panduan pertama kali melawat jepun
Travel

Panduan Pertama Kali Melawat Jepun

panduan pertama kali melawat jepun

 

Analisis data oleh JNTO (Japan National Tourism Organization) menyatakan bahawa tahun-tahun kebelakangan ini bilangan pelawat yang beragama Islam ke Jepun semakin meningkat, jadi keperluan untuk menyediakan tempat-tempat awam yang mesra Muslim adalah salah satu perkara yang sedang dilakukan oleh kerajaan Jepun untuk menunjukkan bahawa Jepun menghormati kepercayaan dan budaya lain.

Berikut adalah panduan ringkas bagi pengunjung Muslim, apabila mereka datang ke Jepun untuk kali yang pertama.

 

Ketahui lapangan terbang anda

 

panduan pertama kali melawat jepun

 

Apabila anda melawat ke Jepun untuk kali yang pertama, pastikan anda memeriksa apakah lapangan kapal terbang yang bakal anda tiba. Apa yang menariknya, beberapa buah lapangan terbang Jepun seperti di Narita, Haneda dan Osaka kini telah dilabelkan sebagai mesra Muslim dan mereka menyediakan ruangan surau yang selesa. Terdapat juga beberapa restoran yang telah mempunyai sijil halal di sini.

 

panduan pertama kali melawat jepun

 

Mencari restoran Halal yang berdekatan

 

panduan pertama kali melawat jepun

 

Bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke Jepun, anda pasti sangat teruja untuk mencuba makanan Jepun yang sebenar. Jangan risau kerana kini terdapat beberapa Kedai Ramen yang Halal terletak di Jepun. Salah satu daripadanya adalah Naritaya Halal Ramen. Selain Ramen, anda juga boleh mencuba hidangan tradisional Jepun yang lain seperti Sushi dan Sashimi yang berasaskan makanan laut dan ianya adalah sesuai untuk keperluan diet Muslim.

 

panduan pertama kali melawat jepun

 

Surau

 

panduan pertama kali melawat jepun

 

panduan pertama kali melawat jepun

 

Di Jepun, surau yang disediakan amat terhad. Apabila anda ingin solat, pastikan anda boleh mencari tempat yang tidak begitu ramai orang. Jika tidak orang ramai akan melihat anda dan banyak persoalan yang difikirkan oleh mereka serta anda boleh dipersoalkan oleh pengawal keselamatan tempatan.

BACA:  Panduan Mesra Muslim Ke Tempat Yang Tersembunyi Di Shinjuku, Tokyo

Akhir sekali anda dinasihatkan untuk mencari nama-nama masjid dan alamat masjid tersebut terlebih dahulu sebelum percutian anda, mudah-mudahan ia dekat dengan tempat di mana anda akan tinggal di Jepun. Nikmati perjalanan anda ke Jepun!

 

Sumber: MelancongKeJepun.com

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *