Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik
October 22nd, 2011 | 3:56 pm | Nasihat, Remaja | 29 responses
KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.
Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.
Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.
Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.
Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.
Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.
Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:”Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.
Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.
Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.
Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.
Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.


















responded on October 22nd, 2011 at 4:26 pm
mencabut bulu muka pada permukaan bibir dan dagu adakah haram?
responded on February 3rd, 2012 at 9:59 pm
rasanya kalau mcm misai bleh buang..
responded on October 22nd, 2011 at 5:51 pm
kn cntik if natural, ALLAH SWT suke hambanya besederhana..xprlu bzir mse tuk cukur kening..sama2 kt brsyukur dgn apa yg ada, nk naikan seri muka selalulah ambil wudu’ wahai sahabat2 ku..slmt beramal..:)
responded on December 4th, 2011 at 9:58 pm
kalau lelaki cukur kening boleh??
responded on January 31st, 2012 at 4:25 pm
lelaki cukur kening?
pelik tapi benar..
nauzubillah
responded on August 26th, 2012 at 12:56 am
laki tk boleh cukur kening… wallahu’alam
responded on February 15th, 2013 at 5:21 pm
tapi kalukening dah bcantum lebat plak tu…takkan nak biar cik wei….serabut tgok
responded on November 17th, 2011 at 7:26 am
klu atas bibir yg menyerupai lelaki….bagaimana?
responded on November 22nd, 2011 at 12:29 pm
Klu benda tu sampai menjatuhkn maruah.Harus..tp spt bulu kening, mata atau bulu halus yg tidak mencacat cela wajah kewanitaannya haram..
responded on December 19th, 2011 at 3:06 pm
if bulu kaki kita panjang dan menyerupai kaki seorang kaum adam , boleh x kita cukur ?
dan bila kita cukur un akan menjadikan bulu kaki itu nmpak lebih lebat , jadi ini akan menyebabkan kita akan sentiasa mencukur bulu kaki tersebut .
oleh hal demikian, wajarkah kita mencukur kaki ? apakah perbezaan hukum antara remaja dan si isteri ?
responded on December 19th, 2011 at 5:59 pm
apa hukumn
responded on January 25th, 2012 at 1:05 pm
ade makcik yg ade misai..da mcm lelaki. xkan xbleh buang ke?
kesian makcik tu
responded on February 3rd, 2012 at 9:54 pm
kalau dh sampai menyerupai lelaki, kena lah cukur.. ape la makcik tu…
responded on February 3rd, 2012 at 9:54 pm
selalu nmpk org kawen cukur kening . bole ke mse kawen cukur kening ? bkn hukumnya tetap haram ?
responded on February 4th, 2012 at 7:37 pm
Kalau bulu kening lebat dan dicabut sekadar perlu untuk menampakkan bentuk dan kemas apakah hukumnya?.
responded on February 16th, 2012 at 10:15 pm
Kenapa pula ia dikatakan haram? dari segi logiknya mereka bukan mengubah ciptaan Allah, tetapi mencantikkan lagi ciptaan Allah itu. Kalau betul ianya tetap haram boleh sertakan sekali nas-nas yang boleh menyokong hadis-hadis tersebut? Kerana apa yg terdapat di atas hanyalah hadis semata-mata.
responded on June 12th, 2012 at 1:41 pm
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.”…kita adalah hamba!!!sebagai seorang hamba siapa kita untuk mempertikaikan serta mengubah apa yang telah ALLAH kurniakan.jadilah kita hamba yang bersyukur.jika kita merungut perkara yang tidak menyenangi kita seumpama kita merungut kepada ALLAH…siapa kita untuk merungut??WALLAH HU A’LAM….
responded on December 14th, 2012 at 8:37 pm
“Mencantikkan” bkn “mengubah” ciptaan Allah? Cantikkn tu ubah la maksudnya.. Trim sana sket, sini sket tu, bkn ubah? Mengapa perlu cantikkn lg? Allah bg yg asal x ckup cantik? Ko ni bg statment Ifa Raziah, dowh.. Mintak nas tu.. Jgn pertikai hadis sahih..
responded on February 16th, 2012 at 10:33 pm
salam.. macam mana kalau bulu kening wanita itu panjang, lebat dan bertaburan sampai atas kelopak mata pun ada bulu kening ? sehingga pernah di tegur orang? apa hukum cabut kening sekadar kemas tetapi tidak nipis dalam kes ini?
responded on February 16th, 2012 at 11:48 pm
kaum hawa dicipta tnpa brbulu kaki n misai jd tkpe utk mbuang/cukur bulu trsebut,, haram bg kaum adam cukur bulu kaki…
responded on March 7th, 2012 at 3:25 pm
saya rasa banyak wanita mencabut bulu mata / alis,, dgn tujuan utk mempercantik diri dan tidak mengganggu org lain ketika melihat terutama suami, bukankah islam memperbolehkan wanita merawat dan mempercantik diri terutama utk suaminya???
responded on March 21st, 2012 at 6:34 pm
haram mencukur.. jadi sy berkenan melebatkan kening.. adakah hukumnya haram?
responded on December 3rd, 2012 at 6:33 pm
Para ulama’ berpendapat harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan buruk,tapi bukan mencukur bulu kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke kelopak mata atau bersambung antara dua kening.
minta penjelasan..
bereti harus mencabut bulu kening yg bersambung?
responded on December 14th, 2012 at 3:09 pm
Kalo hanya mencukur,bulu2 halus kat kening,,,cam mana tu ???
responded on December 14th, 2012 at 5:23 pm
as salam saya nak tanya,kalau kita gunting bulu kening tp tidak lah terlalu nipis…haram jugak ke….sb saya bila bulu kening dah panjang saya akan gunting…mohon perjelasan sb tak nak berdosa selamanya
responded on February 15th, 2013 at 5:28 pm
kita xboleh tafsir hadis ikut suka sendiri…kena berguru…takut salah faham t…..nt ada yg orgpmpn dah serupa ngn org utan plak…dah bulu kening panjg bercantum xleh cukur…ada misai lebat xleh cukur…ape dah jdnt..hehhe…berguru lah..jgn mudah ambil terus maksud deduatu hadis tanpa berguru dgn ulama…bukan dgn org yg tidak kita kenali,…..sekarg ajaran sesat mudah disebarkan
responded on February 16th, 2013 at 8:00 am
Wanita tak cantik siapa mau ? Kecantikan amat penting kepada wanita kalau tidak nanti suami khawin lagi.
responded on March 15th, 2013 at 11:12 pm
sy lelaki bulu kening sy bercamtum..
Bleh ke sy cukur di tengah sedikit..
Supaya x nmpk bercantum..
responded on May 26th, 2013 at 11:14 pm
tapi klu macam da banyak sangat bulu kening smpai nak ke mata dah macam mana?muka aku pun ada banyak bulu2 halus…macam teringin jgak nak muka licin berseri macam pmpuan orang lain…baru bakal suami sayang (T_T)