Misteri Binaan Piramid Dijawab Oleh Al-Quran

September 17th, 2011 | 11:52 pm | Tazkirah | 23 responses

Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Piramid Bosnia

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Source: Majalah Biar Betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(23)

  1. 1

    Subhanallah,,apa yang kita bacakan selama ni menyimpan jawapan bagi banyak persoalan

    orang barat sibuk dengan Ancient Alien dan mereka ada menyatakan cara pembuatan yang sama ditunjukkan di atas ke atas seni pembuatan Machu Piccu

    diorang pelik apesal la batu besa ade kat Maccu Pichu, diorang pikul ke ape kan sebab Machu Piccu tu ateh gunung yeop..

    dan Ayat suroh Qasas ke 38 menjawab persoalan professor krinting dalam siri Ancient Alient channel 555 History Channel

    • 2

      Assalam muslimin dan muslimah – bukankah ilmu yang pertama wujud adalah alquran – selepas 1400 tahun baru wujud berbagai-bagai ilmu duniawi ukhrawi – tak perlu disoal jawab – kita sendiri tau kita ni kan dicapta allah swt – kenapa pula permasalahan timbul – kerana dariNya segala2nya datang – itulah ditekankan alquran dibaca dan dihayati – barulah kita akan lebih maklum lagi

  2. 3

    waAllahualam…Allah Maha Besar…

  3. 4

    Allahuakbar…

  4. 5

    Begitulah kebanyakan umat Islam. Baca al-Quran tetapi tidak tahu apa yang termaktub dalam ayat tersebut. Sebagai contoh : membaca sebuah karangan tetapi tidak faham apa yang hendak diceritakan oleh pengarangya.

  5. 6

    terima kasih kerana kongsikan artikel ini disini..
    baca lagi bukti bulan terbelah dari al-quran

  6. 7

    subhanaAllah…

    sgt kagum, bergenang mata ni…

    dah termaktub dlm kitab suci tpi para kafir masih mengkaji lagi :(

  7. 8

    Artikel yg sangat berguna..baru tau ni bagaimana terciptanya piramid..

  8. 9

    (Al-Qasas: 38) saya rasa nenek2 tua tahu bahwa bangunan tinggi bisa dibuat dari tanah liat dan itu hal yang umum bukan? apalagi hanya bicara saja. Borobudur atau prambanan tanpa perlu ayat sudah berdiri dan dapat dibuat. Saya rasa membangun bangunan tinggi menggunakan tanah liat tanpa perlu pakai ayat, lihat saja piramida mesir. Piramida sudah menjadi pembicaraan umum bagi masyarakat jaman dahulu.

    • 10

      yang dimaksud penulis artikel adalah piramida itu menjadi pembicaraan para ahli bagaimna cara membuatnya menggunakan batu besar yang dibawa secara logika sangat susah karena disekelilingnya tidak ada daerah bebatuan dan cara membawanya pakai apa jaman dahulu dan sekarang para ahli telah bisa menjawab ternyata menggunakann tanah yang dibakar nah itu poinnya,kalau merujuk pada alquran perkara itu alquran telah memberitahunya pada surat Al Qasas:38 tersebut

  9. 11

    subhanallah…apa2 pun hanya kembali pada al quran penyelesai segala persoalan yg di dunia dan akhirat

  10. 12

    SUBHANALLAH…..

  11. 13

    Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta”.

  12. 14

    Allahuakbar. Maha pencipta Maha pemelihara.

  13. 15

    SUBHANALLAH !

  14. 16

    MashaAllah ,One who can’t macth of Allah .. I <3 Islam

  15. 17

    Dlm al quran semua ado,politik,ibadat,dll….cuma manusia tak sir ikut ajo….

  16. 18

    Orang kafir memanglah mereka kaji – sebab mereka bukan Islam – kalau mereka orang islam – dan membaca dan mengkaji – mereka akan tidak ada soal jawab – sebagaimana kita tau – kalau nak lebih maklum dengar komen2 orang yang memeluk agama Islam – mereka membaca dan menkaji – mereka akan menyedari mereka siapa, dari mana dan nak kemana ok

  17. 19

    Bersyukur kerana kita hidup di dalam Islam. Selagi kita memegang ingatan – firman Allah – tidak kujadikan jin dan manusia melainkan untuk ibadat kepadaku – dari Allah kita datang kepadaNya kita akan kembali kita akan tau dan sedar apa yang perlu kita lakukan. Insyaallah kita akan dilindungi pada jalan-jalanNya

  18. 20

    sharing

  19. 21

    subhanaallah..sebenarnya manusia zaman dulu memang benar-benar lagi pandai dari kita..tetapi telah dimusnahkan oleh yang Maha Esa..
    shahfir recently posted..PELIK BABI BERKEPALA MONYET

  20. 22

    Jawaban kedua bagi ‘misteri’ piramid ialah ianya bukan struktur bangunan atau kubur utk menyimpan mumia firaun. Ia dibina oleh firaun utk melihat tuhan Nabi Musa a.s.

  21. 23

    hayatilah alquran kerana ia ianya segala sumber rujukan segala permasalahan kehidupan ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge