Kesihatan, Lifestyle

Orang Yang Suka Mandi Lama Tak Bahagia Dalam Hidup – Kajian

Semakin lama kita mandi, besar kemungkinan kita akan jadi kesepian dan tidak bahagia.

Memang mengejutkan!, namun sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di Yale University telah menunjukkan, mereka yang suka mandi lama, cenderung tidak bahagia dengan kehidupannya.

Kajian juga telah mendedahkan, semakin lama kita mandi, semakin besar kemungkinan kita akan jadi kesepian dan tidak bahagia.

Apa kaitannya? Mereka yang mandi lama cenderung untuk memikirkan masalah dan membiarkan fikiran berserabut.

Menurut ahli psikologi dari Harvard University, Matthew Killingsworth dan Daniel Gilbert, fokus mental mempengaruhi kebahagiaan seseorang. Mereka yang suka mandi lama, lebih suka berkhayal.

Ada diantara anda yang lebih suka menghabiskan masa di bilik mandi sambil berfikir atau berkhayal tanpa melakukannya di dunia nyata. Hal ini, akhirnya akan membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan kecewa.

Perkara ini tidak dialami oleh mereka yang mandi dalam masa yang singkat. Mereka lebih fokus dan tidak ada masa untuk berkhayal kerana pada dasarnya berpuas hati dengan hubungan sosial yang dimiliki.

Akan tetapi setiap orang mempunyai pendapat sendiri, pada pendapat saya kalau mandi lama ni, biasanya untuk tenangkan diri, rehatkan minda, hilangkan diri sementara dari semua masalah, tetapi bukan lari dari masalah. Dan untuk yang mandi dalam masa singkat sebab mereka mengejar masa.

 

Sumber: sehinggit.blogspot.com

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Minuman Kacang Soya Akan Menyebabkan Kanser Merbahaya – Dr Noorul Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *