Isu Semasa

Pendirian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Menolak Syiah

1. Bahagian Staf Perisikan Pertahanan dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia pernah menerbitkan sebuah buku berjudul: Fahaman Syiah Satu Pengenalan dan Penjelasan. Buku ini seakan menunjukkan pendirian Tentera Di Raja Malaysia sendiri terhadap fahaman Syiah.

2. Malah menurut Berita Tentera Darat Malaysia (Bil. 199 & 200), pada tahun 2013 dan 2014 sahaja, sekurang-kurangnya lima siri penerangan tentang bahaya dan ancaman Syiah disampaikan kepada anggota tentera. Tokoh-tokoh yang hebat dipanggil untuk menjelaskan ancaman Syiah terhadap keselamatan negara.

3. Sehingga kini kesemua negeri di Malaysia telah memfatwakan pengharaman Syiah. Daripada kesemua negeri tersebut hanya kelantan, Sabah dan Sarawak yang belum mewartakannya atau dalam proses pewartaan, manakala sebelas yang lain telah berbuat demikian. Sebelas negeri tersebut adalah:

a) Wilayah Persekutuan (8 Mac 1997, PU(B)106);
b) Selangor (24 September 1998, PU10);
c) Negeri Sembilan (12 Mac 1998, NS.PU5);
d) Terengganu (25 September 1997, PUN Tr.1110);
e) Melaka (27 Julai 1997, M.PU5);
f) Pulau Pinang (6 Januari 1997, Pg.PU1);
g) Kedah (18 Februari 1999, No. 37);
h) Perak (4 Januari 2012);
i) Johor (16 Februari 2012, No. 1156);
j) Perlis (7 Ogos 2012, No. 109);
k) Pahang (12 September 2013, No. 1564)
(Sumber: Soal Jawab Isu Syiah, JAKIM, 87-89)

4. Pendirian Tentera selama ini jelas berlandaskan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis-Majlis Agama Islam di Malaysia iaitu fahaman Syiah adalah sesat. Adalah diharapkan penerbitan dan siri-siri penerangan seperti ini diteruskan oleh pasukan Tentera Di Raja Malaysia bagi memberikan kefahaman tentang ancaman dan bahaya fahaman Syiah kepada negera.

Semoga Allah memelihara kita dari fahaman yang salah tentang Islam.

BACA:  Senarai Cawangan AzZainMart Pasaraya Muslim

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *