Tazkirah

Amalan-amalan Menjauhkan Syaitan Dan Terpengaruh Dengan Godaannya

Amalan-amalan Menjauhkan Syaitan Dan Terpengaruh Dengan Godaannya

1. Mengingat Allah ketika keluar rumah.

Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata, Rasulullah صلى الله عله وسلم bersabda, maksudnya;
“Barangsiapa yang ketika akan keluar rumah mengucapkan; bismillahi tawakkaltu alalloh la haula wa la quwwata illa billah (dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah), maka kepadanya akan dikatakan cukuplah bagimu, kamu telah dijaga dan syaitan telah menjauh darimu.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

2. Mengingat Allah ketika masuk masjid.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a, dari Nabi Muhammad صلى الله عله وسلم bahawa ketika akan masuk masjid, baginda mengucapkan, “A’udzu billahil-azhim wa bi wajhihil-karim wa sultonihil-qodimminassyaithonirrojim

(Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan wajah-Nya yang mulia dan dengan kekuasaan-Nya yang qodim dari syaitan yang terkutuk.” Beliau berkata, “Itu saja?” Baginda berkata, “Ya, jika seseorang mengucapkan ini, maka syaitan akan berkata ‘Ia telah dijaga dariku sepanjang hari’. ” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

3. Merapatkan saf solat berjemaah.

Ibnu Umar berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عله وسلم bersabda maksudnya;

“Luruskan barisan dan rapatkan bahu-bahu di antara kamu, dan lembutkan badan kamu untuk saudara yang di sebelah kamu. Jangan tinggalkan ruang kosong untuk syaitan mengambil tempat. Sesiapa yang merapatkan saf, maka Allah akan bersama dengannya dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan putuskan hubungan dengannya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

4. Mengingat Allah ketika menanggalkan pakaian.

Dari Anas r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عله وسلم bersabda maksudnya;
“Penghalang antara pandangan syaitan dan aurat anak cucu Adam adalah, apabila ia menanggalkan pakaiannya, mereka mengucapkan bismillah.” (Hadis Riwayat At-Thabarani)

Adalah penting membaca doa menanggalkan pakaian kerana banyak kes terjadi di mana jin telah tergoda dengan manusia dan menaruh cintanya kepada manusia itu hingga membawa mudarat kepadanya. Doa menanggalkan pakaian:

Ertinya: Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain dari Dia.

5. Mengingat Allah ketika akan berhubungan suami isteri.

Dari Abdullah bin Abbas RA, ia mengatakan, bahawa Rasulullah صلى الله عله وسلم bersabda maksudnya;
“Jika salah seorang dari kalian ingin menggauli isterinya, hendaklah ia mengucapkan ‘Allahumma janibnassyaiton wa jannibissyaiton ma rozaqtana’

Maksudnya, “Ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang telah Engkau berkan kepada kami). Jika Allah menakdirkan kepada keduanya seorang anak (dari hubungan itu), maka anak tersebut akan terhindar dari syaitan selamanya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

1 Comments

  1. Salam Ustaz

    Saya dah cuba ikhtiar tentang masalah saya 3 tahun dulu di pusat perubatan di tempat saya. Saya masih buntu mencari solution problem saya.

    Chronology:
    1. Masa saya kecik arwah moyang saya pernah bagi (seperti tangkal) kain kuning kononnya untuk jadi berjaya, pandai etc . Arwah memang ada buku dan amalan dan sekarang kami pun tak tahu benda tubsemua dimana. Saya pun dah tak ingat tangkal tu kat mana. Pernah pakai 2-3 kali semasa exam waktu kecil dulu *& tinggalkan terus kain kuning tu lepas result saya biasa je tak seperti apa arwah kata.

    2. Waktu kecil katil saya pernah bergegar sepwrti kena tindih 2-3 kali dan tak pernah berlaku lagi selepas itu.

    3. Dulu kerap bermimpi nampak muka menakutkan, terjun atau duduk dan terperangkap di rumah gelap dan sesat dan saya serta merta cari jalan keluar dan akhirnya berjaya di mission tersebut. Bila bangun tidur memang berpeluh peluh seperti masuk competition.
    Pernah juga bermimpi berlawan dengan makhluk menakutkan, dan saya tak henti membaca ayat quran ( ayat kursi etc) sewaktu berlawan ( semuanya terjadi dibawah sedar) dan bila terjaga jantung saya memang berdegup kencang dan terus saya membaca selawat zikir dan quran.

    4. Saya berkahwin muda. Alhamdulillah suami saya walaupun usia kami muda tapi kami tak jemu mencari ilmu dan rapat orang yang soleh. Dibiasakan sejak awal perkahwinan walaupun kami belajar diluar negara. Amalan dan ibadat semakin bertambah dan alhamdulillah continue oleh anak2 yang minat sama terhadap mendalami ilmu agama. Anak anak dah tanam minat quran sejak kecil. Anak saya dah terapkan untuk cintakan quran. Rumah kami memang sentiasa diperdengarkan ayat quran begitu juga amalan saya diwaktu mengandung.

    5. Tapi perkara tersebut tidak digemari oleh pihak sebelah suami. Dari awal perkahwinan memang saya telah dapat penentangan dari keluarga sebelah suami sehinggalah sekarang, hampir 10 tahun.

    5. Oleh perkara tersebut kami suami isteri kerap bergaduh, hatta perkara kecil. Saya cuba mengambil hati pihak sebelah suami dengan merendahkan ego saya memaafkan dan berterusan mengambil hati mereka. Tapi usaha saya seperti sesuatu yang sia sia. Saya mula buntu mencari apa kesalahan saya sampai dibenci keluarga suami yang sering memandang rendah dan menghina keluarga saya. Bertahun tahun saya bersabar dan akhirnya saya gagal. Saya mula mencari punca dan bertanya pelbagai soalan kepada suami.

    6. Untuk pengetahuan keluarga suami jenis pendendam dan suka berbangga dengan kekayaan dan keturunan mereka. Malah baru baru ni suami baru diberitahu bahawa ayahnya mempunyai saka. Keris warisan di warisi ayahnya.

    7. Hubungan Keluarga sebelah suami antara ipar, bisan, hubungan antara anak anak dan saudara mara memang agak kurang harmoni. Selalu bergaduh. Walau adik beradik tapi mostly mereka tak boleh berjumpa antara satu sama lain. Bertahun tahun kadang kadang tak berjumpa.

    8. Pergaduhan berterusan tanpa sebab kukuh. Kebencian meluak luak.

    9. Keris warisan wajib dimandikan setahun sekali dengan upacara tertentu oleh orang tertentu dan dilapit kain kuning, diasap kemenyan etc.

    10. Bapa mertua antara orang kerap ke masjid , tunai haji berkali kali, umrah berbelas kali dna rajin solat malam. Dia juga antara orang penting di pejabat agama di tempatnya.

    11. Suami saya diberitahu abangnya bahawa bapa mereka telah arahkan abang untuk ambil saka tersebut dan berjumpa dengan orang tertentu. Abang argue dan tak nak menerima tetapi akhirnya bersetuju atas desakan bapa mertua.

    12. Tapi sejak akhir ni keluarga belah suami bergaduh semakin menjadi jadi. Adik lelakinya berubah dan seperti mempunyai tanda tanda diatas.

    Apa yang patut kami suami isteri buat. Untuk bawa adik beradik lain berubat rasanya sangat mustahil sebab seakan mereka gemar dengan kelebihan dan keistimewaan tersebut.

    Tapi kami kalau boleh nak elak dari dijangkiti penyakit tersebut.

    Harap ustaz dapat bagi nasihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *