Ibadah

Orang Beriman Sebagai Penolong

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya penolong kamu hanya Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman sebagai penolong, merekalah yang mendapat kemenangan.” (Surah al-Maidah 5: 55-56)

Biarpun manusia merupakan kejadian makhluk yang paling sempurna ciptaan Allah, tetapi manusialah yang paling terkedepan dalam kehilangan sifat-sifat manusiawinya. Sedangkan makhluk-makhluk yang lain masih kekal dengan sifat-sifat tabiinya masing-masing dalam meneruskan kehidupan makhluk tersebut mengikut ketetapan Rabbul Jalil.

Logiknya lembu tidak pernah cuba untuk menjadi singa, supaya nampak lebih gagah, malah ia tetap dengan tabiinya memakan rumput, mengeluarkan susu dan sebagainya. Singa pun tak pernah menabalkan dirinya bebas membaham sesiapa sahaja, hanya sekadar untuk keperluan dan kelangsungan kehidupan spesiesnya sahaja, tidak lebih dari itu.

Namum manusia yang tidak beriman sanggup melakukan apa sahaja, meredah dan membaham apa jua yang boleh menguntungkan, mencampuradukkan yang hak dan batil, bermuka-muka dengan sesiapa sahaja demi kepentingan diri sendiri.

Sebab itu kita begitu yakin bahawa keyakinan , penghayatan dan perlaksanaan tuntutan kalimah tayyibbah ini sebenarnya menjadi pengukur untuk mengangkat dan membezakan seseorang itu sebagai manusia sebenarnya atau sebaliknya.

Tanpa ucapan kalimah ini akan menjatuhkan atau menjadikan seseorang itu serendah-rendah malah sehina-hina makhluk yang dijadikan Allah s.w.t.

Sumber: Majalah Solusi #20, 2010

BACA:  Hukum bernazar dalam Islam

4 Comments

  1. BERIKAN LAH PADAKU APA JUA KALIMAH DARI KALIMAH ALLAH YANG MAMPU MEMBIMBINGKU KEARAH KEPATUHANKU TERHADAP PENCIPTAKU YANG SATU.

    1. zikir…’ya..muktabbir’…

    2. Baiti Izzah Nur

      Beristighfarlah memohon keampunanNya di mana sahaja kita berada, walaupun berkata didalam hati, insyaallah akan ada ketenangan jiwa, kerna kelalaian kita tidak sedar akan dosa yang dilakukan setiap MASA. ALLAHUAKBAR. Dia maha mengetahui. Semoga semakin kukuh keimanan kita kepadaNya.

    3. Sudah diterangkan di atas, (Surah al-Maidah 5: 55-56) hanya Allah dan Rasul sebagai penolong . Amalkan didalam hati , didalam hati, didalam hati zikir kalimah Tayyibah iaitu
      Laaa illa haillallahMuhammadurrasullullah. Untuk mengasuh hati agar dapat sentiasa berzikir amalkan dahula sebanyak 33kali, selama tujuh hari dan rasakan pengalaman setelah beramal. Setelah diamalkan barulah meneruskan dengan tambahan 66 atau 99 atau sepanjang masa. Tujuan beramal seperti yang dinyatakan adalah untuk melatih hati agar berzikir…..inshaallah dan dengan yakinnya ……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!