Nasihat, Remaja

Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

BACA:  Pesanan Buat Ibu Bapa, Jangan Ikut Sangat Apa Anak Nak

Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:”Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.

Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

BACA:  5 ‘Mindset’ Baru Yang Anda Perlukan Untuk Tahun Baru

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

38 Comments

  1. mencabut bulu muka pada permukaan bibir dan dagu adakah haram?

    1. fasha sandha insaf

      rasanya kalau mcm misai bleh buang..

  2. kn cntik if natural, ALLAH SWT suke hambanya besederhana..xprlu bzir mse tuk cukur kening..sama2 kt brsyukur dgn apa yg ada, nk naikan seri muka selalulah ambil wudu’ wahai sahabat2 ku..slmt beramal..:)

    1. kalau lelaki cukur kening boleh??

      1. lelaki cukur kening?
        pelik tapi benar..

        nauzubillah

        1. laki tk boleh cukur kening… wallahu’alam

    2. tapi kalukening dah bcantum lebat plak tu…takkan nak biar cik wei….serabut tgok

  3. klu atas bibir yg menyerupai lelaki….bagaimana?

    1. Klu benda tu sampai menjatuhkn maruah.Harus..tp spt bulu kening, mata atau bulu halus yg tidak mencacat cela wajah kewanitaannya haram..

  4. if bulu kaki kita panjang dan menyerupai kaki seorang kaum adam , boleh x kita cukur ?

    dan bila kita cukur un akan menjadikan bulu kaki itu nmpak lebih lebat , jadi ini akan menyebabkan kita akan sentiasa mencukur bulu kaki tersebut .
    oleh hal demikian, wajarkah kita mencukur kaki ? apakah perbezaan hukum antara remaja dan si isteri ?

  5. ade makcik yg ade misai..da mcm lelaki. xkan xbleh buang ke?
    kesian makcik tu

    1. kalau dh sampai menyerupai lelaki, kena lah cukur.. ape la makcik tu…

  6. selalu nmpk org kawen cukur kening . bole ke mse kawen cukur kening ? bkn hukumnya tetap haram ?

  7. Kalau bulu kening lebat dan dicabut sekadar perlu untuk menampakkan bentuk dan kemas apakah hukumnya?.

  8. Kenapa pula ia dikatakan haram? dari segi logiknya mereka bukan mengubah ciptaan Allah, tetapi mencantikkan lagi ciptaan Allah itu. Kalau betul ianya tetap haram boleh sertakan sekali nas-nas yang boleh menyokong hadis-hadis tersebut? Kerana apa yg terdapat di atas hanyalah hadis semata-mata.

    1. Noradzshima Adzhar

      “Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.”…kita adalah hamba!!!sebagai seorang hamba siapa kita untuk mempertikaikan serta mengubah apa yang telah ALLAH kurniakan.jadilah kita hamba yang bersyukur.jika kita merungut perkara yang tidak menyenangi kita seumpama kita merungut kepada ALLAH…siapa kita untuk merungut??WALLAH HU A’LAM….

    2. “Mencantikkan” bkn “mengubah” ciptaan Allah? Cantikkn tu ubah la maksudnya.. Trim sana sket, sini sket tu, bkn ubah? Mengapa perlu cantikkn lg? Allah bg yg asal x ckup cantik? Ko ni bg statment Ifa Raziah, dowh.. Mintak nas tu.. Jgn pertikai hadis sahih..

  9. salam.. macam mana kalau bulu kening wanita itu panjang, lebat dan bertaburan sampai atas kelopak mata pun ada bulu kening ? sehingga pernah di tegur orang? apa hukum cabut kening sekadar kemas tetapi tidak nipis dalam kes ini?

  10. kaum hawa dicipta tnpa brbulu kaki n misai jd tkpe utk mbuang/cukur bulu trsebut,, haram bg kaum adam cukur bulu kaki…

  11. saya rasa banyak wanita mencabut bulu mata / alis,, dgn tujuan utk mempercantik diri dan tidak mengganggu org lain ketika melihat terutama suami, bukankah islam memperbolehkan wanita merawat dan mempercantik diri terutama utk suaminya???

  12. haram mencukur.. jadi sy berkenan melebatkan kening.. adakah hukumnya haram?

  13. Para ulama’ berpendapat harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan buruk,tapi bukan mencukur bulu kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke kelopak mata atau bersambung antara dua kening.

    minta penjelasan..
    bereti harus mencabut bulu kening yg bersambung?

  14. Kalo hanya mencukur,bulu2 halus kat kening,,,cam mana tu ???

  15. as salam saya nak tanya,kalau kita gunting bulu kening tp tidak lah terlalu nipis…haram jugak ke….sb saya bila bulu kening dah panjang saya akan gunting…mohon perjelasan sb tak nak berdosa selamanya

  16. kita xboleh tafsir hadis ikut suka sendiri…kena berguru…takut salah faham t…..nt ada yg orgpmpn dah serupa ngn org utan plak…dah bulu kening panjg bercantum xleh cukur…ada misai lebat xleh cukur…ape dah jdnt..hehhe…berguru lah..jgn mudah ambil terus maksud deduatu hadis tanpa berguru dgn ulama…bukan dgn org yg tidak kita kenali,…..sekarg ajaran sesat mudah disebarkan

  17. Wanita tak cantik siapa mau ? Kecantikan amat penting kepada wanita kalau tidak nanti suami khawin lagi.

  18. sy lelaki bulu kening sy bercamtum..
    Bleh ke sy cukur di tengah sedikit..
    Supaya x nmpk bercantum..

  19. tapi klu macam da banyak sangat bulu kening smpai nak ke mata dah macam mana?muka aku pun ada banyak bulu2 halus…macam teringin jgak nak muka licin berseri macam pmpuan orang lain…baru bakal suami sayang (T_T)

  20. Slm. Sy pun ad mslh bulu kening macam lebat n bersambung. Ms form 5 ad bdk laki tegur…”eh hang ad misai ka?” pastu dia gelakn sy. Hoh? Membara btl di jiwa. Pastu time nk.solat jemaah kat surau or msjd pulak ramai mbr2..mkcik2 tegur. Nmpk rmbut. Huhuu… Ank rmbut sy bersambung dgn bulu kening. Nak cukur haram kan. So biarrrr je la. Smpai la ad lect gitau. Pmpn lau kes mcam sy ni..blh cukur sb utk mengelakan fitnah. Menyerupai lelaki(misai).harus hukumnya. Ank rambut pulak bercantum. Blh cukur. Wallahualam… (^_^)

    1. Sya nak tanya..klu mncbut ato mncukur bulu hlus yg tmbuh d kening dgn tjuan agr gk klhtn pas kita pki jilbab gmn tuch..soalnya blu hlus dkening sya bnyk bgt jd klu pki jilbab sllu klhtn rmbutnya..kbtulan rmbut sya tumbuh lebat bgtt sampai dikening jg

  21. Aslkum, sya nak tnya apa hukum mencabut misai dan bulu kaki? saya ada cabut misai dan bulu kaki kerana banyak kali telah ditegur kerana misai dan bulu kaki saya yang panjang dan lebat seperti lelaki.

  22. Klau pompuan ada misai adakah ia digalakan untuk mencukur misai itu????
    Apalah kaedah yg baik untuk mencukur misai
    bagi kaum hawa????

  23. Nk tanya… kalau trcbut bulu kening disebabkan plaster scra xsngja mcm mna hukum dia..??

  24. Salam. Saya ni orang keturunan pakistan, so secara jujurnya bulu muka saya boleh dikatakan agak bnyk. Saya rimas setiap kali tgk cermin sampai ada lelaki yg tegur saye “eh eh, kau ade jambang”. Haram ke kalau saye buang bulu muka menggunakan krim?

  25. assalamualaikum..sy nk brtnye blh ke sy mncabut blu kening yg bg sy ianya tdak kmas krna ia sdah tmbuh di klopak2 mata sy..berikan pnjelasan plz..

  26. Assalamualaikum. Kalau potong sedikit BULU MATA apa hukumnya ? Bukan cukur, bukan cabut, tapi pendekkan dgn gunting. GUNTING SEDIKIT ye. Pls reply, tkut berdosa brpnjgann…

  27. Mencukur bulu kening itu haram, tak kira nak mencantikkan ke untuk buat iklan shampoo ke untuk suami ke. Hukumnya haram. Tapi jika nak mencukur bulu di antara dua bulu kening tu hukumnya harus jika menjelikkan rupa dan terlalu lebat hingga dicaci. Wallahualam, saya cuma menyampaikan apa yg saya tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *