Soal Jawab Agama

Pemakaian loceng kaki dilarang

SAYA ingin mengetahui dengan lanjut pemakaian gelang kaki bagi wanita Islam yang mana bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja lain untuk berpaling melihat ke arahnya?

Adakah salah jika saya memakaikan gelang kaki kepada anak perempuan saya yang berumur tiga tahun? Tujuan saya memakaikannya gelang adalah kerana mudah untuk memantau pergerakannya di rumah.

YATI
Kedah

SETIAP Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja.

Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.

Itu sebabnya ia dihukum haram apabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)

BACA:  Hukum Melumur Darah Haiwan Aqiqah Pada Anak atau Pintu Rumah

Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.

Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.

Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

17 Comments

  1. like to be post in email

  2. jika memakai kasut tumit tinggi yg mengeluarkn bunyi apabila kita berjalan,adakah sama hukumnya dengan memakai gelang kaki?

    1. yeap….sama….

  3. kalau gelang tangan ada loceng macam mana pula?

  4. ye la kalu gelang tgn n loceng cane ye? dn satu lg sy xpakai pun kasut tumit tp stil bunyi kuat .tp sy x sengaja cane ye?

    1. loceng gelang tangan adalah termasuk perhiasan yang menarik dan hukum adalah haram juga. kalau nak pakai pastikan tiada bunyi. kasut tak sepatutnya berbunyi terlalu kuat sehingga menarik pandangan orang lain, bunyi sedikit adalah dibolehkan , yang penting adalah niat bukan untuk menunjuk perhiasan diri atau menarik pandangan, semua perhiasan dan tarikan hanya untuk suami sahaja.

  5. saya ada gelang kaki berloceng pemberian dari ibu saya tetapi bunyi loceng tu hampir kepada tidak dengar kerana loceng itu sgt kecil.. dan juga gelang tgn yg mempunyai loceng.. gelang itu masih dipakai kerana permintaan ibu yg membelikan sejak saya masih bayi… tetapi loceng pg gelang tgn tersebut mempuyai bunyi yg halus… adakah masih haram pemakaiannya walaupon kite tidak menunjuk

    1. Saya cadangkan untuk pergi ke kedai emas dan ‘matikan’ bunyi loceng tanpa keluarkan loceng tu. Tukang emas kat situ boleh buat. So nanti ada loceng tapi tak ada bunyi.

  6. » Hukum Pakai Loceng di Kaki » Tanya Ustaz

    […] Islam Itu Indah (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; […]

  7. Pemakaian loceng kaki dilarang « suhaydahazrin

    […] pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah. Baca lagi -> (via Islam Itu Indah) http://www.islamituindah.my/pemakaian-loceng-kaki-dilarang Share this:TwitterFacebookLike this:LikeBe the first to like this […]

  8. salam. kalo x pakai gelang kaki x mati pn. Jgn la nk susahkn diri utk tempah dosa. Dosa yg ade pn dh ckup byk. Islam is simple if we follow hadith n sunnah.

    1. aku setuju ngan kou.

  9. Memakai gelang kaki berlocoeng seperti seorang pelacur di Zaman Dahulu , Astafirulalazim .

  10. Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa al-Tirmizi yang maksudnya:

    “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng”

    Oleh yang demikian, ibu bapa perlu elakkan dari memakaikan gelang kaki/tangan yang ada loceng pada anak perempuan. Sewajibnya juga bagi perempuan-perempuan yang telah baligh, pakailah stokin baligh bagi melidungi aurat kaki dan perhiasannya juga. Wallahualam.

  11. Bagai mn dengan menindik hidung bg wanita islam apa hukum nya ye..boleh tolong bg pencerahan x?

  12. assalaamualaikum,
    buang je biji dlm loceng tu..
    tentu tak da bunyi yg kluar..

  13. Saya pun buang loceng tu je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *