Tazkirah

Orang Yang Meninggal Di Madinah Mendapat Syafaat Nabi

Kota Madinah ialah kota mulia yang telah dimakmurkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Ia tempat yang terkandung 1001 kisah pahit manis – di situlah hubungan persaudaraan bertaut, di situlah wahyu diturunkan, di situlah agama Islam diterima dan mula tersebar.

Dari kota ini, cahaya hidayah memancar – para sahabat dihantar ke tempat-tempat yang jauh untuk membawa cahaya kebenaran Islam kepada semua.

Maka tidak mustahil tanah Madinah ini menjadi istimewa sehingga disebutkan dalam satu hadis sahih daripada Nabi SAW bahawa orang yang meninggal di Madinah akan mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW.

Dalam hadis dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا

Siapa yang boleh meninggal (boleh memilih untuk meninggal) di Madinah, silakan meninggal di Madinah. Kerana aku akan memberikan syafaat bagi orang yang meninggal di Madinah. (HR. Tirmidzi 3917, disahihkan an-Nasai dalam Sunan al-Kubro (1/602) dan al-Albani )

Apakah Makna Boleh Meninggal Di Madinah?

Berikut merupakan keterangan At-Thibbiy:

أمر بالموت بها وليس ذلك من استطاعته ، بل هو إلى الله تعالى ، لكنه أمر بلزومها والإقامة بها بحيث لا يفارقها ، فيكون ذلك سببا لأن يموت فيها

“Mati di Madinah, itu di luar kemampuan manusia. Akan tetapi itu kembali kepada Allah. Sehingga makna hadis ini adalah perintah untuk tinggal menetap di Madinah, berusaha tidak meninggalkan kota ini. Sehingga ini menjadi sebab untuk boleh mati di Madinah. ” (Tuhfatul Ahwadzi, 10/286)

Malah Umar bin Khatab radhiyallahu ‘anhu juga pernah berdoa seperti berikut:

BACA:  Bolehkah mengamalkan ilmu yang diperolehi daripada mimpi?

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ ، وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ya Allah, berikanlah aku anugerah mati syahid di jalan-Mu, dan jadikanlah kematianku di tanah Rasul-Mu shallallahu ‘alaihi wa sallam. (HR. Bukhari 1890)

Kata Imam an-Nawawi, kita dibolehkan agar memohon kepada Allah agar pengakhiran hidup kita terjadi di tempat yang mulia.

يستحب طلب الموت في بلد شريف
Dianjurkan untuk meminta mati di daerah yang mulia. (al-Majmu’, 5/106).

Sekalipun kehidupan kita jauh beribu batu daripada tanah suci Madinah, tidak salah jika mahu berdoa agar dimatikan di sana. Pasti kita pernah mendengar kisah-kisah orang yang mengunjungi Mekah dan Madinah untuk tujuan haji dan umrah dipilih oleh Allah akhirnya menghembuskan nafas terakhir di tempat mulia tersebut.

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui jalan hidup dan nasib manusia, dan semoga pengakhiran kita semua kelak adalah pengakhiran yang baik di tempat yang baik, InsyaAllah.

 

Sumber: tzkrh.com 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *