Tazkirah

Pandangan Ulama Empat Mazhab Tentang Tasawwuf

Imam Hanafi

Imam Hanafi telah berkata : “Jika tidak kerana dua tahun, saya sudah binasa. Kerana dua tahun saya telah duduk bersama Imam Ja’far Ss-Sadiq dan mendapatkan ilmu keruhanian yang membuat saya lebih mengenali jalan yang benar”. (Kitab Ad-Durr Al-Mukhtar)

Imam Maliki

Imam Malik telah berkata :

من تصوف و لم يتفقه فقد تزندق
و من تفقه و لم يتصوف فقد تفسق
و من جمع بينهما فقد تخقق

artinya : Barangsiapa mempelajari tasawuf sahaja tanpa mempelajari fikah maka dia telah sesat. Dan barangsiapa mempelajari fikah sahaja tanpa mempelajari tasawuf maka dia menjadi fasiq. Dan barangsiapa mempelajari kedua2nya maka sungguhnya dialah yang sebenar.” (Imam Abil-Hassan)

Imam Syafi’e

Imam Shafi’i pernah berkata :

فقيها و صوفيا فكن ليس واحدا * فإني و حـــق الله إيـــاك أنــــصح

فذالك قاس لم يـــذق قـلــبه تقى * وهذا جهول كيف ذوالجهل يصلح

artinya : Fiqah dan tasawwuf jangan engkau asingkan. Sungguhnya aku demi haq Allah nasihatkan akan kamu. Keraslah hati orang yang tidak merasai kemanisan taqwa. Dan bagaimana pula orang yang jahil mampu berbuat kebaikkan?

Imam Hambali

Imam Ahmad Hambal pernah berkata kepada anaknya : Wahai anakku. Engkau duduklah bersama orang sufi. Mereka bolih menambahkan ilmu dan muraqabah. Mereka orang-orang zuhud yang mempunyai cita-cita.” (Kitab Kasyful Khafa)

Wallahua’lam

 

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) 

BACA:  Bilakah Doa Akan di Makbul Oleh Allah SWT?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *