Doa, Ibadah

Mustajabnya Doa Dalam Sujud, Ini Yang Boleh Anda Baca

Banyak waktu yang mustajab dan mudah dikabulkan doa. Salah satunya ialah ketika dalam sujud. Ianya tidak dikhususkan hanya dalam sujud yang terakhir tetapi boleh dibaca dalam mana-mana sujud ketika solat. Doa yang dibaca pula perlu dibaca dalam bahasa Arab. Adapun doa dalam bahasa Melayu cukuplah dibaca dalam hati sahaja.

Dari Ibnu ‘Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Adapun ketika rukuk, maka agungkanlah Allah. Sedangkan ketika sujud, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, maka doa tersebut pasti dikabulkan untuk kalian.”
(HR. Muslim, HR. Muslim, No. 479)

Apa-apa doa pun sebenarnya boleh dibaca ketika sujud. Mintalah apa sahaja yang ingin diminta dengan bersungguh-sungguh, dan yakinlah ianya akan dikabulkan oleh Allah. Berikut antara doa yang juga boleh dibaca.

#1- اللَّهُمَّ إِنِي أَسْأَلُكَ الهُدَى، وَالتُّقَى، وَالعفَافَ، والغِنَى

(Allahumma Inni As’alukal-huda, wa tuko, wal-‘afaf, wal-ghina)

“Ya Allah Ya Tuhanku, aku pohon daripadamu pentunjuk, taqwa, hidup bermaruah dan kekayaan”

#2- اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكِ وَحُسْنِ عِبَادَتِكِ

(Allahumma ‘A- inni ‘Ala Zikrika wa Syukrika wa Husni ‘Ibadatika)

“Ya Allah, tolonglah aku supaya sentiasa ingat padaMu, dan sentiasa bersyukur kepadaMu, dan sentiasa mengelokkan ibadat kepadaMu”

#3- اَللهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ حُسنُ الخَاتِمَةِ

(Allahumma Inni As’aluka Husnul Khotimah)

“Ya Allah Aku meminta kepadaMu pengakhiran (kematian) yang baik”

#4- اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ وَجِلَّهُ وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَعَلَانِيَتَهُ وَسِرَّهُ

(Allahummaghfirli zanbi kullah, diqqahu wa jillah, wa-awwalahu wa akhirah, wa ‘ala niyatahu wa sirrah)

“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah aku dari segala dosa baik kecil mahupun besar, awal mahupun akhir, dan dosa yang terang-terangan mahupun yang tersembunyi”

BACA:  Najis Yang Dimaafkan Tidak Menjejaskan Sembahyang

 

Sumber: Tazkirah.net 

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!