meraih Kenikmatan Khusyuk Dalam Solat

Pada tahun 2016 saya mengambil keputusaan untuk meninggalkan kolompok ini dan berpindah kepada
unit lain apabila kekosongan sebagai pengurus wilayah negeri diiklankan. Atas izin Allah saya telah
diterima oleh pihak ibu pejabat yang terletak di Kuala Lumpur untuk menjawat jawatan tersebut dengan
percubaan selama 9 bulan (3 bulan adalah untuk kelayakan, 6 bulan adalah percubaan). Saya menerima
jawatan tersebut dan selama 9 bulan saya telah bekerja keras dan menunjukkan prestasi kerja yang
dianggap cemerlang. Alhamdulillah, saya telah berjaya disahkan jawatan di kedudukan yang lebih tinggi
selepas 9 bulan. Walaubagaimanapun, hanya sebulan selepas disahkan jawatan, unit yang saya pegang
digabungkan dengan unit yang saya pernah bekerja sebelum ini dan berhadapan semula dengan staff yang
dahulunya pernah membenci dan menolak saya untuk menyandang sebarang jawatan tinggi kerana
memberi laluan kepada keluarga sendiri.

Saya merasa sangat kekok pada asalnya apabila saya kembali sebagai ketua mereka-mereka yang pernah
bertungkus lumus menjatuhkan saya. Agak lama juga masa yang diambil untuk mereka menerima hakikat
bahawa saya kini adalah ketua mereka. Alhamdulillah, perancangan Allah itu adalah sangat indah. Apa
yang saya ingin katakana di sini adalah:

1. REZEKI YANG TELAH DIJAMIN OLEH ALLAH: Perancangan Allah sangat indah. Allah mengagalkan
kenaikkan pangkat saya yang terdahulu tetapi Allah gantikan dengan yang lebih baik. Maksudnya,
jika kenaikkan pangkat tersebut berlaku pada masa tersebut, saya tidak akan mendapat
pengalaman meneraju unit lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang lain daripada yang
saya lakukan pada masa itu. Oleh itu, dengan kepakaran bidang digital yang saya pegang selama
9 bulan telah memberikan gandingan ilmu yang sangat mantap apabila digabungkan dengan
bidang yang telah saya lakukan sebelum itu.

BACA:  4 Tips Bijak Membahagikan Masa Antara Kerja Dan Ibadah

2. REZEKI YANG TIDAK TERDUGA: Pengabungan unit itu adalah berlaku tanpa diduga. Saya langsung
tidak menyangka bahawa saya akan bekerjasama semula dengan pasukan pekerja yang terdahulu
dan kali ini sebagai ketua mereka. Apakahkah rahsia Allah yang satu ini? Mungkin untuk memberi
petunjuk kapada diri saya dan juga orang-orang yang cuba menjatuhkan kepada saya?
Wallahualam…

3. REZEKI ATAS USAHA: Tiada sesiapa yang dapat menghalang rezeki masing-masing kecuali Allah
SWT. Yang pasti, walaupun agak lambat, tetapi saya telah mencapai impian yang selama ini saya
idamkan. Alhamdulillah. Jika kita berusaha inshaaAllah pasti akan membuahkan hasil. Kawankawan
yang iri hati dan berusaha untuk menjatuhkan saya masih berada di tempat lama kerana
tiada Usaha untuk memperbaiki diri dari segi kepakaran, pengalaman dan pendidikan selain
daripada bercakap dan memburuk-burukkan orang lain. Inilah dia sikap yang harus kita hindarkan
untuk kita terus berjaya dunia dan akhirat. Saya telah mendapat anugerah pekerja cemerlang
setiap suku tahun dan setiap tahun. Telah beberapa kali mendapat anugerah 40 pekerja
cemerlang seluruh Malaysia dalam syarikat saya (2005) dan 10 pekerja cemerlang di seluruh
malaysia (SPECIAL AWARDS) pada tahun 2016 (mendapat 3 bulan bonus tambahan). Alhadulillah.

4. REZEKI KERANA BERSYUKUR: Pengajarannya adalah kita sentiasa mensyukuri setiap rezeki yang
Allah berikan di dalam solat 5 waktu kita. Berbuat sesuatu sumbangan kerja dengan ikhlas dan
tidak mengharapkan pujian atau sanjungan. Apabila kita sentiasa bersyukur ke atas ujian dan
kesenangan yang Allah berikan, In shaaAllah lebih rezeki lagi Allah akan beri walaupn kekadang
banyak juga dugaan kesabaran yang Allah uji.

Di dalam kehidupan tidak ada yang mudah melainkan dengan menghadapi kehidupan dengan
lebih sabar, kekuatan iman, redha dengan ujian Allah, bersyukur dengan kenikmatan yang Allah
kurniakan kepada kita termasuk kesihatan, kelapangan, kegembiraan, keluarga yang bahagian
dan segala bentuk kesenangan dan keselesaan yang Allah bagi. In shaaAllah berkat kejujuran dan
ketulusan Allah akan sentiasa memberi apabila kita sentiasa menghadap Allah dengan penuh
kesyukuran. Jauhkan diri kita dari sifat iri hati, ingin menjatuhkan orang lain, sakit hati dengan
kejayaan orang lain kerana ini adalah tanda-tanda penyakit hati yang serious. Sekian

Norfadillah Jess
Kota Kinabalu Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!