Soal Jawab Agama

Menuntut Hutang Di Bayar

Menuntut Hutang Di Bayar

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan : Ustaz rakan saya ada pinjam duit saya sudah setahun dan saya cuba memintanya tetapi rakan saya buta tak tahu saja, bagaimana cara saya nak dapatkan hutang saya ustaz adakah terdapat cara-cara yang memudahkan urusan ini?

Jawapan :

Puan berhak meminta rakan puan yang berhutang dengn puan supaya bayar segera hutang tersebut. Cuma puan mintalah cara yang berhikmah supaya sejuk hati orang tersebut untuk membayar hutang. Jangan marah-marah semasa menuntut hutang dan jangan unkit-ungkit perberian yang lama. Ungkit mengungkit akan menghapskan amal soleh itu

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah SWT akan merahmati seorang yang lapang dadanya ketika menjual,membeli dan menagih hutang” (Hadis Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.)

Huraiannya :

Sifat orang mukmin yang akan mendapat rahmat Allah SWT apabila dia berlapang dada semasa dia berniaga menjual barang kepada pelanggannya. Tidak menipu timbangan dan jelas akad jual beli tidak ada unsur-unsur menipu pelanggannya. Begitu juga ketika dia membeli tidak cerewet dan mudah dan mesra semasa membeli jika dia meminta potongan harga adalah dengan harga yang berpatutan tidak menyakitkan hati penjual. Begitu juga sifat mukmin yang terpuji sentiasa berlapang dada semasa menuntut hutangnya dan masih memberi ruang masa jika orang yang berhutang masih belum mampu. Dia tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang yang berhutang dan sentiasa menjaga ukhwah dan silaturahim.

Terdapat katu kisah dizaman Bani Israel seorang lelaki yang kurang amal ibadahnya ketika di dunia tetapi cukup berlapang dada semasa menuntut hutangnya apabila ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat tentang amalan kebaikannya. Beliau menjawab semasa menuntut hutang dia berlapang dada dan tidak membebankan orang yang berhutang, maka Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya dan dia dimasukkan kedalam syurga dengan rahmat Allah SWT.

BACA:  Solat Berjemaah Tapi Hisap Ganja

Untuk pemberi hutang pula jika orang yang berhutang dengannya tidak berkemampun untuk membayarnya maka berilah tempuh yang sewajarnya atau jika boleh halalkan saja itu lebih baik kerana ada hadis di riwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya : “Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah SAW akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *