Tazkirah

Mustajabnya Doa Orang Yang Bertaubat

Pada suatu masa dahulu, pada zaman Nabi Musa, ada kemarau yang pernah melanda. Kisah ini dicatatkan oleh Ibnu Khudama dalam Kitab At-Tawwabin.

Allah memerintahkan Nabi Musa supaya membawa semua umatnya keluar ke tempat lapang. Mereka berdoa agar diturunkan hujan, tetapi hujan tidak turun.

Nabi Musa bertanya kepada Allah mengapa hujan tidak turun sekalipun mereka telah berdoa. Allah memberitahu bahawa dalam kalangan mereka, masih ada seorang yang tidak bertaubat (tanpa Allah memberitahu siapakah dia).

Lalu Nabi Musa mengumumkan perkara tersebut kepada khalayak ramai – orang yang mendengar dan menyedari dirinya yang dimaksudkan, lantas bertaubat memohon keampunan dari Allah, dan meminta supaya dirinya tidak dimalukan di hadapan orang ramai.

Apabila mereka beramai-ramai berdoa semula, barulah hujan turun dengan lebatnya. Nabi Musa bertanya kembali kepada Allah; Apa yang sebenarnya terjadi.

Allah menjawab bahawa sebelumnya, hujan tidak turun kerana seorang hamba Allah yang tidak bertaubat dan kali keduanya, hujan turun kerana taubat yang sudah dipohonnya. Allah menyayanginya, kerana itu Allah mengabulkan permintaannya.

Taubat perlu sentiasa dibiasakan dalam kehidupan seharian. Kita tidak tahu perbuatan mana yang kita lakukan yang menyebabkan Allah murka dan menyebabkan terhalangnya doa – mungkin kerana kata-kata, mungkin perbuatan, mungkin sikap dan layanan kita kepada orang.

Ucapkanlah Istighfar setiap masa tidak kira di mana. Moga-moga ia dapat menghapuskan dosa yang tidak kita sedari.

 

Sumber: tzkrh.com 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Rezeki Saya Terbuka Luas Lepas Amalkan 2 Perkataan Zikir Ini !! 2 Perkataan Sahaja !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *