Ibadah

Panduan Puasa – Syarat-syarat Sah Puasa

SYARAT-SYARAT SAH PUASA

Apa maksud syarat-syarat sah puasa?

Maksudnya ialah syarat-syarat yang diperlukan supaya puasa yang dilakukan dianggap sah oleh Syarak, di mana tanpanya puasa tidak sah atau batal.

Apakah dia syarat-syarat sah puasa tersebut?

Iaitulah;

  1. Islam; tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama.
  2. Berakal; tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja.
  3. Bebas dari haid dan nifas; tidak sah puasa wanita yang kedatangan haid dan nifas, malah diharamkan mereka berdua berpuasa.
  4. Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa; hari-hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-hari Tasyriq dan hari syak.


Apa hukum puasa kanak-kanak?

Kanak-kanak apabila telah mumayyiz, sahlah puasanya tetapi belum wajib. Apabila sampai umurnya tujuh tahun, ibu-bapa atau penjaganya hendaklah melatihnya berpuasa –jika tiada sebarang halangan- sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah –shallalahu „alaihi wasallam- dalam hadis baginda mengenai solat. Apabila ia mencecah usia baligh, wajiblah atasnya berpuasa.

Sabda Nabi –shallallahualaihi wasallam- (bermaksud); “Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat tatkala mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika enggan menunaikannya) tatkala mereka berumur 10 tahun. Pisahkanlah antara mereka (yakni antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan) pada tempat-tempat tidur mereka (ketika berumur 10 tahun itu)”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah Ibn Amru r.a.)

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

BACA:  Panduan Memberi Nama Anak dalam Islam

7 Comments

  1. Subhanallah

  2. Puasa merosakkan badan seperti perut sakit, kelaparan, kehausan dan badan lemah. Keadaan ini menyebab kerja lambat dan kurang productiviti. Puasa sesuai untuk orang yang tiada kerja dan orang miskin. Pada zaman modern ini yang penuh saingan haruslah kita lebih rajin dan bertenaga sepanjang masa. Janganlah percaya ajaran kuno yang tidak sesuai dizaman ini.

    1. comment ga bermutu…lo Islam ato bukan?? Puasa dlm Islam diwajibkan kepada umat Islam yg beriman tidak pandang bulu apkh laki/perempuan/tua/muda/miskin/kaya.

    2. saya teringat semasa saya dlm tingkatan 2 ,kami kebanyakanya budak berugaman islam dan sedang berpuasa bermain bola jaring, pertandingan antara kelas. kami menang dgn bergaya, dan tidak pula puasa tu mengganggu gugat kami, malah kami teruskan berpuasa.,kami gembira walaupun kami sedang berpuasa kami masih ada tenaga untuk bermain dan menang pula dlm pertandingan itu. ramai kawan2 dari ugama lain terpegun melihat kelincahan kami wlp kami sedang berpuasa.

    3. siapa ckap??untuk pengetahuan awak,puasa memberi seribu nikmat kpda mnusia,,kalau awak nak tahu,awak leh cari dekat mna2 info mengenai bulan puasa,,jgan mnuduh tnpa tahu disebliknya…

  3. Bila kita melakukan ibadat di dalam bulan Ramadhan yang mulia, kita juga harus berpuasa dari perasaan marah, nafsu haloba, tamak, Ego, dsb.

  4. Bila kita melakukan ibadat puasa di dalam bulan Ramadhan yang mulia, kita juga harus berpuasa dari perasaan marah, nafsu haloba, tamak, Ego, dsb.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!