Soal Jawab Agama

Menjawab Salam Orang Bukan Islam

Menjawab Salam Orang Bukan Islam

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan : Apakah kita boleh mengaminkan doa orang bukan islam..? Contoh dia kata…saya doakan kamu selamat dan bahagia.. Jika orang bukan Islam memberi salam apa kah cara kita menjawabnya?

Jawapan :

Umat Islam dilarang mendoakan orang yang bukan Islam selamat sejahtera , tetapi kita boleh berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepadanya dengan dia masuk Islam. Doa kebaikan dan kesejahteraan hanya untuk orang Islam sahaja. Jika dia mendoakan kita , kita sebut terima kasih.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah SAW bersabda:

إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.

Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:

إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dan ke atas kamu juga).

Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hukum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Ciri-ciri Suami Soleh Menurut Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *