Isu Semasa

Mesin ATM Beras Untuk Golongan Asnaf di Masjid Al-Akram Datuk Keramat

Masjid Al-Akram Datuk Keramat telah menjadi masjid pertama di Malaysia yang menyediakan mesin ATM beras untuk golongan asnaf. Memetik laporan FreeMalaysiaToday, ATM berkenaan belum beroperasi secara rasmi. Difahamkan bahawa ia akan dilancarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dua minggu lagi.

Golongan asnaf yang layak menerima bantuan beras tersebut akan diberikan kad pengimbas – mereka hanya perlu menyentuhkan kad pada sensor dan sebanyak 2 kilogram beras akan dikeluarkan di ruang bawah mesin.

ATM beras ini dikatakan telah disumbangkan oleh penderma yang mengimportnya dari negara jiran. Pada tahun yang lalu, tular di laman sosial tentang mesin ini yang diasaskan oleh seorang lelaki bernama Budi Adji dari Semarang, Jawa Tengah.

Prototype mesin tersebut telah dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2016, dan diselenggarakan oleh syarikat PT Megatron Empat Sekawan, di Bandung. Mengikut laporan, setakat pertengahan tahun 2018, mesin ATM tersebut telah diguna pakai oleh lima buah masjid dan sebuah gereja di kawasan Bandung.

Selain mengagihkan beras, mesin tersebut juga berfungsi sebagai tabung sumbangan. Orang ramai boleh menyumbang wang menerusi mesin tersebut dan hasil wang yang terkumpul akan digunakan untuk membeli beras seterusnya diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Tahniah diucapkan kepada Masjid Al-Akram Datuk Keramat dan juga pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan ini. Semoga ia menjadi pemacu kepada pengurusan hak-hak asnaf secara lebih efektif.

 

Sumber: tzkrh.com

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Dar Al-Ifta Mesir Haramkan Bitcoin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!