Ibadah

Panduan Puasa – Keuzuran-keuzuran Puasa

Apa maksud keuzuran yang menegah sahnya puasa? Apakah keuzuran-keuzuran yang dimaksudkan itu?

Maksud keuzuran yang menegah sahnya puasa ialah perkara-perkara yang menyebabkan puasa tidak sah atau terbatal, oleh itu bagi orang yang berlaku kepadanya perkara tersebut ia diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa, malah jika berpuasa sekalipun puasanya tidak sah dan jika ia sedang berpuasa, puasanya akan terbatal dengan sendiri.

Keuzuran-keuzuran yang dimaksudkan itu ialah;

  1. Kedatangan haid atau nifas; wanita yang sedang haid atau nifas tidak wajib berpuasa kerana puasanya tidak sah. Jika haid datang ketika ia sedang berpuasa, puasanya terbatal dengan sendiri.
  2. Gila; orang gila tidak wajib berpuasa kerana puasanya tidak sah. Sah. Jika sesorang itu tidak gila pada awalnya, namun menjadi gila pada mana-mana waktu di siang hari, batallah puasanya pada hari tersebut.
  3. Pengsan di sepanjang hari penuh; orang yang pengsan sehari penuh (yakni dari mula terbit fajar hingga terbenam matahari) puasa hari itu terbatal sekalipun ia berniat pada malamnya dan pada siangnya ia tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Namun jika ia tersedar pada mana-mana waktu di siang hari, hilang keuzurannya dan ia wajib menahan diri (yakni berpuasa) pada waktu yang masih tinggal dan puasanya dikira sah.

Orang yang tidak berpuasa Ramadhan kerana keuzuran-keuzuran di atas, ia wajib menggantinya pada bulan yang lain. Dikecualikan orang gila, ia tidak wajib mengganti puasa yang ditinggalnya semasa gila itu kerana ketika itu tidak dianggap mukallaf (kerana salah satu syarat mukallaf ialah berakal).1 Keadaannya sama seperti kanak-kanak yang belum baligh di mana mereka tidak dituntut menggantikan puasa yang mereka tinggalkan semasa sebelum baligh kerana mereka belum mukallaf.

BACA:  10 Tips Berkesan Mengajar Anak Kecil Solat Dengan Mudah (Tanpa Paksaan)

Adakah mabuk membatalkan puasa?

Orang mabuk hukumnya sama seperti orang pengsan di mana jika seseorang berniat puasa lalu ia meminum ubat –sebagai contohnya-, kemudian hilang akalnya (yakni mabuk) pada siangnya dengan sebab ubat itu, maka jika ia tersedar pada mana-mana waktu pada siang tersebut, sahlah puasanya. Jika tidak, batallah puasanya dan wajib atasnya qadha‟. Begitu juga, seorang yang minum arak pada waktu malam, kemudian ia kekal mabuk sepanjang hari, maka batallah puasanya dan wajib atasnya qadha‟. Jika ia sedar pada mana-mana waktu pada siang hari, hukumnya sama seperti orang yang pengsan hanya pada sebahagian hari tadi.

Apakah tidur sama seperti pengsan?

Tidur tidak membatalkan puasa sekalipun seseorang itu tidur sepanjang hari. Oleh itu, tidur tidak sama seperti pengsan. Pengsan sepanjang hari membatalkan puasa, namun tidur sepanjang hari tidaklah membatalkan puasa. Perbezaan antara tidur dan pengsan ini adalah kerana tidur tidak mengeluarkan seseorang dari kelayakannya menerima perintah Syarak, berbeza dengan pengsan di mana ia mengeluarkan seseorang dari kelayakannya menerima perintah Syarak dan kerana itu ia tidak wajib mengqadha solat yang tertinggal selama pengsan itu (sama seperti wanita yang kedatangan haid dan nifas), sedangkan orang yang tidur tetap diwajibkan mengqadha solat yang tertinggal semasa ia tidur.

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

13 Comments

  1. Ramadan bulan didik umat Islam berdisiplin, sabar hadapi ujian | Islam Itu Indah

    […] dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia […]

  2. Puasa merosakkan badan seperti perut sakit, kelaparan, kehausan dan badan lemah. Keadaan ini menyebab kerja lambat dan kurang productiviti. Puasa sesuai untuk orang yang tiada kerja dan orang miskin. Pada zaman modern ini yang penuh saingan haruslah kita lebih rajin dan bertenaga sepanjang masa. Janganlah percaya ajaran kuno yang tidak sesuai dizaman ini.

    1. Kepada Peace, What a stupid statement, If tou think fasting is kuno then what makes you think u have a non-kuno mind?because u r living in a modern era and u have a job that requires u to be productive all day?u choose to be a modern guy by skipping puasa ?thats kinda a childish thought.u”ll never understand the beauty behind it. but before ur condemning puasa by making that such statement i suggest do a lil research about it trust me u’ll find more kebaikan daripada keburukan yg jelas itu hanyalah alasan2 yg u sndiri reka supaya dapat makan & minum d bulan ramadan klu u tak mau puasa thats ur choice tapi jgn buat kenyataaan bodoh mcm 2. I assumed u r a muslim mr Peace but if i assumed wrong then keep that to urself and be a modern day guy n SHUT UP

      1. ZAF – Setuju.. Puasa tidak memudaratkan kesihatan. Tidak juga menjadi penyebab kepada kelambatan dan kurang productiviti seperti yang dikatakan oleh peace..
        Hanya Orang Yang Malas sahaja suka mencari Alasan Untuk tidak Berpuasa..

        1. Salaam.. Tadi pun saya terbaca comment seumpama “peace” dari artikel lain.. kata puasa ni memudaratkan dan kuno.. Untuk pengetahuan peace, Puasa ni la yg sebenarnya mengajar kita erti sabar, dlm semua aspek, lagipun, dr segi sains pun, dah dikaji perut kita ni kena berehat, takleh bekerja ( menerima makanan) sepanjang tahun. saya rasa dengan berpuasa ni jadi lebih sihat adalah.. letih sikit je.. Allah yg cipta kita, Dia lebih tahu akan ciptaanNya, dan apa yg terbaik buat kita, dah perintah Allah wajib kita puasa bulan Ramadhan ni. Janganla menganggap puasa membebankan, perintah Allah kenala ikut. dlm masa yg sama kita boleh merasai apa yg orang miskin rasa, berlapar dahaga.. itula nikmatnya Islam. fikirlah. Tolong baca artikel dr sumber ni. Harap bermanfaat. http://fahmi-ibrahim.blogspot.com/

    2. erm,cmtu ke…tp bknkah perang2 dizaman nabi dahulu berlangsung ketika bln puasa…dan perut menjadi lapar?itu pendapat org yg singkat akalnya…dah ader pakar nutrition yang menyatakan puasa amat digalakkan untuk menjaga perut kita…

    3. setahu saya lah xpernah lg la dengar org yang mati sebab puasa..yang selalu dengar nyer yang mati sebab terlebih makan!!!!

    4. peace..sila lah kembali ke jalan Allah..mengucap la yea..semoga anda sempat beriman kepada Allah sblm anda mati..amin

  3. Astaghfirullah…..Stupid statement….so naif…better zip ur mouth if u don’t know anything about PUASA…

  4. puasa kada dan puasa enam syawal boleh di gabungkan sekali tidak puasa nya dengan membaca niat yang berasingan.
    terima kasih

  5. peace-sempitnya otak kau..
    mmg ko ni x pernah belajar agama atau x khatam Al-Quran kot.x pernah lg baca tafsir Al-Quran itu aku CONFIRM tau..Al-Quran yakni islam dan ajarannya x pernah kuno la wey…semua yg termaktub d dlm-nya semua x ketinggalan bole d gunapakai sampai kiamat..isi kandungnnya kn dr wahyu sang PENCIPTA ALAM SEMESTA..semua yg dah..sedang..dan akan brlaku dr rancangannya.jd apa yg d syariatkn tu mmg kita kena ikut.ISLAM x pernah susahkn umatnya.Umat yg da x knl hukum hakam ja yg merungut tu.

  6. Astagfirulla Al-azim. “Peace, awk ni kali kurang didikan agama.That why u buat statement macam tu. Berpuasa ni hukum nya wajib dalam Al-Quran ada d sebutkan. Bukannya ni ajaran kuno seperti yang awk nyatakan. Hidup ni pendek saja,kemodenan duniawi ni takkan bole bawa ke akhirat. Bertaubat lah.

  7. Salam…kpd peace,,knp kate puasa ajarn kuno????… sedgkn org bkan
    Islam buat kajian, puasa blh menyihatkn bdn seprti merehatkn perut stlh setahun kite makan tnpa berhenti…begitu juga bersunat.sekrg ni blh dilihat ramai orang bukan islam pun nk suntkn ank mereke dr segi faktor kesihtn..kaji selidik org barat mengatkn solat merupkn satu senaman yg sgt baik utk bdn…jika kite lihat suruhan ALLAH semuanye disokong dgn fakta sains…bertaubatlah anda…udara yg andacsedg gunakn untk bernafas sekrg pon HAK MILIK ALLAH.. tahukah anda????????….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!